Selamat Hari Raya 2016

Salam ,

Ramadhan telah pun berakhir. Alhamdulillah kita diberi peluang tamatkan puasa kita Ramadhan tahun ni . Takbir pun sudah mula kedengaran . Merdunya. Insyaallah esok kita bakal bertemu dengan Syawal.

Macam mana malam raya korang nie ? Persiapan raya korang dah siap? Baju dah packing? Ketupat , rendang , nasi impit , dodol , lemang dah siap masak ? Pelita dah pasang ? Atau korang dalam perjalanan balik kampung ? Atau ada yang dah sampai di kampung ?Bestnyaaaaa.... Ada rumah kampung . Rasa kemeriahan Hari Raya kan ?

Walaupun , rumah nenek atuk aku bukan lah rumah kampung . Tapi , tak sabar jugak nak sampai rumah atuk untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluarga . =)

Malam raya nie , aku masih di Shah Alam bersama mama , adik - beradik ku , suami dan adik ipar ku . Tahun nie pertama kali kami beraya tanpa Ayah . Jadi , lain sikit perasaan nya. Perasaan sedih bercampur gembira. Sedih teringat kan arwah ayah . Gembira sebab dapat jumpa sepupu dan saudara-mara. 


Throwback Raya 2015
Meh aku throwback sikit cerita raya tahun lepas , sebab tak sempat nak update blog pasal hari raya pertama kami berdua. hihihi .

Tahun lepas adalah tahun pertama aku beraya dengan suami . Bila post gambar aku boleh lah guna kan hashtag #teamrayakampungsuami , hahahaha . Rumah atuk nenek suami aku adalah rumah kampung . 

Jadi , tahun lepas aku rasa lah nak beraya di rumah kampung . Hihihi . Selalu orang baru kahwin , bila raya balik kampung suami dulu mesti macam sedih sebab tak dapat raya dengan ibu bapa sendiri kan . Tapi aku rasa seronok sebab aku dapat peluang pasang pelita , main bunga api malam raya . Tengok lemang dimasak . Yang paling penting rumah kampung . Teruja rasa nya . hihihi .

 

 

Pada hari raya kedua tahun lepas , aku beraya pulak dengan parents aku. Di mana , kami tidak sangka tahun lepas adalah tahun terakhir kami beraya bersama ayah disisi . 

Aku dan dua adik aku ( Amir dan Diyanah ), alhamdulillah masih dapat merasai raya bersama arwah ayah tahun lepas . Tapi adik laki aku yang lagi sorang ( Faris ) , tiada rezeki untuk beraya bersama arwah ayah , sebab adik raya di perantauan. Tahun lepas dia tak habis belajar lagi di Scotland.

Itulah cerita singkat raya tahun lepas aku , suami dan keluarga.


Hari Raya 2016
Tahun nie giliran raya side aku pulak untuk Hari Raya pertama . Jadi hashtag tahun nie adalah #teamrayakampungisteri . Hahahaha.

Hari Raya tahun nie Mama ku request beraya di Shah Alam dulu. Lepas solat Raya dan ziarah kubur arwah ayah baru kami gerak ke Melaka . 

Sambungan cerita raya tahun nie kena tunggu esok atau lepas raya lah ye.

Jadi , dikesempatan ini . Aku , Nadia Izzaty Azmi ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada terkasar bahasa , terguris hati , tersilap tutur kata . 

Terima kasih buat semua untuk silaturahim yang dipupuk antara kita di ruangan blog nie. Insyaallah , semua ini akan berkekalan . Amin .

"Selamat Hari Raya Aidilfitri "
"Maaf Zahir & Batin "

Ikhlas daripada, 
 aku dan suami tercinta 
 

Kepada yang berada di jalan raya , memandu dengan berhati-hati . Semoga perjalanan kamu semua dipermudahkan oleh-Nya . Amin .

Sampai kita ketemu lagi selepas hari raya . Insyaallah .

Love ,
 NIA

4 comments

  1. Assalamualaikum Nadia Izzaty,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri sis ucapkan.. Sambutan Hari Raya sis setiap tahun semua berlainan.. Tahun lepas kurang meriah berbanding tahun ni.. Tapi sis sangat bersyukur sebab Mak abah masih ada untuk sis bermaaf-maafan di pagi Raya.. Itu paling bermakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam , LZ =)

      selamat hari raya jugak sis .... tue betul , atleast ibu bapa masih ada dengan kita , hari raya kita sangat bermakna.

      tapi , nadia ada mama je sekarang . ayah dah pergi bertemu Ilahi . AL-fatihah

      Delete
  2. Selamat hari raya.. dalam banyak2 benda masak lemang je belum pernah buat lagi ni.. hurmm.. mesti best tu dapat masak lemang ni kan..

    Blogwalking sini, jom share apakah penglaaman anda tentang :-

    Pengalaman Beli Telefon Baru article..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious memang nadia nak sangat experience sekali bakar lemang . hihihi...

      tq singgah sini ...singgah lah selalu dan akan nadia singgah ruangan Hasif pulak =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .