Featured Slider

SALAM AIDILFITRI ... SELAMAT HARI RAYA...HAPPY EID MUBARAK

 
Hello semua , 

Korang tengah makan ketupat rendang ke tue~ . Pergi sembahyang raya tak ? 

Sekejap je masa berlalu , dah raya dah kita . Tahun nie tahun kedua family aku raya tanpa Ayah tercinta. Rasa macam Ayah baru pergi semalam , rupanya dah dua tahun. Masyaallah . Cepat sungguh masa berlalu. 

Aku sebenarnya baru je sampai di Melaka malam semalam . Jadi , aku memang tak sempat join apa-apa preparation raya di rumah Atuk semalam . Hihi . 

Tapi, yang bestnya. Sampai je umah atuk , aku nampak ketupat yang tak dimasak lagi and beras pun tak ada dalam ketupat tue . Terus aku minta makcik aku , aku nak ketupat tue nak pakai untuk jadikan props teaser event office aku lepas raya nanti. Hihi. Happyyyy sangat sebab dah ada props yg penting. 

Dalam dok borak-borak dengan makcik , mama dan adik aku. Aku terus snap gambar susun sikit ala-ala flatlay . Aku susun ketupat tadi sekali dengan lemang. Ye lah nak letak bunga api , memang tak ada lah bunga api sebab rumah atuk rumah teres yang kecik je and tak ada laman pun boleh main. Hihi. Dan kebetulan lantai rumah Atuk warna putih. Lagi lah terbaik jadikan background. 

Lepas dah snap gambar tiba-tiba terima whatsapp group office, kawan-kawan wish selamat hari raya. Then, nampak lah ayat Siqah wish. Terus minta izin dengan Siqah nak pinjam ayat wish dia. Hahaha.

Tue lah terus jadi e-Card hari raya aku macam dalam gambar kat atas tadi tue. e-Card lah sangat kan. Ok lah tue . Atlaeast ada kan? 

Apa lah aku nie, orang dok story masak lemang ketupat rendang. Tapi aku story pasal Flatlay ketupat aku lak . Hahaha.

Di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin . Maafkan aku ye jika penulisan aku  ada terguris mana-mana pihak. Kosong-kosong okay.

Berhati - hati di jalan raya , semua.

P/s : siapa yang #teamrayamelaka , #teamrayaklang , #teamrayapenang? Aku akan raya ke tiga negeri nie tahun nie . Kampung Mama , Kampung Suami , Kampung Arwah Ayah. Berjalan sangat na. 

Thanks for reading. <3

 

MOST BEAUTIFUL SAMPUL DUIT RAYA 2017


Hello semua~

Mesti ada antara korang yang tengah busy persiapan juadah raya atau kemas rumah atau dalam perjalanan pulang ke kampung kan? 

Aku? Masih di rumah belum gerak lagi ke kampung tue terasa nak up entri nie sebelum raya esok. Hihihi.

Okay. Tahun lepas aku ada share tentang sampul raya 2016 dari Standard Chartered Bank . Tahun lepas juga aku buat sistem barter sampul duit raya untuk pembaca tiga teratas yang komen di entri sampul duit raya 2016 . Tak sangka dapat banyak sambutan juga lah sistem barter tue. Sampai ramai juga orang tinggalkan komen dan email nak kan sampul raya SCB 2016. 

Sejujurnya, memang sampul raya SCB bank 2016 memang cantik dan kreatif. Aku pun suka.

Tahun nie aku nak buat sistem barter tue pada awalnya tapi macam malas pun ada . Bila malas dah menguasai diri apa pun tak jalan. Hahaha.

Jadi , aku decide nak kongsi cerita sampul duit raya cantik tahun 2017 . Tapi , kecantikan sampul duit raya nie dari pendapat mata kasar aku lah. If korang rasa tak lawa sampul duit raya yang aku kongsikan nie , tak ada hal lah. Hihi . Lain orang lain pendapat , ye dak ?

Jom kita tengok , sampul duit raya cantik tahun nie :

1) FASHION VALET ( FV )
Bagi aku sampul duit raya FV kreatif !!!! Aku tak beli apa-apa barang dari FV raya tahun nie . Jadi, aku tak dapat lah sampul duit raya. **sob sob ** . Beli Duck shawl pun beli dari kawan .

Sebab apa aku cakap sampul raya FV sangat kreatif? Bila setiap sampul raya tue digabungkan bersama, end up sampul raya tue memberikan penceritaan Hari Raya. Cool okay!!

Aku tak ada sampul nya, jadi aku ambil gambar dari Instagram account FV sendiri. Hihihi.



Cantik kan!!! bila dah digabungkan.

2) TUDUNG PEOPLE ( TP )
Sampul duit raya kedua yang cantik bagi aku , ada lah sampul duit raya dari TP. Sebab apa bagi aku cantik , sebab aku nie suka benda yang macam lukisan lagi-lagi if benda tue berkenaan dengan bunga. Oh I love flower!! 

Bila bunga dilukis dan bunga tue nampak seperti bunga hidup. Seriously, aku suka. Sebab tue juga lah , kalau tanya dalam banyak-banyk musim, aku paling suka musim apa ? Of course , musim bunga!!! Hihihi.

Eh apa kena mengena musim bunga dengan sampul duit raya pulak kan aku nie? =p

Cantik kan!!!

3) THE ALHAMBRA DUCK
Bagi aku sampul duit raya The Alhambra Duck lah paling mahal dan susah nak dapat. Hahaha. Ye lah, kalau korang nak dapatkan sampul raya Duck nie. Korang kena beli Alhambra Duck worth RM600 baru dapat. Maksudnya, beli dua Alhambra Duck dapat sampul. Satu shawl harganya RM300. 

Mahal kannnn~??? That's why aku cakap sampul duit raya paling mahal dalam list nie. hahaha.

Aku tak sempat collect sampul duit raya Duck nie dari kawan aku. Jadi, aku ambil gambar sampul dari account Instagram Duck sendiri. Hihihi.

Bagi aku, cantik lah juga sampul nya. Sebab ia bercorak kan Alhambra design. <3



4) DEUTSCHE BANK
Tiap-tipa tahun , jika nak compare sampul duit raya Deutsche Bank dengan bank-bank di Malaysia nie. Bagi aku, Deutsche bank selaluuuu keluarkan sampul raya cantik dan kreatif juga.

Tahun nie, bagi aku sampul duit raya Deustche Bank cantik sebab pastel color dan ala-ala lace macam kad kahwin pun ada juga. Hihihi.

Aku dapat sampul raya nie sebab Manager aku bagi sempena Hari Jadi aku. Hahaha. Thanks Kak Sha <3



5) STANDARD CHARTERED BANK ( SCB BANK )
Aku masuk kan sampul duit raya SCB dalam list nie juga sebab dah kata aku kerja dengan SCB kan . Hahaha. Sejujurnya ,  design sampul duit raya SCB tahun nie aku rasa tak cantik. Biasa saja.

Sampul duit raya tahun lepas lebih cantik dan kreatif. Cuma yang bagusnya, kualiti kertas nya sangat tebal. Tapi, apa-apa pun kena bersyukur atleast company bagi juga lah sampul duit raya . Hihi.



Itulah antara senarai-senarai sampul duit raya yang cantik di mata aku untuk tahun 2017.

Apa pendapat korang pulak ? Antara lima sampul di atas , mana satu yang cantik ?

And , if korang rasa ada sampul lagi cantik dari senarai sampul duit raya di atas . Sis mohon korang share lah info. Hihihi.

Di kesempatan aku dah up entri sebelum raya nie. Aku ingin mohon maaf jika selama aku berblogging nie ada antara entri-entri aku yang tersakitkan hati sesiapa. Minta maaf ye. Kosong-kosong. <3

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin

Have a pleasant Hari Raya and have a safe journey everyone.

Thanks for reading .



HAPPY 31ST BIRTHDAY , TO ME ~!!!!


Happy Birthday to you, Nadia.  Saengilchughahae , Nadia. Selamat Hari Jadi, Nadia. Banyak pulak bahasa aku nak wish untuk diri sendiri kan. Hahahaha. Sebenarnya birthday aku pada 22 June . hihihi.

Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah sebab masih bagi peluang untuk aku hidup selama 31 tahun di bumi-Mu. Itulah perkara penting sekali kan? Bukan masa hari jadi je kita kena bersyukur. Sebenarnya, everyday kita bangun tidur kita patut rasa bersyukur yang kita masih hidup. 

Hari jadi aku yang ke-31 nie , ( what? 31 tahun dah wei, Nadia #dahtuadahweidah31tahun ) aku sangat lah bersyukur sebab aku dikurniakan dengan rezeki yang baik, suami yang almost perfect, great parents, great family and of course friends ( include all of my friends - lifetime friends, schoolmates, officemates, girlfriends, blogger friends, social media friends, semua lah ) hihihi . 



Perkara pertama paling best adalah bila dua tahun berturut-turut , hari jadi aku jatuh dalam bulan penuh bermakna, iaitu bulan Ramadhan. Ya Allah sangat lah best. 

Perkara kedua paling best bila suami aku post something di Instagram account dia. Suami aku nie jenis jarang layan post gambar di Instagram. Aku tak tahu dia nak post gambar and wish birthday macam tue, sebab satu hari sebelum hari jadi aku, aku tidur awal gila. Bangun je tengok ada notification. Baca je terus happy!!! <3



Perkara yang tiap-tiap tahun memang buat aku happy , sudah pastinya birthday wishes from my parents. Mama wish birthday masa aku on the way pergi kerja . Love you, Mama. Bila tiba birthday aku, mesti aku teringat ucapan selamat hari jadi arwah Ayah aku yang terakhir buat aku, " Selamat Hari Jadi, Kakak. Umur dah semakin pendek dah". Maksudnya, makin umur kita meningkat, makin dekat kita dengan kematian. Ya Allah. 



Perkara yang terakhir paling buat aku happy adalah hadiah hari jadi aku yang suami aku bagi tanpa disangka. Hahaha.

Nak jadikan cerita, korang semua tahu tentang Duck ada keluarkan shawl Limited Edition sempena Hari Raya kan? The Alhambra Duck namanya.

Aku adalah salah seorang yang telah kena Duck-ed. Hahaha. Jadi, sah lah aku tak nak lepaskan peluang grab that Limited Edition shawl . Even , adoi harga nya makin naik. Tahun nie harga nya RM300 . *nangis tapi still nak jugak* hahaha.

Sebab nak juga aku pun order dari kawan aku yang kerja di Fashion Valet. Aku dah try battle tapi tak dapat. Aku cuba nasib je tanya dia. Kebetulan ada . Maka tanpa disangka aku terbeli dua warna , terbeli tau . Hahaha. Aku beli warna Gold dan Pink. The Gold one aku dah dapat awal. As for the Pink one, kawan aku beritahu mungkin dapat lepas Raya. Aku ok je sebab bukan nak pakai Raya.

Tup tup, masa pagi Hari Jadi aku , kawan aku beritahu boleh lah ambil color Pink dah sampai. Ya Allah, memang happy lah . Terasa macam hadiah hari jadi untuk diri sendiri. 

Tiba-tiba, suami tanya tahun nie aku nak hadiah apa? Seriously, aku tak tahu nak hadiah hari jadi tahun nie apa. Masa nie kitaorang on the way to Subang Parade sebab aku nak beli satu buku tajuk " Letters to A Young Muslim"

Buku nie aku dah lama nak beli lepas aku ternampak Asma, kawan baik Vivy Yusof post di Instagram dia. Then, aku nampak lagi buku nie, Vivy pulak post di Instagram dia and blog dia. Aku cari free e-Book tak jumpa.

Then, nampak kawan aku, Siqah share yang dia beli dah buku nie di MPH. Tue yang aku gie Subang Parade tue sebab dah call reserve buku nie dan aku tinggal nak collect je.

Kan suami aku tanya aku nak apa kan? Tiba-tiba datang idea, aku cakap , " belanja Duck Alhambra and buku yang saya nak collect nie je lah. "  Tanpa disangka, suami cakap , " Okay " . Apa lagi, aku pun lompat bintang lah tapi dalam hati je sebab masa tue masih dalam kereta. hahaha.



Jadi, itulah ceritanya macam mana aku boleh dapat Alhambra dan buku tue secara free. Thank you banyak-banyak Encik Suami. 

Walaupun mungkin story hari jadi aku nie tak lah best mana, tapi atleast nanti di kemudian hari bila aku baca balik cerita nie , boleh buat aku happy. =)

Again, last but not least, thank you all from the bottom from my heart for all the wishes.

Sesiapa yang dah start cuti dan dah mulakan perjalanan balik kampung halaman. 

Have a safe journey, okay. =D

Thank you for reading, all.