Spring Korea Trip - Day 1 : Misi mencari jalan Busan - Seoul

*picture sources - Pinterest*

Hi, 

Seperti yang dijanjikan . Aku akan update pasal Spring Trip Korea 2016 aku bersama Hanis . Trip kali nie hanya kami berdua . Tidak boleh dah berlima . =(  .
Miss my #gengmakankekorea .

Tapi tak pe . Sebab trip kali ni aku rasa lagi mencabar sebab kena explore sendiri . Daripada trip 2015 , kami menggunakan khidmat tourist guide . Alhamdulillah , khidmat tourist guide tahun lepas tue pun banyak membantu kami dalam mencari makanan yang boleh kami makan . =) 

Kapal terbang Air Asia yang kitaorang naik , alhamdulillah sampai pukul 8 pagi ( waktu Korea ) . Kali nie kami turun di Busan . Ekspedisi hari pertama adalah mencari bus ke Seoul dari Busan .  

Keluar je dari airport terus ke Busan Information kaunter tanya macam mana route nak ke Seoul by bus . 

Dia bagi kitaorang Busan tren map . Tapi , if korang dah ada apps subway korea . Korang boleh gunakan je apps tue if rasa leceh nak pegang map . =) 

Apps nie jugak boleh digunakan masa online or offline mode . 



Apps nie boleh tukar setting if korang nak map subway Seoul or Busan . Senang kan ? =) 


Berbalik pada nak cari route ke Seoul . Route nak ke Seoul , kitaorang kena naik tren dari Gimhae Airport ke Sasang station . Dari Sasang tukar line no 2 ke Seomyeon . Di Seomyeon station tukar line no 1 ke Nopo station . Nopo adalah Busan Central bus Station.






Di Busan Central Bus Station , look out for schedule bus . Tengok bus ke Seoul pukul berapa . Bagitahu korang nak bus ke Seoul . Nanti dia bagitahu berapa harga tiket dan pukul berapa .



Bus kitaorang gerak pukul 11:30am ( waktu Korea )  . Harga tiket ke Seoul adalah 34,200 won sorang pergi sahaja . 



Kebetulan kitaorang sampai stesen bus tue dalam pukul 11am . Jadi, tak lah lama sangat kitaorang tunggu bus datang.  Oh , peringatan . If dah beli tiket bus or train di Korea . Korang jangan lah terlambat 1 minit pun . Sebab dorang nie pun macam Jepun . Sangat lah punctual . If korang terlepas , tak leh kata apa lah . Terpaksa la beli tiket baru , ye . =) 


Perjalanan bus dari Busan ke Seoul mengambil masa 4 jam . Macam perjalanan nak ke Penang dah . Hihihi.

Seperti biasa bila naik je bus, tido lah jawabnya . Tapi bus dorang nie sangat lah selesa . Ada tempat rest kaki. Ada drama korea . Seat leather . Tido memang sedap lah. Tapi , yang paling best . Sepanjang perjalanan ke Seoul , ditemani dengan scenery Cherry Blossom yang tengah berbunga . Tersangat lah cantik . Walaupun masa kitaorang sampai hujan di Busan . 

Sorry gambar kurang terang pulak . =( 

Dalam perjalanan ke Seoul . Bus yang kami naik berhenti di satu R&R nama Sunsan Service Area . 

Pelbagai makanan jual di R&R nie . Kami lapar tapi kami tak confident nak makan . Jadi tak makan lah . Kami hanya turun untuk ke toilet . 

Sebabnya bus driver tue bagitahu masa rehat dalam berapa minit dalam bahasa Korea , kami memang tak faham lah kan. Hihihi . Jadi , cepat - cepat kami naik bus setelah ke toilet. Kami duduk je , terus bus jalan. Alhamdullilah tak terlepas bus . 

Setelah sampai di Seoul Station , kami naik train from 
Seoul Station ke Ehwa Woman's University Station . Sebabnya , Sinchon Guesthouse terletak dekat dengan Ehwa instead of Sinchon . 

Naik train dari Seoul Station line biru , ke City Hall . Di City Hall Station tukar line hijau ke Ehwa Woman's University . 

Satu benda yang korang kena ingat bila naik train di Korea . Baca betul - betul nak exit mana bila dah sampai station yang korang berhenti tue . Sebab if salah exit , memang jauh lah dari tempat yang korang nak tuju tue . Dan lagi satu , tanamkan sifat positive , be strong dan banyak kan bersabar . Sebab nya , train station di Korea terlalu banyak line . Dannnnnn~ terlalu banyak tangga . Jadi kenalah prepare mental dan fizikal ye . =)  . 

If korang tahu bahaa Korea . Advantage untuk korang sebab ada option lain . Dari naik  subway boleh naik bus . 

Macam aku dan hanis , tak tahu baca Hangul . Jadi kitaorang tak ada lah naik bus . Uhuk uhuk... 

Sesat tue dah jadi perkara biasa . Semua tue adalah proses pembelajaran . Kan ? =) 

Ok sambung . Sampai di Guesthouse . 

Kitaorang siap bersih kan diri dan solat . Sinchon Guesthouse nampak je biasa dari luar . Tapi dalam perghhh~ simple and bersih . Size bilik memang cukup untuk dua orang  sahaja . Memang kecik tapi tak kesah pun asalkan bersih . 

Kebersihan yang memang dititik beratkan. Paling aku salute dorang punya guesthouse ke , motel ke , bnb ke . Kebersihan tandas memang bersih tip top . 


Nie semua mengikut pengalaman yang aku stay di semua guesthouse semasa aku di Korea lah . Aku tak tahu lah if antara korang pernah stay guesthouse ke motel ke di Korea . Tandas kotor pulak . hiks.


Sinchon Guesthouse tak ada lif sebab tinggi bangunan nya tak lebih 4 tingkat . Luckily , bilik kitaorang di tingkat 2 . Jadi , tak adalah kena daki banyak sangat tangga . =p 


Reception hotel 

Dapur . Korang boleh pakai barang di dalam dapur tapi makesure lepas pakai kemas elok-elok . =) 


Lepas dah bersihkan diri dan solat .  Kitaorang keluar mencari makanan yang kami memang dah target dan it's one of our #gengmakankekorea favourite korean dish.

Makanan nya simple . Tapi sedap sangat dan murah . 
Nama makanan albab . Kedai nama Alchon . Kedai nie nak bagi direction aku tak ingat row mana nak masuk . 

Just bila korang nak cari kedai nie , ia memang satu row dengan kedai Churros nama 1Q84 yang paling sedap #gengmakankekorea punya favourite jugak dan kedai coffee nama star kot . Hihihi . Tak ingat nama kedai . Tapi , strawberry blended nya sedap sangat . If jumpa dua kedai nie , confirm korang akan jumpa kedai Alchon .  If tak jumpa kedai dua tue means korang salah masuk row . Hihihi....

Menu kedai Alchon nie simple je. Aku dan Hanis suka pedas . Jadi kami order lah Extra Spicy . 


Last year datang order spicy je . Spicy nya tak adalah pedas if kena orang yang kuat pedas macam aku nie . Sekali order extra spicy quite pedas tapi aku suka . 

Hanis punya aku tolong habiskan sebab dia kata pedas sangat . Hihihi...Menjadi kebiasaan makanan di Korea mesti ada side dish nya . Di Alchon , korang boleh amik sendiri side dish nya yang terdiri daripada odeng , radish dan sup .


Lepas makan Alchon , it's a must to have dessert . Kitaorang order Churros pulak di kedai 1Q84 .

Churros di cafe nie lah churros paling sedap aku pernah makan . Tapi kali nie kitaorang nampak menu baru . Purfait tapi basic nya still churros . Cuma dia tambah ice cream dan strawberry . Sedap wei !!! Hihihi...



Dah beli churros kitaorang masuk Ehwa Woman's University jenjalan waktu malam . Tapi malam tue gelap pulak Ehwa . Selalu terang . 



Dah visit Ehwa waktu malam kitaorang ke Hongik pulak . Nak ke Hongik kitaorang naik train dari Ehwa station stop di Hongik University station . Otw , nak turun train station Ehwa . Kitaorang make a stop di gerai sotong bakar tepi jalan area Ehwa . Kitaorang beli sotong bakar dan sweet potato . 

Sampai je di Hongik rasa havoc jugak Hongik . Ramai orang-orang muda dan ada street performance .Tak lama pun kitaorang di Hongik sebab ramai sangat orang , pening kepala .

Di Hongik sempat aku capture satu pokok cherry blossom . Cantik !!! 

Tak lama kitaorang explore Hongik . Mungkin dah penat seharian travel dari Busan to Seoul. Aku akan sambung trip kami untuk hari kedua dalam next entry . 

Bawah ada video footage day 1 kitaorang selama 30saat je . Hihihi.




Till then . Thank you for reading . =) 

Love ,
     NIA





18 comments

  1. bestnya travel ! bawak balik pakwe korea sorang dua hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... Alhamdulillah dapat ke korea kali kedua ...hihihi oppa korea yg real tak se hensem mcm dlm tv :p

      Delete
  2. Baca pasal tukar train je, chika dah pening. Hihi. Alchon dan churros!! Sedapnyaaaaa! Ahhh rindu nak makan. Kalau lah boleh mintak nadia dan hanis tapaukan.. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mula-mula pening gak yank baca map subway map tue, tapi bila chika experience sendiri dah phm dah ... Sebab tue kitaorg penat sbb subway nya kan bnykkkkkk tangga chika pun tahu :) ... Kitaorg pun wishhhhh dpt tapaukan utkkorang :), tapi malangnya, beg pun tak ckup :,(

      Delete
  3. Best nya Travel. =D Ermmmm, sedap nya tengok makanan tu. Terliur Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi best travel , alhamdulillah . Mknan korea mmg sedappppp dear :)

      Delete
  4. Sis email iti kt sy fatinsyuhaida89@gmail.com tq sisπŸ˜—

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah send email ye . If ada yang tak faham boleh email je dear =)

      Delete
  5. Salam sis, boleh email iti kat sy cikmirarahman@gmail.com tq sis πŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam dear . Nadia dah email itinerary to amirah ye =)

      Delete
  6. Hi Nadiah, boleh send your itenary to my email, nazuren@gmail.com. I will travel to Korea this coming May.

    ReplyDelete
  7. salam sis, boleh email iti kat saya nadiaamira.b@gmail.com. thanks. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ... sure can dear . Nanti kita email ok =)

      Delete
  8. salam sis..sy akan ke korea 17 may ini...tp kami turun dibusan dan nak ke seoul menaiki ktx..heheh...sis boleh emel kan iti kat sy> norshazleza239@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Wsalam , Boleh saja . nanti saya email pada awak ye =)

    ReplyDelete
  10. Salam nadiah boleh tak email itinerary kat silkygurl9191@ymail.com. sy akan ke korea upcoming august nii 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , saya dah send itinerary pada email awak =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .