SPRING KOREA TRIP - DAY 6 : WHERE TO EAT IN GYEONGJU?

Saturday, April 15, 2017

View depan King Muyeol Tomb
Sambungan dari entri sebelum nie >>> click disini.

WHERE TO EAT IN GYEONGJU?
Selepas beberapa minit kitaorang search Google mana nak makan dan ada jugak aku tanya agen-agen KTO tentang tempat makan halal or vegetarian. 

Tiba-tiba Hanis terjumpa satu blog >>> MYWORLDFAHAMIZ, ada share tentang satu restoran vegetarian. Restoran tue tak lah jauh sangat dan tak lah dekat sangat juga sebab nak ke sana dari Namu Guesthouse masih perlu menaiki bus atau teksi. 

Nama restoran tue adalah Baru Restaurant. Perjalanan nak ke restoran tue mengambil masa dalam 10 minit. Jadi, kitaorang mengambil keputusan untuk naik teksi je. Boleh juga naik bas tapi pada masa tue kitaorang dah penat sebab tue naik je teksi. Harga teksi ke Baru Retstoran tue dalam KRW 3100.

Sebenarnya, pemandu teksi tue tak tahu sangat jalan nak ke restoran tue. Jadi, kitaorang tunjuk gambar pada pemandu tue untuk berhenti di depan kawasan Tomb King Muyeol.


Pintu entrance Tomb of King Muyeol
Buat pengetahuan korang ,Gyeongju memang banyak tomb raja-raja. Kira macam banyak historical story juga lah.

Lepas pemandu teksi berhenti kan kitaorang di depan area tomb tue, kitaorang refer lagi blog Fahamiz dan on juga Google Map. Memang kena jalan kaki dari area tomb tue nak ke Baru Restoran. Jauh kan perjalanan cerita kitaorang mencari sesuap nasi di Gyeongju. Hahaha.


Hanis in frame  masa nie kitaorang jalan kaki ke Baru Restaurant
Area Baru Restoran tue ada lah kena lalu sedikit kawasan perumahan orang. Rumah-rumah dekat situ semua masih kekalkan design rumah Korea, cantik!!!. Serious cantik. Ikut hati nak ambil gambar lagi tapi perut dah lapar gila aku lupakan lah hajat bergambar tue.


Rumah orang Korea
Selepas beberapa minit berjalan, akhirnya sampai sudah di Baru Restoran. Ya Allah , tersangat lah kitaorang bersyukur masa tue.

Mula-mula rasa macam tak confident sebab tak nampak signage nama kedai adalah Baru Restoran. Jadi, kebetulan ada customer keluar dari kedai dan kitaorang tanya lah  "Is this Baru Vege Restaurant? " . Dia jawab , "Yes".


Baru Restoran front view

Alhamdulillah kitaorang di tempat yang betul. Interior restoran tue nampak macam sebuah restoran exclusive juga lah. Tapi, tak fikir apa kitaorang masuk sebab lapar. Style restoran nie adalah duduk di lantai . Style ala-ala orang dulu-dulu zaman Korea dan Jepun tue.








Masa kitaorang sampai situ, dugaan datang lagi. Selalunya di mana-mana restoran, if customer datang je pelayan terus bagi menu kan. Di restoran tue, ada ke patut ahjumma tue ignore je kitaorang dan sibuk kan diri melayan datin-datin ahjumma di meja sebelah kitaorang.

Masa awal tue positif kan diri jugak lah. Tapi, bila dah tanya nak menu sampai berpuluh kali dan lama lah jugak kitaorang tunggu nak dapatkan menu, tapi tidak dilayan. Aku dah mula nak naik angin. Muka aku dah lain. Aku dah mengomel dengan Hanis. Aku siap baring letak kepala dekat meja lagi sebab lapar sangat. Dah lah jauh kena jalan kaki bagai, owner restoran treat kitaorang gitu. Memang hangin lah.

Bila aku letak je kepala, tiba-tiba datin-datin ahjumma sebelah bagitahu pelayan ahjumma tue suruh bagi menu pada kitaorang. Tengok harga makanan nya boleh tahan mahal. Sebab memang based makanan nya vegetarian ala-ala healthy food.


Menu - gambar menu page lain aku tak jumpa pulak dah .. hahaha
Lepas order, datin-datin ahjumma meja sebelah semua dah balik. Akhirnya, makanan kitaorang sampai. Bahagia nya tengok makanan masa tue hanya Allah je tahu perasaan kitaorang. =) Happy sangat sangat.

Lebih bahagia bila kitaorang makan je bibimbap tue, Masyaallah terlalu sedap even semua sayur je. Bagi aku dan Hanis bibimbap paling sedap kitaorang pernah makan. Serious sedap sangat. 

semua side dish meriah kan

pancake apa ntah nama nya tapi serious sedap

bibimbap yang sedappp!!!

Siap bagi dessert buah lagi... manis

If korang datang Gyeongju dan nak rasa bibimbap sedap nie bawah adalah alamatnya.

Beside Royal Tomb of King Muyeol
Add: 953-21, Ma-Dong, Gyeongju-si,Gyeongbuk,Korea
Tel: 054-775-0014




BACK TO NAMU GUESTHOUSE
Lepas perut dah kenyang, hati pun banyak senang hati. Masa untuk balik guesthouse untuk check in. 

Sebelum balik kitaorang sempat lah singgah melawat tomb yang pemandu teksi tadi berhenti. Ingatkan free nak masuk kawasan tue. Dikenakan bayaran entrance fee : KRW 1000/pax. Baca sikit-sikit history pasal King Muyeol dan kitaorang bergambar sikit. Dah settle semua, time to go home.






Bestnya if baca buku bawah pokok tanpa berpeluh kikiki



Plan nak naik bas pulak. Kitaorang jalan kaki ke depan sikit selepas tomb tadi sebab nampak bus stop. Baca lah route nak ke station bus yang dekat dengan Namu Guesthouse tue. Di dalam route tue tunjuk boleh naik bus nombor 100 atau 330. Tunggu punya tunggu bas yang kitaorang nak tue tak datang jugak.

Hanis in frame 

Akhirnya, kitaorang patah balik ke area tomb tadi. Minta tolong budak yang jaga tiket entrance tadi telefon kan teksi. Harga teksi balik ke Namu Guesthouse tue dalam KRW 3100 juga.

Confirmation teksi dan no plat kereta tertera sekali. Sama macam di malaysia if kita hired Uber
Balik dari situ , kitaorang tak larat dah . Check in dan rehat. Seharian sesat. Penat tapi best dan kelakar pun ada.

Lepas solat maghrib, kitaorang rasa lapar. Jadi jalan-jalan lah kawasan dekat-dekat area hotel. Nampak lah banyak kedai jual Gyeongju bread a.k.a Hwangnam Bread. Tapi, masa dekat sana kitaorang tak sure halal ke tak. Jadi , tak lah beli kan. Bila balik Malaysia, baru tahu boleh makan sebab isinya red bean saja. It's ok . There will always next time. Insyaallah.

Photo courtesy from : bloodriceandnoodles.blogspot.com
Akhirnya, kitaorang lepak je di TwoSome Coffee Cafe makan roti , minum kopi dan makan mango snow ice. 


Balik je makan , di guesthouse kitaorang tanya owner tue macam mana nak ke marathon punya location esok . Bus nombor apa ada. Luckily, owner tue tahu serba sedikit info pasal marathon tue. Dia bagitahu kitaorang akan ada shuttle bus yang ambil runners untuk marathon tunggu depan station bus.

Alhamdulillah bila dengar info tue. Jadi kitaorang naik bilik terus kemas beg awal-awal. Ye lah takot esok sesat lagi. Dah lah lokasi marathon jauh dari Namu Guesthouse nie, hihihi. Sebab check out kan kul 11am.

Jadi, berakhirlah hari ke-6 kitaorang seharian sesat di Gyeongju.

Thanks for reading and stay tuned for my next entry ok. =)






17 comments:

  1. nie buat makin teringin nak pergi korea sebab makanan nampak sedap2 semua T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang makanan dorang semua sedap2 BV . Jom next year nak ?? =)

      Delete
  2. Serius bibimbap paling sedap? Please bawa saya ke sana. walaupun tak suka sangat bibimbap nanye, sebab campur dengan sayur. Hihihi.

    Bestnya baca buku bawah pokok gitu. Cantik gambar. Ada photoG hanis kan bersama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah yank . Serious sedap bagi kitaorang . Tak tahu lah if orang lain makan rasa tak sedap pulak . Sebab lain orang lain taste kan . hihii

      insyaallah , boleh je bawak Siqah sini, =)

      Aah , kann!!! Gamnbar yang ada saya dalam tue , Hanis tolong ambik kan hihi <3

      Delete
  3. bestnya jalan-jalan ke korea >.< nak try makanan situ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Eeca. Paling best suka makanan Korea. Hahahaha

      Bila Eeca nanti visit Gyeongju singgah lah makan sini. =)

      Delete
  4. Suka tengok gambar2 dia semuaaaa cantik, penangan langit cerah membiru ni :D

    I love the fact that Korean side dishes boleh ditambah kalau habis haha. Kadang2 makan tu banyak2 pun dah kenyang

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Sebab langit biru lah gambar jadi lawa. kikiki.

      Betul2 even tgk mcm portion dorang sikit je tapi bila dah makan. Alhamdulillah kenyang. kikiki.

      Delete
  5. Tak sabar nak tunggu entri lepas ni! Teringin nk tgk cherry blossom hihi tapi tu la bulan 4-5 annual leave selalu xcukup nk amik cuti

    Atheera / http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay!!! Stay tune tau entri lepas nie. Pasal marathon day. =)

      oh...insyaallah satu hari nanti pasti ada rezeki Tyra tgk cherry blossom. =)

      Delete
  6. nadiah memang suka korea ya?best tempat ni,teringin nak pergi..bilalah agaknya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irda memang suka sangat sangat dengan Korea. Paling suka makanan dorang . kikiki .

      Insyaallah Irda pasti boleh gie nanti. Nadia gie nie pun trip Nadia total rm1900 sorang all in ( termasuk flight) selama 8 hari.

      Nanti nadia share entri terakhir pasal budget and full itinerary ok =)

      Delete
  7. Winter trip last year mmg dah plan nk pegi gyeongju ni tp terpaksa cancel last minute..wah! Mmg heaven kalau ada kedai halal kat sana..nk buat trip ke sanalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kedai halal tak jumpa sgt JM . Nie pun satu-satunya kedai Vege yg dijumpai.

      Bila dah darurat , kita tawakal lah kan . =)

      Delete
  8. Nasib baik makanan kat Baru Restaurant tu sodap2 ๐Ÿ˜ Kalau tak, bertambah hangen dalam badan ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  9. Kalau tak silap Gyeonju memang famous dengan bibimbap dia. Eh, ke tempat lain ya? Tak ingat dah.

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .