Gunung Irau : Mossy Forest - Lord of the Ring ?

Sunday, June 26, 2016


Salam semua . =)

Siapa peminat movie Lord of The Ring (LOTR) ? High 5 sikit . Hihi . Aku suka sangat sangat movie LOTR selepas Harry Potter . Minat pada Harry Potter sampai boleh sanggup spent sikit duit nak enter the wizard world of Harry Potter di UK . Next wishlist teringin visit perkampungan The Hobbit di New Zealand tempat LOTR jugak . Semoga ada rezeki lah nanti . Amin . 

Siapa peminat LOTR , pasti tahu scene yang ada part pokok - pokok cantik . Hutan cantik dalam movie LOTR tue .  

Entry nie adalah jugak kesinambungan dengan entry sebelum nie : Bright Side >>>> click here to read   Sebab dalam entry bright side ada mengatakan tentang go travel/explore will change our brains

Ha~~~~ Siapa sangka . Di Malaysia nie , ada hutan yang seakan-akan hutan dalam LOTR . Menakjubkan . Nama hutan nie dikenali sebagai Gunung Irau a.k.a Mossy Forest . Dah famous dah hutan nie sebenarnya. Hihihi .

Gunung Irau nie terletak di Cameron Highland . Bersebelahan dengan Gunung Brinchang . Ketinggian Gunung Irau adalah 2110M dari paras laut . Tinggi kan. Gunung Irau adalah gunung ke 15 tertinggi di Banjaran Titiwangsa. Ia terletak di antara sempadan Perak - Pahang . Next wishlist aku, sudah pastinya ingin tawan Gunung Kinabalu , gunung tertinggi di Malaysia . Kenalah dapatkan fitness dulu jika nak tawan kan ? Hihihi .

Cerita aku daki Gunung Irau berlaku sebelum Bulan Puasa . Sekarang baru nak update cerita . Kikiki. Pergi mendaki bersama suami , adik perempuan aku ( diyanah ) , gengmakan aku ( Syira ) dan kawan - kawan sekolah suami .

Jom baca apa yang diperlukan untuk ke Irau dan cerita yang berlaku semasa kami mendaki . =)

Persediaan ke Gunung Irau 
1) Mental dan fizikal 
Sebelum , mendaki Irau . Persediaan mental dan fizikal adalah sangat penting . Sebab laluan Irau atau route Irau teramat lah lecak . Jika tidak hujan , mungkin route tak lah lecak mana . Jika hujan , masyaallah . Teramat lecak . 

2) Dapatkan permit . 
Sekarang mereka kawal ketat sebab sudah banyak case injury berlaku di Irau . Dan , ada ramai juga pendaki masuk pagi tapi keluar malam . Untuk mengelakkan apa - apa keadaan yang tidak diingini berlaku dan demi keselamatan pendaki yang mendaki ke Irau , mereka diwajibkan dapatkan permit terlebih dahulu . 


3) Peralatan mendaki 
Boleh lihat gambar dibawah antara barang - barang yang perlu dibawa.
 
Mengikut pada experience aku . Disebabkan Irau mempunyai route yang lecak dan berair . Kasut yang paling sesuai , adalah kasut getah ( boleh beli di mana-mana kedai hardware . Dalam RM 8 - RM 10 )  . 
Kasut crocs pun boleh .

Sebenarnya , boleh je pakai kasut hiking atau apa jua kasut sukan yang tidak licin . Aku pakai kasut sukan biasa sebab tidak ada size kaki aku untuk kasut getah . =( 

Dalam gambar di atas ada mention headlamp . Jika start masuk Irau awal pagi sebelum Subuh . Tentunya memerlukan headlamp . Tapi , jika anda masuk Irau selepas matahari terbit ,bawak jugak headlamp . 

Ditakuti / mungkin anda akan keluar dari Irau malam Jika baca macam tak logik kan ? Tapi ada yang berlaku. Kita hanya merancang , Allah yang menentukan . Persediaan alatan ini amatlah penting . Headlamp boleh di dapatkan di mana - mana kedai hardware atau Mr.DIY shop . 

 

Dalam senarai ada mengatakan disposable rain coat . Bawak lah rain coat . Di khuatiri akan hujan . Dan , pada aku . Pakai lah windbreaker atau bawak windbreaker . Biarlah rain coat menjadi persediaan plan B . Leceh sebenarnya pakai rain coat sebab ia panjang , jadi mengganggu perjalanan anda sedikit . Sebab aku tak ada windbreaker jadinha aku bawak raincoat .

Jika tak nak bawak kamera DSLR atau apa jenis kamera digital lain . Disarankan , bawak lah Go Pro lebih senang sebab ia memang direka untuk outdoor aktiviti. Jika tak ada kamera . Kamera handphone pun boleh tapi pastikan kamera anda dalam tempat kalis air (Seperti yang aku pakai masa ke Perhentian - gambar di bawah ) . Sebab if hujan , takot anda tak boleh snap gambar dan route lecak takut kotor handphone anda .

 

Glove pun amatlah diperlukan . Sebab nya , pokok - pokok di Irau berlumut . Jika pakai glove senang nak pegang tak licin dan tangan pun tak lah kotor sangat .

Peralatan lain seperti dalam gambar di atas tadi . =)

Budget ke Irau 
Budget nak daki Irau tak lah mahal sangat . Dan , kami tinggal di homestay satu malam . 

Budget boleh lihat seperti gambar di bawah . ( Budget tak termasuk minyak dan makan ye ) . 

 
Jika anda nak ada guide boleh , tak nak ada guide pun boleh . Sebenarnya guide kami masa ke Irau tue adalah kawan sekolah suami aku punya kawan . Mereka adalah guide yang mempunyai sijil untuk guide orang yang nak hiking . Pastikan guide anda ada sijil untuk guide orang ye . Bukan main petik sebab dah ada pengalaman sahaja. Hihihi .

Itinerary Irau
Dari KL kami bertolak ke Cameron Highland pada pukul 12:30am . Plan asal, kami ingin mula mendaki pada pukul 3am . Tapi , memandangkan kami yang perempuan concern nak solat di bawah kaki gunung , sebabnya di mini Irau dan Puncak Irau hanyalah tanah lapang yang tiada punca air . Kena bawak air sendiri lah if nak solat di atas . Jadi plan bertukar ke pukul 6 - 6:30am lepas solat Subuh baru start hiking .

Dari KL , kami exit Simpang Pulai instead of Tapah untuk sampai ke Cameron Highland . Aku sebenarnya kurang gemar travel tengah malam . Gelap . Hahaha . Suami tak tido sebab jadi driver . Jadi , aku pun tido tido ayam . Sebab risau kot lah suami ngantuk . 

Pukul 5:30am 4x4 sampai ambil kami ke kaki gunung Irau . Solat dan stretching di kaki gunung dan mulakan mendaki . 

Gambar pukul 6am 
 

Sebenarnya boleh jika anda tak nak bayar naik 4x4 untuk ke kaki gunung . Tapi jalan nak ke kaki gunung tidak lah rata sangat . Yang sayang kan kereta , disarankan naik lah 4x4 . Hihihi .

Tempat letak kereta di kaki gunung Irau - gambar di ambil masa dah turun . Sebab masa naik gelap. Hihi
 

Kami naik 4x4 . Gambar pun diambil masa sudah turun Irau . 
 

Pendakian bermula lebih kurang 6:30am . Matahari terbit sudah kelihatan .
 

Sign board - Gunung Irau terletak di antara Perak - Pahang
 

 
Total masa yang kami ambil untuk daki sampai ke puncak dan turun balik ke kaki gunung,  lebih kurang 10 jam . 

3 jam dari kaki gunung sampai ke puncak . 7 jam lagi dari puncak ke kaki gunung . Termasuk sekali waktu rehat , makan dan bergambar .

Kami target jika sampai atau tak sampai puncak , pukul 2pm kena turun ke kaki gunung . Sebab guide tak nak kami keluar dari hutan malam . Malam lebih bahaya tambahan pula dengan route yang bertambah lecak kerana hujan . 

 

 

Lama kan ? Kenapa lama ? Sebab , route nya sangat lecak dan berair . Tambahan pula , hari yang kami daki hujan pulak . Hujan tak menghalang kami dari berpatah balik . Sebab best , sejuk dan rasa segar je dalam hutan . Tapi penat sangat , sebab terlalu lecak . 

 

 

 

 

Aku 

Adik aku ( Diyanah )
 

Suamiku
 

Syira 
 

Bila dah nak sampai ke mini Irau , route dan pokok makin cantik penuh dengan lumut . Jadinya , ada beberapa tempat lawa untuk bergambar .

 

 

Kami berehat di mini a.k.a anak Irau untuk minum , makan dan berehat . Dari mini Irau , lebih kurang 30 - 45 minit nak sampai puncak .
 

Lagi dua kaum hawa yang join kami mendaki . Zan (sebelah kiri ) dan Xylen ( sebelah kanan )  
 
Berehat di mini Irau a.k.a anak Irau
 

 

Kasut Zan tercabut tapak , jadi di ubah suai sedikit . Glove getah yang ada lebih disarungkan ke kasut supaya tidak licin semasa mendaki. Creative kan . Hihihi .
 

Beberapa gambar di ambil di mini Irau.
 

 

 

 

Lepas dah berehat , makan dan bergambar di mini Irau. Kami bergerak untuk ke puncak .

Nak ke puncak route makin berlecak sebab hujan makin lebat . Orang makin ramai . Tapi pokok - pokok makin cantikkkkk~!!!! =)

 

 

Abang - abang guide 
 

Suka gambar nie. Separuh dari kami . Let's be adventurous. 
 

 

 

 

Bila dah nampak sign board bawah nie , maksudnya nak sampai dah ke puncak . Yeay!!!
 

 

 

 

Gambar paling aku suka . Sebab aku rasa macam berada di fairy land . Hihihi . Suka the colors . Green . Fresh . 
 

Kemudian, kami pun sampai lah ke puncak . Alhamdulillah .
 

 

Tapi sayang . Sebab kan hujan , jadi view tak nampak apa. Gambar pun mostly kabus . Tapi perasaan puas sangat bila dapat sampai ke puncak . =) 
 
Kami semua

Aku dan suami  
 

Kasut kami berlima perempuan . Dah tak rupa kasut dah . =p
 

Sebabkan di puncak tak nampak view apa . Dan tersangat lah sejuk . Jadi , kami berehat minum kejap then turun ke kaki gunung .

Rupanya turun lagi susah dari naik . Aku memang dah mental breakdown masa turun . Tengok sign board berapa km lagi nak sampai beri sinar harapan . Tapi bila tengok route yang harus mendaki tinggi ( sebabkan masa naik puncak , route menurun ) , aku hampir nangis dan putus asa. 

Masa turun , memang aku sangat sangat down . Nasib suami ada untuk bagi semangat . Adik aku dan Syira bagi kata-kata semangat jugak tapi aku makin stress bila tengok jalan yang makin berlecak . 

Setelah beberapa jam hiking untuk turun dan berehat banyak . Alhamdulillah , kami selamat sampai ke kaki gunung .
 

Group Photo 
 

Untuk pulang , kami menaiki 4x4 semula . Pemandangan masa balik sangat cantik sebab nampak ladang teh . Ye lah . Masa datang , gelap lagi jadi tak nampak apa .
 


 
Keseluruhan nya , sangat best even masa turun aku mental break down . Hahaha .

Aku , Syira dan Diyanah cakap kepada abang-abang guide yang kami tak kan datang lagi ke Irau . Ternyata kami salah . Setelah sebulan berlalu , serious memang kami rindukan Irau . Rindu nak hiking lagi . Hihihi .

Untuk akhiri entry nie , aku belanja video hiking kami di Irau . Hopefully , entry aku nie membantu serba sedikit untuk sesiapa yang plan nak ke Irau . Jika ada tersalah atau terkurang mana - mana , maafkan ye . 

Enjoy the video !!!! (^_^)



Love , 
   NIA

9 comments:

  1. pergghh babe! untung ue dapat peluang cam gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ... Alhamdulillah . Husband ajak , so pergi lah . Lagipun dah lama tak ber outdoor sejak kahwin nie . =)

      Delete
  2. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb) TTB
    KHIDMAT GUIDE GUNUNG(TG 9024)
    MENGURUSKAN PERIHAL:
    -Permit perhutanan
    -laporan polis
    -khidnat nature guide berlesen
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -khidmat 4x4 ke mossy forest(return)


    ANDY
    017-9997790
    call/whataps/sms

    ReplyDelete
  3. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb) TTB
    KHIDMAT GUIDE GUNUNG(TG 9024)
    MENGURUSKAN PERIHAL:
    -Permit perhutanan
    -laporan polis
    -khidnat nature guide berlesen
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -khidmat 4x4 ke mossy forest(return)


    ANDY
    017-9997790
    call/whataps/sms

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for sharing the info... If nak g lagi, boleh jugak contact u andy =)

      Delete
    2. Macam mana nk sewa 4x4 sahaja?? Ad contact x??

      Delete
    3. alamak , Tue nanti saya tlg tanyakan dari kawan suami saya . Awak email saya lah supaya saya tak terlupa =) hihihi

      Delete
    4. Maybe adi boleh jugak contact Andy dalam komen di atas =)

      Delete
  4. Macam mana nak cari guide untuk naik Irau ni ya?

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .