PULAU REDANG TRIP - DAY 3 : GOODBYE PULAU REDANG AND FOODS HUNTING IN TERENGGANU

Wednesday, May 10, 2017


Entri Pulau Redang trip bersama gengmakan aku , telah sampai ke penghujungnya.

GOODBYE PULAU REDANG
Bangun pagi je ingatkan nak tengok sun rise tapi masing-masing penat sebab semalam seharian duk mandi laut je. Lepas solat Subuh aku dan Siqah baring lah kejap tapi terlelap pulak.

Pukul 7:30am aku terjaga , cuci muka, berus gigi , pakai tudung terus lari keluar bilik ke arah laut. Tengok matahari dah mula nak terang. Sedih tak dapat tengok sun rise betul-betul. Tapi aku snap lah jugak gambar sun rise . Hihi. Boleh lah dari tak ada lansung kan.

Cantik view pagi .. <3
Lepas kitaorang breakfast, kitaorang habiskan packing dan bersiap. Sebab staff resort beritahu boat datang pukul 10am.

Sebelum datang Pulau Redang, kitaorang dah plan beria nak pakai baju color putih sesama sebab nak photoshoot theme "friendship". Mula-mula aku nak pakai dress putih konon, lastly segan aku tukar pakai kemeja pink. Hahaha. Luckily, aku bawak baju lebih. =p

I totally love this picture. Tasha and Siqah wearing Duck KL in Cream color. 
Bila boat dah sampai, staff Redang Mutiara bagitahu tak semua akan naik boat yang dah sampai tue. Jadinya, kitaorang pun tunggu lah untuk naik the next boat yang datang pukul 11am tak salah aku. Sempat lah kitaorang photoshoot lagi di jeti. Hahaha. Aku kan pakai Duck KL color rose pink, haruslah ootd . =p

Goodbye Redang =,(

Gambar bersama sebelum pulang =(

I just love the view here. Walaupun gambar nie goyang sikit nak jugak post hihi .

Totally love this Rose Pink Color of Duck KL. Tq Siqah snap kan.

Bila boat sampai terus kitaorang naik boat. Perjalanan dengan boat dari resort ke jeti dalam 1 jam. Sempat lah aku terlelap. Best wei tidur. hahaha.

FOODS HUNTING IN TERENGGANU
Sampai je jeti, Hanis dah tanya kitaorang nak makan apa. Hahaha. Nampak tak kitaorang nie makan je tau. Sebab tue kitaorang namakan group kitaorang "gengmakan" . =p

Sebelum kitaorang betul-betul ingin bergerak pulang ke KL, sempat lagi kitaorang singgah ke Pantai Batu Buruk sebab nak ambil gambar yang dah viral di Instagram tentang buaian yang kelihatan seperti di Lombok tue. Hihihi.

View di Pantai Batu Buruk

I'm so happy !!! Gambar bersama Syira . Thanks Hanis snapkan.

Kami!!! Thanks random akak tolong ambilkan gambar. 

Tapi, masa kitaorang sampai di Pantai Batu Buruk dah agak petang jadi ramai orang. So, kitaorang tak lama lah lepak di situ.

Jom, tengok apa senarai makanan yang kitaorang makan di sepanjang perjalanan. hihihi.

1) KUIH AKOK DAN AIR KELAPA
Singgah sini masa betul-betul lepas kitaorang sampai di Jeti Kuala Merang. Hanis yang jumpa gerai pakcik nie. Sedap Kuih akok nya. Aku suka!!




Terlupa nak ambil gambar aku screenshot je lah dari Insta Story. hihi
2) SATAR
Makanan Terengganu yang kedua paling aku suka selepas Keropok Lekor. Sata abang nie pun sedap tapi bagi aku kurang pedas sikit.

Murahnyaaaaaaa. 


Terlupa nak ambil gambar aku screenshot je lah dari Insta Story. hihi
3) GORENG CELUP TEPUNG
Kitaorang singgah sini nak makan kedai Pok Nong yang famous tue. Tapi Pok Nong belum buka. Jadinya, kitaorang makan gerai sebelah Pok Nong. Bagi aku boleh lah. Aku banyak makan sotong je. Hihihi. View laut kedai nie pun lawa.


Kereta Hanis sebagai props Aku ambil gambar view pokok kelapa tue.

View laut
Flatlay makanan haruslah Hanis yang ambil. Hanis memang pandai snap gambar.

4) KEROPOK LEKOR B.T.B 2209
Keropok lekor kedai nie serious sedap. Aku suka!! Kedai nie jual pelbagai jenis keropok lekor. Boleh lah tengok senarai keropok nya dalam gambar di bawah.



Flatlay makanan haruslah Hanis yang ambil. Hanis memang pandai snap gambar.
Dorang duk tunggu keropok lekor dibungkus

Teruja aku bila nampak api besar nie untuk masak keropok lekor

Nie kaunter tempahan keropok lekor basah. Lama jugak nak tunggu  keropok nie siap.

Kaunter bayaran

5) PROFESSOR CENDOL MERCHANG
Ha~ kitaorang singgah kedai nie sebab tengok ramai orang singgah. Kitaorang order laksa, cendol, rojak. Seriously, bagi aku kedai nie makanan nya tak sedap . For me, Laksa , Rojak dan Cendol memang tak boleh lawan laksa, cendol dan rojak di Penang.

Cuma, aku suka konsep kedai nie sebab dah habis makan korang boleh refill . Terbaik kan? hihihi. Oh, by the way , kedai nie memang dah ada banyak branch.



Flatlay makanan haruslah Hanis yang ambil. Hanis memang pandai snap gambar.

Tasha dan Siqah bersama Duck KL cream




6) AIR JAGUNG DAN JAGUNG BAKAR
Singgah nie sebab Hanis teringin air jagung. Tapi, air jagung tue kitaorang tak minum pun sampailah KL. Sebab semua dah kenyang gila!!! Hahaha

7) DINNER AT SUNGAI KARANG 
Port akhir kitaorang berhenti untuk dinner. Kebetulan Hanis cakap berhenti sini lah je kita makan sebab kitaorang dah lapar. Tup tup serious kedai nie sedap sangat!!!
Kedai nie sedap sangat!!!
Ha~ itulah senarai makanan yang kitaorang sempat singgah dalam perjalanan nak balik ke KL. Alhamdulillah kitaorang dimurahkan rezeki di sepanjang jalan. Aku sebenarnya jarang berjalan ke Pantai Timur jadi bila beli makanan disana rasa murah sangat . Terlalu bahagia aku rasa. Hihihi. 

InsyaAllah. Aku akan banyak kan plan untuk berjalan ke Pantai Timur lepas nie sebab dah mula rindukan Pulau dan Laut. Hahaha.

Kesimpulannya, Alhamdulillah trip kitaorang kali ini sukses jugak dan best sangat. Dapat tengok view yang terlalu cantik dan dapat mengemukkan badan sekali. Hahaha.

Terima kasih , gengmakan ku. Terima Kasih pada Hanis dan Syira sebab bersusah payah drive. Gengmakan ku korang is the best like always. How I wish next time , Mira and Yun could join us. And, our group will be complete. Hihihi. InsyaAllah mungkin akan ada next time. 

Kitaorang nie hanya bleh cuti sesama bila public holiday untuk tiga country adalah sama. Sebabnya, Siqah kerja ikut cuti negara Hong Kong . Tasha dan Hanis kerja ikut cuti negara Singapore. Manakala Aku dan Syira saja yang ikut cuti negara Malaysia. Sebab tue lah, every year bila Labor Day saja yang membolehkan kitaorang cuti berlima. Hihihi.

Habis dah story kitaorang tentang trip Pulau Redang 2017 nie. Till we meet again Pulau Redang, Terengganu.

I'll wish I can end my entry with our trip video. Tapi, Aku malas pulak nak edit video. Hahaha. If nanti dah buat video Aku share lah ye.

Hopefully you enjoy reading my post and thanks all. =D



15 comments:

  1. Yeayy! Dah habis update. Hii. Siqah pun dah habis update gak pagi tadi. jemputlah baca gak πŸ˜ŠπŸ™ˆ Rupanya tempat makan malam karoeke tu namanya Sungai Karang eh? Serius tak tahu. Yang penting jumpa kedai makan dan nak makan. Hihi.

    Rindu Redang 😍 tak tahu bila lagi boleh cuti bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!!! yeay kita berjaya update entri Redang sesama. Dah singgah baca dah entri Redang awak jugak =)


      Saya tak tahu namanya tempat kita dinner tue. Tapi, iPhone kan bila kita snap gambar and on location , bila kita tgk balik tue ada detect kita snap gmbr tue location nya apa. And tertera Sg Karang hihihi.

      Tau tak peeee...mmg rindu Redang. If boleh cuti sekali sesama berlima jom ke pulau kapas pulak kita nak? ke Pulau Duyung ke dkt mersing. =)

      Delete
  2. Cantik nya laut di Redang. Ana kalau nak ke Redang nak naik feri. Fobia nak naik bot bawa si kecik. Hehe.

    Buaian di Pantai Batu Buruk tu masa ana pergi waktu pagi lengang selengangnya. Duduk berjam pun boleh takde siapa nk duduk. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baca experience Ana tentang naik boat kecil ke windmill di Perhentian kan? Ana left komen dkt blog Siqah. Masa tue kitaorang pun mengalami experience mcm Ana . Serious sejujurnya mmg cuak sgt. Lesson learnt lah tak kan pergi lagi dgn boat kecil tanpa life jacket. Nadia masa tue rasa berslh dkt kawan-kawan sebab dorang tak tahu berenang. Tapi even tahu berenang pun if ombak besar and panic mmg bleh lemas lah if anything happen.

      Tapiii, even experience yang menakutkan tue happen . nadia still suka naik boat yang open. hihihi.=)

      bestnyaaa, Ana dtg pantai batu buruk masa tak ada orang. =)

      Delete
  3. Warung adik beradik tu, anis pergi jugak hari rabu hari tu... XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke... Tapi memang warung Pok Nong tue buka petang kan? baru nak rasa masa dtg hari tue. =)

      Delete
  4. Terus Nadia jadi center bila pakai pink, diapit putih2 :D

    I LOVE SATARRR. Wahaha kalau tergigit cili padi dalam tuu, azab jugak rasanya hehe. Rindunya Terengganuuuu, teringat masa ada rezeki balik Malaysia bulan 12 lepas, merasa buat Pantai Timur beaches trip, nak 5 pantai rasanya kite pergi. PCB, Senok, Pantai Penarik, Baru Burok, Teluk Chempedak. Memang tiap2 tahun balik cuti summer akan tuju pantai2. :D

    Yg cendol Merchang tuuu, memang bayar RM 2 pastu boleh ulang refill banyak kali kee? :O

    Setuju jugakkk makanan kat Pantai Timur murah2! Even kalau makan kat warung, still boleh dapat nasi goreng RM 3 kann

    Gengmakan memang semua banker satu office yg sama keee? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) hahahha kan... sebab pink terus jadi center . Kikiki .

      2) yeay !! Kita geng. Seriously Nadia suka satar maybe Nadia memang minat anything yf based from fish . Tue suka satar and keropok lekor tue hihi. Sejujurnya pantai2 dkt pantai timur cantik2 jugak viewnya .

      3) kannn!!!! Teruja keja bila tgk makanan murah gila ... best !!!! Kalau kat KL nie adoi nadi grg kosong pun dah rm5 - rm6 hmmmm

      4) yup2 kitaorang satu office dannnnn satu team cuma jaga lain2 country je <3

      Delete
    2. Oh lupa . Yg cendol Merchang tue mmg if tambah rm2 bleh refill sampai lebam lah makan kiki... tapii sbb bagi Nadia tak sedap so kitaorg tak refill lah hahhaa

      Delete
  5. Airah suka part makan tu! Terus rasa nak buat plan pegi sana 😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pleaseee plan ke sana . Serious makanan semua sedap2 gak lah =)

      Delete
  6. Semuaaaa gambar dekat Redang tu cantek2. Pandai betul ambik gambar. :D

    Dah macam model akak2 kite ni, nampak muda remaja semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi thanks dear Ana . <3

      Kitaorang nie mmg pentingkan gambar cantik sebab tue suka snap gmbr byk2 then pilih mana yang cantik. Tapi antara kitaorang berlima yg pndi amik gmbr adalah hanisah . Selalu Hanisah snap sekali je gambar dah jadi lawa .

      Tapi di redang nie if Ana tak ambil gmbr sekali byk pun xpe sbb view dah mmg cantik . Ana snaplah angle mana pun mmg gmbr akan cantik =)

      Delete
  7. Serius cantiknya gambar2..eapecially kat pantai.guna dslr ke phone camera?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youuu~ =) ... guna snap Phone camera je tapi gambar dalam air pakai GoPro =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .