SPRING KOREA TRIP - DAY 7 : GYEONGJU CHERRY BLOSSOM MARATHON



Akhirnya, sampai sudah hari yang ditunggu-tunggu. Hari Gyeongju Cherry Blossom Marathon. Yeay!!!

If korang nak tahu macam mana nak register untuk marathon nie , silakan terjah disini. Aku ada share dalam entri sebelum.

Semalam , owner Namu Guesthouse ada bagitahu yang memang ada shuttle bus disediakan untuk runners berhenti di depan Intercity Station Bus.

GYEONGJU CHERRY BLOSSOM MARATHON 
Pagi tue kitaorang keluar dari guesthouse pada pkul 6:30am naik shuttle bus . Alhamdulillah aku dan Hanis sampai awal. Agen KTO yang handle kitaorang untuk larian nie whatsapp , beritahu yang meeting point di starting line. Masa tue tercari-cari jugak agen nie berdasarkan gambar whatsapp akhirnya ketemu. Dorang nak bagi race kit dan t-shirt.


Starting line

Sementara nak tunggu run start, aku sempat lah bergambar dengan salah seorang runner. Lupa dah nama dia apa. Hi hi hi. Aku register untuk 10km saja . Tak larat nak lari 21km. 


Aku masuk 10km, Kawan baru masuk 21km

Seperti biasa lah kan. Setiap event marathon mesti ada warm up exercise supaya tak cramp nanti. Pada pukul 8.30am runners untuk 10km dilepaskan.



Masa aku lari , masyaallah . Hanya Allah je tahu perasaan nie . Sepanjang route larian , scenery terlalu lawa . Full of cherry blossom . Masa tue Cherry Blossom tengah berbunga penuh.

Aku lari sorang , Hanis tak masuk marathon nie. Jadi aku banyak ambil gambar scenery saja. Gambar aku bergambar dengan bunga tak banyak sangat. Hi hi hi. Korang layan lah kejap gambar-gambar di bawah ye. =)






Sebabkan sorang aku banyak ambil gambar pakai GoPro je. Video pun ambil pakai GoPro . Masa lari video diambil jadi bergoyang lah kan. Tapi, bila fikir dah datang jauh-jauh tak kan tak nak ambil gambar aku dengn Cherry Blossom. Jadi, aku minta sorang Korean tolong ambil kan gambar. Atleast ada satu pun jadilah kan. ki ki ki.





Speechless tengok bunga-bungaan tue cantik!!!

Dalam pada banyak berhenti sebab nak snap gambar scenery, aku berjaya habiskan larian 10km aku dalam masa 1 jam 35 minit. Organizer punya estimate time 1 jam 30minit . Aku terlebih 5 minit saja.

Lepas marathon tue aku rasa puas hati sangat . Sebab wishlist aku unlocked!!! Berjaya habiskan larian 10km. Dengan dapat tengok cherry blossom sepanjang larian. Paling penting lari tak panas. Best!!! Hahaha. Harapnya lain kali boleh repeat lagi. =p


Berjaya puas hati!!!

My Medal


Hanis peneman setia aku

Korang boleh klik link di bawah untuk tengok short video yang aku buat dari event marathon tue. Video tak lah lawa mana sebab ambil masa lari. Hahaha.



BACK TO BUSAN
BIla dah settle semua paling mencabar sekali ialah mencari jalan nak balik ke guest house . Check out kitaorang pada pukul 11am. Di lokasi marathon tue, nak cari bus . Perghhhh~ dugaan. Dah lah dengan orang terlalu ramai. Dengan tak tahu mana arah jalan nak ke Namu. Ceritanya sesat lagi lah. Hahaha.

Dah lah baru lepas lari, confirm lah kaki aku sakit sangat. Shuttle bus yang kitaorang naik pagi tadi tak nampak pun kelibatnya.

Lastly , kitaorg nampak bus nombor 100 towards intercity bus terminal.  Namu Guesthouse tue kan dekat dengan bus terminal. Kitaorang pun naik lah bus tue. Sepanjang perjalanan nak ke guesthouse, kitaorang nampak scenery cantik sangat dengan bunga cherry blossom dan bunga canola.


Bunga Canola view dari atas bus - nak turun tak boleh, hahaha
Tengok jam kitaorang dah lewat 1 jam untuk check out. Bukan sengaja nak lewat tapi sebab nak mencari bus dan traffic jam.

Bila sampai je di guesthouse owner tue macam marah lah sikit sebab kitaorang lambat. Tapi, mungkin rezeki agaknya, owner tue cakap tak payah bayar extra fee sebab lambat check out. Just, dia nak kitaorang keluar cepat je dari bilik. 

Kitaorang jadi orang Korea lah untuk satu hari . Hahaha. Aku lepas marathon dengan tak mandinya terus checkout and heading to Busan .  Nasib cuaca tak panas macam Malaysia. So, masa lari tak la h aku peluh lunyai. Hahaha.

Sebelum naik bus sempat lagi kitaorang beli satu crab sandwich di Paris Baguette. Serious sedap sandwich nie. Korang if datang Gyeongju make sure try tau.


serious sedap tapi siapa alergic seafood disarankan jangan makan lah ye



Tamat dah cerita marathon aku di Korea. Event paling besar untuk trip aku dan Hanis nie. hi hi hi.

It was the best experience ever!!! hihihi.

Stay tune for my next entry. 

Where we are going in Busan for our last day in Korea?

Thanks for reading. =)








14 comments

  1. Bestnyaaaaa!!! Fefeeling sangat kan lari sambil kanan kiri penuh cheery blossom <3

    Bayangkan lah cherry blossom masa lari SCB KL MArathon next month ni. Walaupun in fact, belantara konkrit kiri dan kanan. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah best yank and rindu seriously.

      Tue je lah kita mampu . Berangan berlari sambil dikelilingi dengan bunga tapi tak... hihihi

      Delete
  2. Oh my god best nye marathon! Maybe i can include this activity next time hehe

    Atheera / http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Tyra lari sambil menikmati keindahan cherry blossom .

      Yes yes , you should include this activity next time ok. Tapi tgk gmbr tahun nie Gyeongju marathon tak ada bnyk bunga lagi mcm tahun 2016 =)

      Delete
  3. Rindu seoul n korea..wahh satu kelainan tau pegi marathon kaf sana..10km? Cayalah sis JM dah x mampu nk masuk marathon ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... sebabkan Marathon nie lah Nadia dgn kawan buat kerja gila repeat g Korea lagi last min decision.

      Last yr punya story JM larat lagi lari 10km. Tahun nie tak tahu lagi. Insyaallah masih larat lah =p

      Tapi gyeongju mmg lawa lah JM bila penuh dgn cherry blossom tgh blooming .=)

      Delete
  4. Bestnyee..pemandgan yg ckup cantik..kalau mcm ni lari 21km pon tak penat..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul betul. Takot tak habis je 21km nnt Sbb confirm bnyk berhenti sbb cantik sgt tepi jalan pun. Berhenti nak amik gmbr je hihi

      Delete
  5. How fun would it be if I'm able to feel the flowers.. Haih.. Anyways, sandwich tu tempting betul..! :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes dear anis mmg cantik bunga tue semua.

      Seriously tak tipu, mmg sandwich tue terbaik sodap . =D

      Delete
  6. Tak terasa penat bila scenery terlalu lawa 😄 Crab sandwich tu pun nampak sodap 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... bila rasa penat tgk bunga cantik terus tak penat sgt.

      Sandwich tue serious mmg sedap dear . Seriously. =)

      Delete
  7. Semua orang tau bunga tu cantik. Kali ni bunga tu lebih cantik sebab ada pelari bernombor 41437 yg melompat sebab berjaya berpuas hati.

    Kita ketinggalan dengan korea dalam banyak hal.

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .