SALAM AIDILFITRI ... SELAMAT HARI RAYA...HAPPY EID MUBARAK


Hello semua , 

Korang tengah makan ketupat rendang ke tue~ . Pergi sembahyang raya tak ? 

Sekejap je masa berlalu , dah raya dah kita . Tahun nie tahun kedua family aku raya tanpa Ayah tercinta. Rasa macam Ayah baru pergi semalam , rupanya dah dua tahun. Masyaallah . Cepat sungguh masa berlalu. 

Aku sebenarnya baru je sampai di Melaka malam semalam . Jadi , aku memang tak sempat join apa-apa preparation raya di rumah Atuk semalam . Hihi . 

Tapi, yang bestnya. Sampai je umah atuk , aku nampak ketupat yang tak dimasak lagi and beras pun tak ada dalam ketupat tue . Terus aku minta makcik aku , aku nak ketupat tue nak pakai untuk jadikan props teaser event office aku lepas raya nanti. Hihi. Happyyyy sangat sebab dah ada props yg penting. 

Dalam dok borak-borak dengan makcik , mama dan adik aku. Aku terus snap gambar susun sikit ala-ala flatlay . Aku susun ketupat tadi sekali dengan lemang. Ye lah nak letak bunga api , memang tak ada lah bunga api sebab rumah atuk rumah teres yang kecik je and tak ada laman pun boleh main. Hihi. Dan kebetulan lantai rumah Atuk warna putih. Lagi lah terbaik jadikan background. 

Lepas dah snap gambar tiba-tiba terima whatsapp group office, kawan-kawan wish selamat hari raya. Then, nampak lah ayat Siqah wish. Terus minta izin dengan Siqah nak pinjam ayat wish dia. Hahaha.

Tue lah terus jadi e-Card hari raya aku macam dalam gambar kat atas tadi tue. e-Card lah sangat kan. Ok lah tue . Atlaeast ada kan? 

Apa lah aku nie, orang dok story masak lemang ketupat rendang. Tapi aku story pasal Flatlay ketupat aku lak . Hahaha.

Di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin . Maafkan aku ye jika penulisan aku  ada terguris mana-mana pihak. Kosong-kosong okay.

Berhati - hati di jalan raya , semua.

P/s : siapa yang #teamrayamelaka , #teamrayaklang , #teamrayapenang? Aku akan raya ke tiga negeri nie tahun nie . Kampung Mama , Kampung Suami , Kampung Arwah Ayah. Berjalan sangat na. 

Thanks for reading. <3

18 comments

  1. selamat hari raya nadia!

    lawa gambar flatlay!

    #teamlemangbukanteamketupat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya too , dear Rasya <3

      Hihi thanks ... random je buat gambar tue . Semua kebetulan hihi .

      Nadia pulak #teamketupatbukanteamlemang kiki

      Delete
  2. selamat hari raya dear.maag zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin too Irda <3

      Delete
  3. Happy Eid Mubarak sis :)
    Btw, kita sama team ketupat! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Eid Mubarak too Aqma ... yeay!!!! Team ketupat =)

      Delete
  4. Salam Aidilfitri Nadiah..!
    #teamlemangbutnotketupat
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri too Eyqa <3 ... ohhhhh hehhehe ok tak leh geng ketupat lah mcm tue hihi

      Delete
  5. Tulisan nadia tak pernah pun gores hati pembaca. Saya memang kerap baca. Pada saya menarik jugak.

    Selamatbhari raya nadia. Senang2 datanglah beraya. Bawak kuih sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Adam . Selamat hari raya too. Insyaallah . =)

      Delete
  6. Selamat hari raya nadia...Cantiknya gambar flatlay hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari Raya too,Mija <3 ... hihihi thanks =)

      Delete
  7. Selamat hari raya nadiah
    Syed haritu hari last buka puasa ja dah bantai lemang terus sampai raya ke 2. hahaa.
    Lepastu nampak lemang dengan rendang dah hilang selera dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak , Syed . =)

      Awalnya bantai lemang. syed mmg suka lemang lah ye ? Jadinya syed #teamlemangbukanketupat hihi

      Delete
  8. cantik la, kreatifff :)
    selamat hari raya ye nadia, maaf zahir dan batin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi thanks , BV <3

      Selamat Hari Raya too , dear~ =)

      Delete
  9. Selamat hari raya nad.
    Orang kreatif, buat camner pun nampak cantik je hasilnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya too Sheayang =)

      Tak ada lah kreatif mana , randomly je tue <3

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .