Saturday, June 24, 2017

MOST BEAUTIFUL SAMPUL DUIT RAYA 2017


Hello semua~

Mesti ada antara korang yang tengah busy persiapan juadah raya atau kemas rumah atau dalam perjalanan pulang ke kampung kan? 

Aku? Masih di rumah belum gerak lagi ke kampung tue terasa nak up entri nie sebelum raya esok. Hihihi.

Okay. Tahun lepas aku ada share tentang sampul raya 2016 dari Standard Chartered Bank . Tahun lepas juga aku buat sistem barter sampul duit raya untuk pembaca tiga teratas yang komen di entri sampul duit raya 2016 . Tak sangka dapat banyak sambutan juga lah sistem barter tue. Sampai ramai juga orang tinggalkan komen dan email nak kan sampul raya SCB 2016. 

Sejujurnya, memang sampul raya SCB bank 2016 memang cantik dan kreatif. Aku pun suka.

Tahun nie aku nak buat sistem barter tue pada awalnya tapi macam malas pun ada . Bila malas dah menguasai diri apa pun tak jalan. Hahaha.

Jadi , aku decide nak kongsi cerita sampul duit raya cantik tahun 2017 . Tapi , kecantikan sampul duit raya nie dari pendapat mata kasar aku lah. If korang rasa tak lawa sampul duit raya yang aku kongsikan nie , tak ada hal lah. Hihi . Lain orang lain pendapat , ye dak ?

Jom kita tengok , sampul duit raya cantik tahun nie :

1) FASHION VALET ( FV )
Bagi aku sampul duit raya FV kreatif !!!! Aku tak beli apa-apa barang dari FV raya tahun nie . Jadi, aku tak dapat lah sampul duit raya. **sob sob ** . Beli Duck shawl pun beli dari kawan .

Sebab apa aku cakap sampul raya FV sangat kreatif? Bila setiap sampul raya tue digabungkan bersama, end up sampul raya tue memberikan penceritaan Hari Raya. Cool okay!!

Aku tak ada sampul nya, jadi aku ambil gambar dari Instagram account FV sendiri. Hihihi.



Cantik kan!!! bila dah digabungkan.

2) TUDUNG PEOPLE ( TP )
Sampul duit raya kedua yang cantik bagi aku , ada lah sampul duit raya dari TP. Sebab apa bagi aku cantik , sebab aku nie suka benda yang macam lukisan lagi-lagi if benda tue berkenaan dengan bunga. Oh I love flower!! 

Bila bunga dilukis dan bunga tue nampak seperti bunga hidup. Seriously, aku suka. Sebab tue juga lah , kalau tanya dalam banyak-banyk musim, aku paling suka musim apa ? Of course , musim bunga!!! Hihihi.

Eh apa kena mengena musim bunga dengan sampul duit raya pulak kan aku nie? =p

Cantik kan!!!

3) THE ALHAMBRA DUCK
Bagi aku sampul duit raya The Alhambra Duck lah paling mahal dan susah nak dapat. Hahaha. Ye lah, kalau korang nak dapatkan sampul raya Duck nie. Korang kena beli Alhambra Duck worth RM600 baru dapat. Maksudnya, beli dua Alhambra Duck dapat sampul. Satu shawl harganya RM300. 

Mahal kannnn~??? That's why aku cakap sampul duit raya paling mahal dalam list nie. hahaha.

Aku tak sempat collect sampul duit raya Duck nie dari kawan aku. Jadi, aku ambil gambar sampul dari account Instagram Duck sendiri. Hihihi.

Bagi aku, cantik lah juga sampul nya. Sebab ia bercorak kan Alhambra design. <3



4) DEUTSCHE BANK
Tiap-tipa tahun , jika nak compare sampul duit raya Deutsche Bank dengan bank-bank di Malaysia nie. Bagi aku, Deutsche bank selaluuuu keluarkan sampul raya cantik dan kreatif juga.

Tahun nie, bagi aku sampul duit raya Deustche Bank cantik sebab pastel color dan ala-ala lace macam kad kahwin pun ada juga. Hihihi.

Aku dapat sampul raya nie sebab Manager aku bagi sempena Hari Jadi aku. Hahaha. Thanks Kak Sha <3



5) STANDARD CHARTERED BANK ( SCB BANK )
Aku masuk kan sampul duit raya SCB dalam list nie juga sebab dah kata aku kerja dengan SCB kan . Hahaha. Sejujurnya ,  design sampul duit raya SCB tahun nie aku rasa tak cantik. Biasa saja.

Sampul duit raya tahun lepas lebih cantik dan kreatif. Cuma yang bagusnya, kualiti kertas nya sangat tebal. Tapi, apa-apa pun kena bersyukur atleast company bagi juga lah sampul duit raya . Hihi.



Itulah antara senarai-senarai sampul duit raya yang cantik di mata aku untuk tahun 2017.

Apa pendapat korang pulak ? Antara lima sampul di atas , mana satu yang cantik ?

And , if korang rasa ada sampul lagi cantik dari senarai sampul duit raya di atas . Sis mohon korang share lah info. Hihihi.

Di kesempatan aku dah up entri sebelum raya nie. Aku ingin mohon maaf jika selama aku berblogging nie ada antara entri-entri aku yang tersakitkan hati sesiapa. Minta maaf ye. Kosong-kosong. <3

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin

Have a pleasant Hari Raya and have a safe journey everyone.

Thanks for reading .



21 comments:

  1. Airah lagi la tak dapat sampul pun hahhhahaha guna balance thun lepas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihii...Nadia pun ada je guna sampul raya tahun lepas =)

      Delete
  2. Sampul raya Ariani pun Lenne rasa lawa tahun ni! Warna pastel 😍 but that alhambra duck though, lawa sangat sangat aaaahh T.T

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...Oh Ariani pun cantk ek ? sebab raya tahun nie Nadia tak beli tudung Ariani tue tak ada sampul Ariani.

      Kannn lawa gak kan Duck Alhambra sampul =)

      Delete
    2. Tak dapat pun sampul raya Ariani tahun ni. Dapat beg je T_T

      Delete
    3. Oh ye ke ... thot ada bagi sampul raya jugak

      Delete
  3. Dalam banyak2 sampul dalam post ni, kita suka FV nya :) Love the idea of story like that. Tapi dah lama tak dapat duit raya sangat dan belum masa memberi lagi, hehe so... mcm tak ambil kisah lagi rupa sampul duit raya hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay!!! kita sama lah Hanis. Nadia pun rasa FV punya sampul paling creative. The idea tue menarik.

      hihhihi.. Nadia memang suka kumpul or simpan sampul raya cantik2 even dah tak dapat duit raya. hahaha

      Delete
  4. Haih lah Standard Chartered! Hihi. Kalau tak kerja dengan SCB, tak de dalam list kan sampul raya tu 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak peeee sebab sampul tahun nie tak cantik biasa je ... hmmm

      Delete
  5. semua cantik2 la, taktau dah nak pilih mana lebih cantik.
    semua ada kreativiti memasing. :D

    BV jarang la nak kumpul sampul duit raya, terima duit raya ada la. hahhaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... agree dgn BV . Semua sebenarnya ada keistimewaan and kreativiti memasing.

      Nadia mmg suka kumpul sampul duit raya yg cantik2. Untunglahhhh BV masih dpt duit raya. Nadia tahun lepas masih dpt walaupun dah kahwin dari pakcik makcik . This year dah tak dapat dah . Hahaha

      Delete
  6. Fuyoooo mmg class la... Paling cantik bg Mai yg Alhambra & Tudung People tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... Nadia pun paling suka if kategori cantik Tudung People tue. =)

      Delete
  7. Dekat Malaysia bisa dapat free sampul raya. Dekat Aceh, Indonesia kampung saya, kena beli. Tu pun yang kecil je ada. :(..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi . Ada jugak yang kena beli sampul duit raya nya.

      Oh , di acheh mmg semua kena beli? Mmg tiada satu pun bisa dpt secara percuma?

      Delete
  8. kenapa saya baca ni, raya dah lepas lama dahhh. ohh, sebab tak puas hati tak jumpa yg cantik. maybe sebab tak dapat duit raya sangat dah tahun nii. sobs sobs. fv punya cantikk tapi yg alhambra tu taktaw kenapa rasa tertarik sangatt.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... Nadia pun suka yang FV punya sampul duit raya idea . sampul duit raya full of story . Nice bagi nadia.

      ohhh contest Fifa tue . Ada baca jugak hari tue . Insyallah if berkesempatan Nadia try join ye dear <3

      Delete
  9. salam. hye sis..ada lebih x sampul deutche bank tu. sy pengumpul sampul duit raya. klu ada lebih jom kita tukar. sy ada sampul FV. email sy plz. roziedihan_870510@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, if awak nak tukar dgn FV sampul duit raya tue yang mana satu ? berapa keping? one whole story ke? ok2 Nanti saya email . =)

      Delete
    2. sy dah reply email sis...sy tukar dgn 1 pack 9pcs fv. leh x reply email sy. hehehe excited ni.

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .