MAY 2017 WRAP UP STORY

Sunday, June 11, 2017


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua. Teruk betul aku kan. 16 Ramadan baru aku wish kat korang. Sorry lambat. =)

Bulan Jun pun dah masuk hari ke 10 . I love June !!! Sebabbbbbb... ha tahu tak sebab apa ? Korang cuba cari sebab apa aku suka bulan Jun . Siapa jawab betul mana tahu dapat hadiah sampul duit raya Standard Chartered dari aku ke kan. =)

Jadi, jom tengok apa yang terjadi sepanjang bulan May aku. 

PERSONAL AND WORK

Berita yang paling sedih bila team aku , team Malaysia kena pindah tempat kerja ke office company  aku di Wisma Standard Chartered , Bukit Jalil .

Bila dapat berita tue je , aku dengan team aku memang tak nak dan tak suka pindah ke sana . Sebabnya , jauh dan team aku saja yang kena pindah . Maksudnya , kitaorang akan berpisah dengan team ITT . Nak jadikan cerita , Aku dan Syira berjauhan jugak lah dengan Geng Makan . Sedih wei .

Bertahun-tahun kerja bersama . Team members ITT semua satu kepala . Team ITT lah paling havoc dan manager kitaorang pun semua paling sempoi . Memang lah masih boleh communicate via whatsapp , facebook dan Instagram . Tapi lain if berhubung face to face. Yelah , tempat kerja kita nie dah macam rumah kedua dan team members pun dah macam family kedua dah . Sebab almost everyday kita semua spent time banyak di office daripada di rumah.

Selepas dapat berita kena pindah nie , aku dua hari feel demotivated and nangis. Sedih sangat. Sampai manager aku jumpa aku personally sebab risau tengok aku down sangat. Aku nie jenis really appreciate something that have sentimental value . Tue yang nangis sampai dua hari. ='(

Main reason kitaorang kena pindah sana yang menyebabkan kitaorang kena berpisah dengan ITT team dan geng makan aku adalah kerana Bank Negara New Rules . Management nak team aku , iaitu Malaysia team praktik kan " work life balance " which is pukul 7 pm je semua dah balik. So, nak tak nak kena jugak lah pindah sebab kita nie makan gaji je. =)

Akhirnya , aku terpaksa terima jugak  keputusan untuk pindah ke sana. Macam manager aku advice . Take it all as a positive thing. Maybe ada hikmah team aku , Malaysia team kena pindah sana .

Bye Bye ITT Team dan GengMakan Ku. Lepas nie berhubung dalam whatsapp saja dan if ada reunion ke pasti aku join. Insyaallah.

Pray for the best for Malaysia Team.

HEALTH

Dalam entry wrap up sebelum nie aku ada share aku dalam proses to lose 12 KG . Dont get me wrong. I still not lose 12 KG . Still struggling . Hahaha.

Bulan lepas jugak adalah event terbesar setiap tahun Standard Chartered organised . It's Standard Chartered KL Marathon 2017. Dah nama pun kerja dengan Standard Chartered jadinya rugi lah if tak join event besar dan tersohor nie kan . Hihi.

Paling best marathon tahun nie sebab satu ITT team aku join !!!! Havoc sangat . Walaupun kitaorang lari time berbeza tapi lepas je lari semua kumpul di padang ambil gambar .



Tahun nie jugak lah , larian aku paling teruk . Aku habiskan larian aku lambat dari estimated time dan jauh dari time larian aku tahun lepas .

Ceritanya , beberapa hari sebelum marathon . Aku workout then kaki sakit . Pada hari marathon , aku mampu lari 5 KM saja . Lepas 5KM kaki aku tak mampu dah  lari. Sebenarnya boleh je think positive and keep going . Tapi, if aku force jugak takot kaki aku jadi worst tak pasal-pasal aku kena naik ambulance pulak sampai ke garis penamat. Tak nak wei. Hahaha.


Worst run ever pun tak pe lah. Yang penting sampai jugak ke garisan penamat . =)

Next run , hmmm Sukan Sea 2017 Marathon maybe ? Hihi . Sapa-sapa nak join , Sukan Sea Marathon boleh klik di link nie.

Dan, sapa-sapa yang berminat nak join Standard Chartered Marathon 2018 jangan lupa registration selalu open awal tahun. Stay tune. =)


READING

Bulan May adalah bulan malas aku untuk membaca . Aku berjaya habiskan tiga buah buku je .

Satu buku fizikal - If You Love Me  dan 2 eBook - 13 Reasons Why dan Words from A Wanderer.

Nak tahu details review aku tentang buku-buku nie korang boleh baca entri aku disini.


WATCHING

Pastinya Korea Drama je lah yang aku tengok . Dan , satu drama Melayu yang released pada 2016.

Drama Korea yang aku tengah tengok:
1) LookOut
2) Ruler : Master of The Mask
3) Suspicious Partner
4) Fight for My Way 
5) Queen for Seven Days

Drama Melayu yang aku tengok :
Aku jarang tengok drama Melayu sebab nanti ada je aku mengomel pasal drama Melayu nie tak logik lah, cliche lah and etc. Jadi, untuk mengelakkan tue semua aku tak tengok lah drama Melayu sangat. 

Tapi, Meh Sandar Pada Aku lakonan Mira Filzah dan Alif Aziz . Sejujurnya aku suka drama nie !!! Jalan ceritanya biasa je. Tapi, bagi aku lakonan Mira Filzah dan Alif Aziz sangat serasi. Aku sangat salute Mira Filzah berlakon tak payah ada adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki untuk dapatkan keserasian tue. Tue kot sebabnya drama nie jadi best bagi aku . Paling kelakar , aku boleh ulang tengok sampai tiga kali. Hahaha. Adoi lah. 

Siapa-siapa tak tengok lagi , boleh lah tengok dan share pendapat korang. Sama tak macam aku or aku sorang je yang suka beria sangat drama nie . Hahaha. =p


LISTENING

Ha~ sebabkan tengah layan drama Korea Ruler : Master of the Mask , jadi lagu yang aku dengar sekarang adalah :
1) Star and Sun - by Kei Lovelyz (  OST Part 4 )
2) Even A Little While - by Hwang Chi Yeol ( OST Part 3 )
3) You And Me From The Start - by Bolbbalgan4 ( OST Part 2 )

Dan, dua buah lagu by Saif Adam

1) After Hardships Comes Ease
2) My Mother

Dah habis dah wrap story aku untuk May. Amacam ? Ringkas je kan .

What about you? What's your May 2017 story?

Don't forget to leave your thoughts in my comment space to share your May story.

Have a nice day and thanks for reading. <3



8 comments:

  1. Bestnya tengok run tu, Nadia! Teringin nak join sebab tak pernah. Larian masa kat sekolah dulu pernahlah haha!

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best !!!! Walaupun penat tapi best sbb ramai sgt org .

      Jom lah join next year =)

      Delete
  2. Rasa mcam dah komen tapi rasa macam belum lol

    I want to lose weight too maybe in 5 kilos because I could feel my stamina deteriorating and my face has become rounder

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ... rasanya Rasya mesti confuse dgn entry 2 months wrap up story Nadia . Sbb Nadia nie kan slalu je buat wrap story lambat hihi

      5kg sikit nyaaa Rasya boleh buat punya. Nadia kena 12 kg if nak dpt balik berat Nadia before kahwin . *nangis*

      Delete
  3. Bye bye Nadiah, Syira dan team ITTMY. Boringlah nanti korang takde 😭 Takde mood lah nak buat potluck ke makan2 ke pasni 😭

    Hope kehidupan korang okay je di sana nanti. Make sure balik kul 7 pm. Kalau lambat gak balik, pindah balik sini. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuuu~ sedihhhh =,( ....

      Jangan lah korang tak ada mood sebab kak sha and kak Ctah still ada .

      Kitaorang yg kena risau apa nasib kitaorag dkt sana nnt . Hopefully semua ok je nnt .

      Kan!!!! If tak balik kul 7pm mmg nak voice out gak lah . =)

      Delete
  4. Lamanya tak datang and komen blog Nadia!! Rindu!! Comelnya Nadia dengan kawan2 pakai skirt merah hehe

    Semoga bulan June Nadia akan memberi banyak kegembiraan :)

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... Miss you too, dear~ =)

      Thanks and amin . <3

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .