Spring Korea Trip - Day 4 : Off to Busan


Hi

Dah berkurun lama dah kan aku tak update tentang entry Spring Korea Trip 2016 aku . Aku berhenti update sampai day 3 saja . Hihihi . 

Ok sekarang aku nak sambung lah balik pasal semua travelling entry sebelum aku ke tempat lain . Aku akan usaha sedaya upaya untuk update semua ye . Insyaallah . BERUSAHA !!! 

Jika korang dah lupa atau tak terjah lagi entry Spring Korea Trip 2016 aku sebelum nie , boleh klik link dibawah:
Pada hari keempat , itinerary kitaorang tak ada apa sangat. Just a simple itinerary sebab kitaorang nak gerak ke Busan . 

Check out dari Sinchon Guesthouse . Off to Seoul Station . Sebab kitaorang akan naik KTX Mungunghwa ke Busan . Tiket KTX kitaorang dah beli awal dari Malaysia . Kitaorang memang nak beli awal supaya tak terkejar-kejar nak beli di Korea .

BAGAIMANA NAK BELI TIKET KTX?

Masuk ke laman web KTX : letskorail.com


Baca map route KTX ke Busan yang mana satu . Sebab ia ada 4 jenis line . Setiap satu line akan pergi ke destinasi yang lain . 



Untuk ke Busan dari Seoul , KTX line adalah Gyeongbu Line.



Lepas dah tahu line mana nak naik . Dalam website page Korail tue , korang akan nampak dihujung kanan ada satu kotak tulis " KORAIL PASS RESERVATION" . Korang klik go , website tue akan direct korang ke page reservation . 



Korang akan nampak screen seperti di bawah . Korang klik pada tab "RAIL TICKETS" ye . Dan masuk kan semua details yang diperlukan , korang klik inquiry . 

For your information , korang nampak kan "TRAVEL CATEGORY" tue . Aku dan Hanis pilih normal type sebab tak nak pening kepala . Tapi , korang boleh baca more info tentang travel category tue di ruangan page "TRAIN INFORMATION " . Lain ye setiap kategori tue . Masa aku dan Hanis nak beli mula-mula pun agak pening gak lah . Tue kitaorang pilih Normal Type terus . Hahaha .



Lepas dah isi semua details klik inquiry , korang akan ke page seperti di bawah . Di page nie , details tentang type of travel , train type , destination " SEOUL - BUSAN " , time depart and arrive , ticket class  and train fare .


Korang mesti pening kan tentang train type . Apa beza untuk setiap train tue ? Bezanya , dari segi time depart dan arrive , serta tiket fare setiap train tue berbeza . Train type KTX mahal dari MUGUNGHWA  dan ITX-SAEMAEUL  . Dan total perjalanan KTX lagi laju dari MUGUNGHWA dan ITX-SAEMAEUL .

Disebabkan , aku dan Hanis pergi secara backpackers . Total target budget kitaorang travel ke Kora 2016 nie selama 8 hari adalah MYR 2000 ( all in ) . Jadi , kami pilih lah MUGUNGHWA train tue . Total perjalanan dari Seoul - Busan ambil masa dalam 5-6 jam .


Ticket Fare for Mugunghwa Train



Ticket Fare for KTX train



Ticket Fare for ITX-Saemaul train 
Lepas dah pilih time korang nak depart dan arrive . Korang klik "NEXT" tab dan korang akan ke page seperti di bawah . Page "BOOKING ONLINE" .




Nak beli tiket train nie hanyalah terima Kad Kredit . Dah korang confirm semua details dan dah buat bayaran . Korang akan dapat confirmation seperti di bawah .




Katakan lah semua dah confirm dan korang nak check balik reservation korang . Korang boleh klik " MY RESERVATION " page . Korang masuk kan email address , passport number atau reservation number yang dia bagi.

Klik "INQUIRY"  , lepas tue akan keluarkan details tiket yang korang dah reserve tue . Nak cancel pembelian korang , boleh klik "CANCEL" tab dan ikut saja arahan nya .



Sebelum aku dan Hanis ke Korea , kitaorang siap-siap print terus confirmation tiket by clicking on the "PRINT " tab .

Bila dah sampai Korea , korang dah redeem tiket ( details di mana tempat redeem tiket >>> klik disini ) , di bawah nie lah rupa tiket nya =)





Itu lah cara-cara nak beli tiket train . Sekarang sambung balik cerita ke Busan nie .

Kitaorang punya train departure pukul 9:50am . Jadi , pukul 8am kitaorang dah sampai di Seoul Station . Dari Sinchon kitaorang naik bus no 7011 ke Seoul Station .




Perjalanan ke Busan dari Seoul mengambil masa 6 jam. Lama gak lah . Mereput jugak lah kitaorang dalam train . Tapi apa boleh buat nak save budget . Lagipun , hari ke-4 tak rush ke mana-mana pun. Dalam train apa je boleh buat , kitaorang gunakan masa itu untuk rest dan tido lah kan .  Hahaha .





Masa dalam train aku dengan Hanis dok sedap tidur , kiri aku ada sekumpulan ahjumma berborak dorang boleh tahan gak lah macam pakai mic . Kuat wei . hahaha .

Train nie akan berhenti di beberapa station yang tertera seperti di dalam map di atas tadi .
Busan adalah station terakhir .

Aktiviti tido disambung lagi . Lama weiiii perjalanan . Aku duk sedap tidur tiba-tiba aku rasa kerusi aku macam bergoyang bak gempa bumi . Banyak kali kot . Dok dengar " dang " dang " dang " . Dah lebih tiga kali , aku pusing lah kebelakang , rupanya ada sekumpulan budak sekolah nak pusing kan kerusi dorang sebab nak duduk  mengadap kawan sebab nak berborak .

Untuk pengetahuan korang , kerusi di dalam train KTX nie boleh pusing kebelakang dan ke depan .

6 jam kemudian ....




Sampai pun Busan . Sampai je di Busan Station . Misi mencari hotel . Nasib baik kitaorang punya hotel di Busan 5 mins walk dari Busan Station . Tak la jenuh nak mencari sangat dengan bag kitaorang dah agak berat . Padahal bukan shopping apa pun . Tak tahu la kenapa berat sangat .

Benda paling best terjadi bila kitaorang keluar je dari entrance Busan Station kitaorang ternampak kedai jual odeng dan Ttbeokki . WooHoo!!! Masa di Seoul tak dapat makan sebab mostly kedai-kedai yang kitaorang jumpa jual odeng dan Ttbeokki ada jual blood sausage . Kitaorang ada ingat pesan tourist guide kitaorang masa trip ke Korea 2015 . Dia bagitahu jika nak makan odeng cari kedai yang memang jual odeng and Ttbeokki sahaja . 




Jadinya, di Busan Station . Apa lagi. Kitaorang ternampak kedai tue terus redah lah. Perghhhhh ... Sedapppp~ wei!!!!  Sampai 3 cucuk odeng kitaorang bantai sorang . Dan Ttbeokki kitaorang tapau bawak balik hotel . 





Alhamdulillah . Rezeki dapat makan odeng . =) 

Dah check in . Lepas solat semua . Kitaorang keluar nak ke Jagalchi Market .






JAGALCHI MARKET

Masa kitaorang nak ke Jagalchi Market , hujan dah mulai turun . Tapi , kitaorang redah jugak sebab tak lama pun duduk di Busan nie .

Masa on the way , dari hotel nak naik subway. Ada satu incident yang tak diduga berlaku .

Tiba-tiba , ada satu mamat Korea nie tegur kitaorang .

Dia tanya , " Malaysia ? Indonesia ?. Oh , I love you . Saranghae ". Kitaorang macam apahal mamat nie . Cuak pun ada masa tue . Lepas tu , dia siap offer nak tolong ambilkan gambar kitaorang . Kitaorang cakap " It's ok " . Then , dia cakap lagi " I love you " , Saranghae. "

Bila dia dok ulang benda sama . Masa tue , kitaorang dah dapat agak mamat nie mesti insane . Kitaorang hanya mampu cakap " No , Thank You " . Banyak kali . Dia ikut kitaorang ok sampai ke subway tue . Nasib baik , terpisah dengan dia sebab kitaorang nak masuk dah . Takottttt.
Nasib tak jadi apa-apa pada kitaorang  Pheewww~~

Ok. Cara nak ke Jagalchi Market : Dari Busan station nak ke Jagalchi Market senang je . Amik train line Oren ke arah Sinpyeong . Hanya tiga station je dari Busan Station dah sampai Jagalchi . 

Bila dah sampai station Jagalchi, pastikan exit no 8 . Nanti korang akan nampak ahjumma jual buah - buahan . Sebelah kanan korang . Jalan straight sampai nampak simpang pertama , korang belok ke kanan . Korang jalan straight lagi . Sepanjang jalan tue , korang akan jumpa kedai-kedai jual sotong kering lah, kimchi lah . Korang jalan sampai jumpa satu simpang 4 . Which is sebelah kiri korang adalah bangunan Jagalchi market tue tapi tue bahagian belakang . Bila korang tengok depan dah ada ahjumma jual sotong , ikan , ketam . Sebelah kanan korang adalah kedai - kedai lain .








Korang jalan terus ke arah gerai-gerai ahjumma tue semua. Then belok kiri , straight lagi sampai ke hujung jalan tue korang akan nampak bangunan tinggi warna putih di sebelah kiri . Tue adalah Jagalchi Market . Belakang bangunan tue memang laut terus .












Bila korang masuk, korang mesti akan teruja sebab semua sea creatures tue hidup . Tak ada satu pun yang dah mati .





Dan yang paling aku tabik spring dekat dorang nie sebab Jagalchi Market nie bersih yang teramat  . Sampai aku terfikir , mana dorang siang ikan dan sea creatures yang lain nie .
Darah ikan ke apa ke tak nampak pun .
Perghhh...memang disiplin betul dorang jaga kebersihan pasar nya .







Macam aku mention di atas tadi , hujan di Busan masa kitaorang sampai tue . Bila hujan , perut pun mesti lapar. Apa lagi , walaupun kitaorang macam agak takot tengok sea creatures tue semua tapi perut kitaorang nie dah nyanyi lagu keroncong dah .

Peringatan . Boleh je korang terus ke tingkat dua , untuk duduk mana-mana restaurant dan order . Tapi quite expensive . Nak lagi murah korang beli di bawah bahan-bahan yang korang nak makan dan lepas tu bawak naik ke atas . orang kedai makan yang korang pilih tue akan masak kan.

So , kitaorang pilih abalone which is mahal di malaysia . Dalam satu pinggan ahjumma tue jual adalah dalam 20 ekor , harga KRW 10,000 . Equivalent to RM 30 . So ok lah kot . Sebenarnya tak tahu pun harga abalone berapa . Selalu makan bila ada dinner company je . Hahaha. Then, kitaorang order Ikan Sebelah, sup dan nasi satu .



Plan nya kitaorang nak cuba makan sotong gerak - gerak tue . Nama sotong gerak-gerak tue adalah Nakji . Kitaorang nak order je dari atas . Tapi, restaurant yang kitaorang duduk makan tue tak ada lak Natji. Bukan rezeki kitaorang lah nampaknya .

Lepas dah menjamu selera di Jagalchi Market . Kitaorang tak ke mana pun . Sebab penat travel dari Seoul kan . Jadi , kitaorang terus balik hotel . On the way balik tue , kitaorang singgah sekejap di Toms & Toms Coffee yang terletak berdekatan dengan hotel sebelum drama Joong Ki ( Descendants of the Sun ) start .



Kitaorang order air yang kitaorang minum masa trip Korea 2015 . Vanilla latte dan caramel latte .
Tak tahu lah kenapa coffee di Korea nie semuanya sedap . hihihi . Aku bukan lah coffee lovers tapi serious di Korea aku memang nak coffee . 

Lebih kurang dalam  8:45pm , kitaorang gerak balik hotel . Bersiap mandi dan solat .
It's time for Descendants of the Sun .








Memanglah tengok tak ada subtitle . Tapi kitaorang boleh tengok siap gelak dan semua emosi ada . hihihi ... Dan , juga sebab dapat tengok live show drama .

Sebenarnya boleh je tengok live show Korean drama di Malaysia tapi aku tak ingat dah websitenya apa . hahaha.

Itu saja itinerary untuk day 4 kami di Korea .

Till then . 

                 


31 comments

  1. rindunye korea.....hahaha
    hari tu tak sempat pegi jagalchi market sbb dh tutup, kitorg dh lambat kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... me too!!! rindu Korea too .

      Dayana sampai kul bapa ? Kitaorang sempat sampai dalam petang so , sempat lah makan di situ . =)

      Delete
    2. sampai dalam pukul 5? tengok2 dh gelap je, kat busan ni susah sikit nak communicate sbb drg xpaham english

      Delete
    3. yes agree . Nadia gie Gyeongju lagi dorang dkt sana susah nak faham english. Jadi mcm ayam dan itik lah kita jadinya . hihihi tapi tue semua experience and it's become a beautiful memories . =)

      Delete
  2. Ble tgk train.. Teringat pula cerita Train To Busan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... aah ek . Tajuk patut letak train to Busan =p

      Delete
    2. baru je tengok Train to Busan semalam. FINALLYYYYYY haha first time tengok.

      hanisamanina.com

      Delete
  3. overall berapa bajet time pergi korea? nak buat reference. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... semua dalam MYR 2000 all in for 8 days ( flight , bus , train , accomodation - 3 guesthouse berlainan , mkn , dan etc ) .... nak email Rasya , boleh nadia send itinerary and full budget if rasya nak . sebab nak share sini , entry korea tak habis lagi . hihihi =)

      Delete
    2. hai nadiah....suka lah baca blog u psl korea nih...n kite interested sgt nak tau u nyer itinerary n budget all in MYR2000 tuh...boleh x share kat kite sekali...
      eilla_81@yahoo.com

      Delete
    3. Hi,
      Eilla , tq tq sangat awak suka baca blog saya pasal korea walaupun entry saya nie tak habis2 lagi . Hahaha.

      Bole je saya share . Saya dah email pada awak dah =)

      Kalau ada pape nak tnya lagi boleh je email saya =)

      Delete
  4. waaah seronok nya Nia. =)
    one of my favorite place to go. Insyaallah one day.! aina da join GA yg Nia tag. all the best to you. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Aina pasti ada rezeki ke Korea . Memang one of my favourite place too!!! sebab suka gila makanan korea . hihihi

      Delete
  5. 1. Fuhhh, pernah naik bas Prague-Amsterdam hampir 12 jam, memang tak keruan dibuatnya duduk je dalam bas. Haha, ni mujur jugak Nadia naik train. Pernah tgk satu drama ni dia naik bas dari Seoul-Busan, nangis rasa.

    2. Selalu nampak market kat Busan tu dalam Kshow. 2 Days 1 Night pun pernah pegi sana kot. Nadia nak try sotong gerak2 tu? Haha takleh bayang camne nak makan. Ouch, nanti kalau dia gerak2 dalam perut camneeee?

    3. Mungkin org yg kacau tu pernah kena dump dgn Malaysian/Indonesian agaknya? haha

    4. Kite kalau ke Korea, one of shop yg nak singgah ialah any marts, 7E ke. Sambil makan ramyun, duduk kat seat area cermin yg ngadap jalan.

    5. Tak pernah try abalone T_T camne rasa dia?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Omg !!!! 12 jam ? Kematu bontot . Drama apa tajuknya tue Hanis ? Hihi ... masa nadia sampai korea , dari busan - seoul naik bus ( best jugak lah sebab bus dorang selesa yang teramat ) ... tue yg nakk train dari seoul-busan . Saja nak merasa semua accomodation Korea. Kiki

      2. Mmg nak rasa sngt sotong gerak2 tue sebab tgk dlm realiti show dorang. Sebab nadia ada terfikir mcm hanis yang sotong tue grak2 tak dlm perut membuatkan nak rasa . Tapi tak ada rezeki pulak . =)

      3. Hahaha... ye kot !!!! =p

      4. Hamboi nie pengaruh korean drama betul nie . Hihihi . Tapi serious mmg masuk mart or 7e dorang pun rasa best . Macam-macam ada dah .

      5. Rasa abalone tue mcm kerang sikit tapi dia liat sikit . Maybe sebab kitaorg order abalone bakar kot . Kikiki .

      Delete
    2. 1. Tajuk dia Entertainer. Tengok pun sbb ada Ji Sung. Tapi huhuuu, biasa2 je la drama dia. Negara maju, transportation pun mesti gempak kann. Ada seorang Korean vlogger ni, dia kata kat Korea tu takde kereta pun boleh hidup. Kalau perlu pun, sewa pun dah berbaloi.

      2. Haha takleh bayangggggg. Dah la bila gunting sotong pun dia gerak2 lagi, mesti la kalau kunyah pun dia boleh gerak2 hehe

      3.

      4. Hehehe dah habis fasa fanatik K drama. Ni semua saki baki addiction la ni.

      5. ahaaa, nadia pernah makan mussels? kite rasa lebih kurang kot liat nya kalau gitu.

      hanisamanina.com

      Delete
    3. 1. Ohhhh the entertainer tue. nadia pun tgk sebab ji sung sebab suka gila drama Secret yang dia lakonkan . Tapi malangnya drama entertainer tue biasa je .

      2. Hahaha tapi still nak try gak nnt one day .

      4. hihihi... addictin nadia towards korean drama still tak end . Tapi lately mmg mcm dah kurang ikut sgt jugak since scarlet heart habis . Maybe sbb faktor umur jugak kot. Hahaha

      5.mussels sedappppp ... suka . Tapi rasa abalone nie lagi liat dari mussels tue . =)

      Delete
  6. fuh fuhhh berkurun tunggu! hehe. Akhirnya entri korea up lagi :D

    CHika suka betapa details nya nadia cerita sini. Walaupun dah dengar daripada korang, masih seronok baca entri korea :D

    Dan odeng!!!!!!! jom next week, kita p melantak di The Street Cafe.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaha berkurun sebab baru tahu bukan senang rupanya jadi travel blogger . Nak up satu entri tentang travel kena details sbb atleast blog kita leh jadi rujukan orang yang baca . Insyaallah.

      Hahaha jom bleh je street cafe next week dgn dorang semua =D

      Delete
  7. Bestnya dapat travel ke luar.
    Sy pun dah follow. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Alhamdulillah diberi peluang tgk negara orang. Mekasih follow nadia jugak.

      Insyaallah akan selalu singgah blog awak ye =)

      Delete
  8. Di Korea... Ahjummah paling berkuasa... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... kannnn, bila pagi2 naik train mcm lagi ramai je Ahjumma2 berkeliaran =)

      Delete
  9. Replies
    1. oh ye ke ... baru tahu , Ingatkan sebab dah habis spring dia hujan . =)

      Delete
  10. Rindu jugak dengan busan... dah 10 tahun tinggalkan busan...

    ReplyDelete
  11. bersihkan dia org ni. and bilik hotel dia ! mmg bg komputer eyh. waaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt bersih Mek ... tapi antara 4 hotel yang nadia stay , 2 hotel je ada provide komputer =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .