SaturDate Wrap Up

Sunday, November 6, 2016


It's Saturday again, so let's see what are my SaturDate wrap up with my favourite girls aka gengmakan.

WEDDING
Semalam, aku dengan gengmakan aku hadir satu majlis perkahwinan office mate kitaorang ( Akmal dan Suhaidah ) . Suka sangat kitaorang hadirkan diri . Sebab di majlis perkahwinan lah peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan tempat kerja yang sedia ada dan bekas rakan-rakan tempat kerja. 

Bila jumpa dorang rasa terlalu cepat masa berlalu. Dari semua nya single . Ada yang dah kahwin . Dan ada jugak yang dah ada anak-anak. Di majlis perkahwinan lah tempat untuk update semua cerita dengan dorang . Seronok rasanya. Paling seronok bila dapat bergambar beramai-ramai dengan pengantin.

Paling best jugak sebab kitaorang gengmakan memang banyak kali jugak lah keluar masuk dewan kahwin . Dan turun naik pelamin sebab teman kawan-kawan yang baru datang bergambar . hihihi.




PHOTOGRAPHY
Haaaa... part nie lah paling penting sekali . Perempuan lah yang paling suka . Haha...

Aku dengan gengmakan aku memang gila gambar . Terima kasih lah pada suami Siqah sanggup melayan kitaorang untuk ambil gambar . 



SYIRA REQUEST GAMBAR NIE SEBAB TUDUNG KITAORANG LEBIH KURANG SAMA WARNANYA - TASTE SAMA =)

OOTD AKU IS A MUST ... HAHAHA

Salah satu sebab kitaorang beria bergambar jugak adalah untuk review shawl Cloverush yang dijual oleh Syira . 

Syira adalah salah satu agen Cloverush . If korang nak cari shawl Cloverush area Petaling Jaya boleh follow / order dari Instagram Syira seperti gambar di bawah .



DESSERT TIME
Attend wedding dah . Bergambar dah . Aktiviti seterusnya , kitaorang hunt for dessert . Bukan lah tak kenyang makan dekat kenduri kahwin tadi . Tapi kitaorang memang jenis suka lepak-ing minum kopi. Walaupun yang hantu kopi adalah Siqah dan Tasha. Hihi. 

Aktiviti lepak-ing nie dah berkurang sikit rancak nya sejak gengmakan kitaorang ada empat orang yang dah kahwin termasuk lah aku. Hihi .

1) #STALKERS CAFE by FATTAH AMIN



Kebetulan , Syira dapat tahu si Fattah Amin aka Ejaz Fakhri ( walaupun kitaorang tak gemar sangat drama tue ) ada buka sebuah cafe namanya #Stalkers Cafe di Kota Damansara . 

Jadi , kitaorang apa lagi. Terus terjah lah ke situ dari majlis kenduri kahwin tadi . Kitaorang nak mencuba ok ke tidak cafe nie. Dengan harapan dapat lah terjumpa Fattah ke kan . hahaha. Mujur , suami aku dan suami Siqah bagi green light join dorang bertiga . Kalau tak bagi green light memang kitaorang berdua tak pergi lah .Hihihi . Yun dan Miera tak dapat join sebab ada hal lain. =)




Kitaorang order air ice Cappucino , Hazelnut Latte , Green Tea latte , Caramel Brownies Chocolate Frappucino .  Untuk makanan , kitaorang order mini waffle dan pizza . Minuman dan makanan kitaorang kongsi berlima. 


Air nya , bagi kitaorang biasa je lah . Pizza nya serious sedap . Masa kitaorang datang , agak ramai jugak lah cafe si Fattah nie . Tempat duduk di dalam cafe untuk berlima dah penuh . Jadi , kitaorang lepak je dulu di luar sampai lah waiter bagitahu ada meja kosong di dalam . 



Jom terjah interior cafe nya yang menggunakan rona warna hitam putih. Konsep perabotnya wood and steel . Simple je cafe nya. 






















If korang nak lepak minum di Cafe Fattah nie , boleh terjah cafe nya di alamat seperti dalam gambar di bawah  ye. =)



Bila dah balik rumah , dok scroll Instagram . Rupanya si Fattah Amin nie datang visit cafe dia malam nya . Adoi melepas lak . hahaha ...

Lepas kitaorang dah lepak minum di cafe Fattah nie . Kitaorang bergerak pulak ke One Utama . Tak kenyang lagi ke apa kitaorang nie kan ? Hahaha.

2) STREET CHURROS


Memang tujuan utama kitaorang ke One Utama adalah untuk cuba makan churros di cafe nie . Kitaorang #gengmakankekorea nie memang rindu sangat sangat dengan churros Korea . Nak ke Korea jauh sangat kan . Tapi , serious churros di Korea sedap giloooss. 












So, bila kitaorang dengar pasal cafe nie adalah cafe churros yang memang asal usulnya dari Korea . Kitaorang pun apa lagi. Memang beria lah nak cuba kan .

Konsep cafe nie take out cafe. Maksudnya tak ada tempat duduk yang banyak untuk lepak minum sangat lah . Hanya tempat menunggu . Tapi , kitaorang dengan selamba duduk je makan minum di situ , hihihi .





SEDAP GILAAAA...


Perghhh~ sekali cuba makan . Sedapppp wei!!!! Rasa lebih kurang sama macam di Korea . Cuma feeling cuaca lain sikit kot lah kan . Korea sejuk jadi perasaan makan churros yang masih panas tue kesedapan nya lain lah sikit . Hahaha. 

Tapi , aku tak tipu memang sedap  . Aku siap tapau tiga lagi Churros untuk adik-adik aku . Kitaorang rasa air Latte Siqah pun sedap . Jadi, if korang nak makan churros yang sedap memang recommended sangat Street Churros nie .




Street Churros nie ada dua branch : satu di One Utama Damansara dan satu di IOI City Mall, Putrajaya. 

Boleh follow Instagram Street Churros MY seperti gambar di bawah .


Haaa~ itu lah kisah Saturdate aku with my favourite girls  . How about you? How was your Saturday/ Weekend ? 





16 comments:

  1. Replies
    1. Tq dear . Top from zalora . Skirt from poplook . =)

      Delete
  2. Time majlis kahwin leh jumpakwn lama..eh siqah pun ada..ingat dia lum kahwin 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 tue . Siqah dah kahwin jugak. Kitaorang kahwin tahun yang sama JM bulan je lain. Hihi

      Delete
  3. Wahhh ke cafe fattah amin lagi best kalau leh jumpa si fattah tu kan..ensem 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tue laaa~ tapi malangnya dia dtg malam lak hihi

      Delete
  4. Nk try la street churos tu :) tp entah bile --'

    Lawa korang semua ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ... nnt mek dtg KL lagi singgah lah street churros tue . Serious sedap.

      Thank you Mek . Terima kasih pada lighting yang cantik . Hihi

      Delete
  5. Wah.. Bestnya jalan2 cari makan. Hihihi Nadia dengan Siqah satu office ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. best best jalan2 cari makan ... 10kg mission nadia pun fail lah ka ceritanya ... hahaha

      aah kitaorang memang satu office . bukan setakat satu office . satu team jugak . =)

      we share the same interest too . blogging . =)

      Delete
    2. Wah... Bestnya! Satu office dan minat yang sama.. Ada geng kat office :D

      Hahahaa tentang mission tu tak pe. Boleh start smula.. ;p

      Delete
    3. hihihi... aah kitaorang share banyak interest yang sama . =)

      haaa~ tue lah kena start balik pulakkkk =(

      Delete
  6. Hehe. Hi semua! Kami satu office :D Bak kata erin, macam dejavu kalau baca blog kita berdua. Kiki 😊

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .