Spring Trip Korea - Day 2 : Bukchon Hanok Village dan Dongdaemun Design Plaza ( DDP )




Hi ,

Semua , =) 

If korang ada baca blog aku . Aku ada update entry pasal Spring Trip korea : Day 2 dan Day 3 aku secara ringkas itinerary nya while on the go , di Korea .

Dalam entry nie aku nak share more details for our day 2 . Day 2 kitaorang visit Bukchon Hanok Village dan DDP dan apa kitaorang makan untuk day 2 nie . =) 


Day 2:Bukchon Hanok Village dan Dongdaemun Design Plaza ( DDP ) 


1) Bukchon Hanok Village 

Bukchon Hanok Village nie kitaorang nak visit sebab ada tengok gambar orang ke sini cantik je rumah style Korean . Dan susunan rumahnya lawa . Yang menarik nya . Di Bukchon village nie rumah - rumah nya masih ada orang tinggal . Jadi tak boleh la buat bising sangat masa visit di situ . Masa belum sampai semangat nak pergi . Masa tue tak tahu pulak kawasan nya macam berbukit jugak . 

Rasanya orang-orang korea memang suka kawasan bukit , kawasan tinggi dan tangga lah . Hihihi. Atau ada sebab lain aku tak pasti pulak . Tapi bagus jugak . Untuk fitness . Patut lah dorang semua kurus kaki nya . Hihihi.

Cara nak pergi ke Bukchon Hanok Village nie . Kitaorang naik subway dari Ehwa University Station ( line hijau ) , transit di City Hall Station ( line biru pekat ) . Dari City Hall station naik train ke Jongno tukar line oren . Dari Jongno stop di Anguk station . 

Lepas keluar Anguk Station , korang jalan straight je sampai ada signbord tulis Bukchon Hanok Village . Masa kitaorang jalan straight tue , akan jumpa bangunan macam gambar bawah nie sebelah kiri korang. 



Dan dinding macam gambar aku bawah nie sebelah kanan korang . Dah jumpa dua nie jalan straight lagi . 


Sebenarnya banyak jalan masuk ke Bukchon nie . Dan ia dekat juga dengan kawasan Gyeongbukgung Palace cuma if nak ke Gyeongbukgung jalan kaki jauh lagi lah . =)

Dalam beberapa meter akan jumpa satu lorong sebelah kanan korang tulis " to Bukchon Hanok Village" . Sebelum lorong tue korang akan jumpa macam gambar Hanis bawah nie maksudnya dah sampai lah tue . =) . 



Bila dah masuk kanan , nanti terus korang akan nampak rumah-rumah traditional Korean . Cantik !!! 

Jom layan gambar kitaorang kejap di area Bukchon nie . 


If korang datang sini , make sure ambik gambar yang background nya nampak Namsan Tower . 

Masa kitaorang nak ambil gambar tak ada orang . Bila baru nak ambil gambar ada lak minah-minah potong line nak ambil gambar . Tak pe lah, kawasan interest place kan ? Tak kan nak marah. Confirm lah ramai orang. Tapi, bila lama gak kitaorang kena tunggu turn . Aku pun just approached dengan cara elok lah . Bagitahu kitaorang nak ambil gambar lak . Hihihi. 





View langit masa hari kitaorang visit Bukchon . Alhamdulillah terang dan cantik .Tapi tak panas tue yang best jalan . =) 


Dalam 1 jam gak kitaorang spend time area di Bukchon nie sebab kawasan nya berbukit dan besar. Time nak balik , kitaorang lalu jalan lain which is kitaorang tak sure jalan mana . Tapi jalan nie bawa kitaorang ke kawasan cafe - cafe yang menarik . 

Korang dapat bayangkan tak bila tengok gambar Hanis bawah nie . ? Punya lah tinggi bukit nya nak ke atas . 


Gambar aku nie cafe lain pulak . Aku ambil gambar di sini, sebab nya , suka dengan pokok ke apa ntah yang menjalar tue . Hiiii



Dan terjumpa lah satu cafe Hanis beli strawberry blended. Sedapppp~ =) 



2) Myeongdong - lunch time 

Lepas dari Bukchon . Kitaorang singgah Myeongdong untuk lunch sebab dah lapar . Kitaorang plan nak makan asam pedas Korea di kedai last year kitaorang pergi . 

Dari Bukchon , naik subway Anguk ( line oren ) tadi ke Chungmuro . Di Chungmuro , tukar line biru cair ke Myeong dong . 


* nanti aku share apps aku dan Hanis pakai untuk track down subway apa nak naik - bawah nie screen shot untuk ke Myeongdong dari Bukchon*



Bila dah sampai di Myeongdong , pusing punya pusing . Dari satu row ke satu row . Kitaorang mencari kedai tahun lepas yang kitaorang makan tue . 


*nie kedai yang kitaorang makan tahun 2015 *


*makanan yang kitaorang makan tahun lepas 2015* 



Bila dah tak jumpa , kitaorang tanya lah information bergerak . Dorang bagitahu lah row mana . Bila dah sampai depan kawasan kedai tue . Tak ada . Masuk lah tanya kedai yang kitaorang diri depan tue . Owner kedai tue cakap , kedai tue dah tutup. Dia suggest , makan kedai dia sebab Halal . Tapi memang betul . Kedai nya , ada certificate Halal Korea . 


*makanan yang kitaorang makan korea trip 2016 - sedap dan halal - sorry tak ada pulak gambar kedai sebab dah lapar sangat masa nie * 


Sebab kan , Islam itu mudah . Kitaorang selalu akan balik guesthouse . Sama ada , time Zuhur or Asar . Then, solat jamak Zuhur dan Asar .   

Malam bila dah balik dinner . Kitaorang akan jamak Isyak dan Maghrib . =) 

Boleh if korang nak solat masa dalam perjalanan . Korang boleh ke Itaewon untuk solat di masjid nya . Atau kedai-kedai di area Itaewon . 

Depends pada korang mana senang . Asalkan kita tak tinggal solat lah ye . Sebab bila di negara orang atau kita bermusafir . Kena banyak berdoa semoga semua nya dipermudahkan , dan doa orang musafir selalu termakbul . =) 

Itaewon banyak kedai makan halal dari Arab , Pakistan ,Turkey . Itaewon jugak ada kedai makan halal Korea . 

Tahun lepas 2015 kitaorang pernah makan di Itaewon nama kedai nya : Makan Restaurant . Boleh tahan sedap . Tapi tahun nie aku dan Hanis tak ke sana . Sebab kitaorang dah decide tak nak pergi interest places yang sama kecuali kedai makan . 

Kedai "Makan restaurant" tue di Itaewon . Kitaorang tak ke Itaewon jadinya tak singgah lah makan di situ . =) 






 *kitaorang siap ambil gambar dengan owner nya lagi . Dia korean tapi convert to Islam =) *




3) DongDaemun Design Plaza (DDP ) 

Berbalik kepada perjalanan kitaorang . Lepas ke Myeongdong , kitaorang ke DDP .

DDP nie sebenarnya tempat or bangunan untuk events such as design / fashion shows , conferences , exhibitions . DDP nie design bangunan nya concept futuristics . Di reka oleh Iraq British nama Zaha Hadid dan Korea Studio : Samoo . 

Sebab tue bila sampai je ke sini . Kitaorang rasa macam di angkasa lepas . Sebab design bangunan nya . 

Direction ke DDP : naik train dari Myeongdong station ( line biru cair ) stop di station Dongdaemun History and culture park ( line biru cair ). Dekat je ke DDP dari Myeongdong .




DDP ada kawasan garden yang besar . Roof bangunan nie di buat concept walk-able . Boleh jalan di atas nya . Tapi aku dan Hanis tak naik lah ke atas . Masa kitaorang datang tak ada event apa-apa , so tak adalah apa sangat nak tengok kecuali rose elektrik yang malam nampak lah cantik . Dan cherry blossom keliling kawasan nya . 

Kitaorang pun tak masuk dalam . Just lepak luar bangunan ambil gambar . Relax kan kaki . Tapi bila dah makin petang . Ramai jugak lah Korean couple lepak situ . Sebab kawasan nya berangin . =) 

Meh layan gambar kitaorang sikit . 













Cherry blossom yang dijumpai di DDP . Bunga nya tak lah lebat mana tapi still lawa . =) 










Dari DDP , kitaorang balik guesthouse . Settle bersihkan diri dan solat . Keluar untuk dinner.
Untuk dinner . Asalnya , kitaorang plan nak makan di Sinchon . Nama kedai Gosame . 

On the way nak ke Gosame . Area Sinchon , sepanjang jalan cherry blossom tengah blooming malam tue . Cantikkkkkkk~ 

Snap sikit je gambar sebab malam kan . Camera tak canggih tak nampak sangat bunga nya dalam camera nanti . Hihihi.



Gosame nie memang famous di kalangan orang Malaysia . Makanan nya adalah ikan bakar makarel , spicy squid , sun dubu jigae . Sedappp~ Cari punya cari , dah sampai kedai tutupppp lah.... :p 


*nielah kedai Gosame*


Perut dah lapar dah . Fikir nak makan apa pening. Masa tue dah dekat pukul 9pm . Fikir kedai apa yang still buka. Sebab dorang nie ada certain kedai dah tutup awal , contoh macam kedai Gosame nie . Hihihi.

Kitaorang pun teringat nak makan Yoogane . Yoogane nie nasi goreng Korea . Tapi kaki kitaorang dah sakit sangat tak larat nak naik turun tangga dalam subway . 

Jadi , kitaorang pun whatsapp Luqman ( tourist guide kitaorang masa trip Korea 2015 ) . Tanya dia if naik bus nak ke Myeongdong naik bus nombor berapa . Bus di Korea nie , semua dalam bahasa Korea . Even apps bus pun dalam bahasa Korea. Memang paham pulak lah kan kitaorang . Hahaha. 

Luqman bagitahu naik bus nombor 7011 ke Myeongdong . Alhamdulillah . Senang sikit perjalanan . 

Dah sampai Myeongdong , kitaorang cari lah kedai Yoogane yang kitaorang makan tahun lepas . Tak jumpa . Sesat lagi !!!!! Hahahaha...

Myeongdong memang famous dengan Korean street food . Masa misi mencari kedai Yoogane tue , ternampak satu stall jual kuih ikan . Ada tanda halal . Untuk isi perut yang lapar nie . Kitaorang pun try Taiyaki nie . Sedapp~ 


Rasa nya , macam croissant . Isi dalam ada perasa red bean , cheese dan sweet potato . 

Satu yang aku suka , style peniaga Korean nie . Dorang tak kan bagi makanan yang dah siap depan mata dekat customer . Bila kita order , dorang akan buat yang baru . 

Aku tertanya jugak dalam hati , makanan yang dah siap ada tue dorang buang ke or macam mana ? Tapi tak tertanya pada peniaga yang jual tue . hihihi . Maybe sebab negara dorang sejuk  makanan yang panas lagi rasa sedap . =)


Aku beli red bean . Hanis beli Cheese . Dua - dua rasa sedappppp~ 


Misi mencari kedai Yoogane sambung . Pusing punya pusing . Siap tengok gambar tahun lepas lagi nak cari landmark ke kedai tue .

Lastly , kitaorang jumpa branch kedai tue . Di Myeongdong nie memang mudah sesat . Sebabnya , kawasan nya banyak row dan kedai brand yang sama ada banyak branch . Mano tak pening . 

Dah jumpa branch nya , tak fikir panjang . Masuk je lah makan . Lapar wei . 

Yoogane nie tak boleh order satu nak share dua orang. Dia punya style order memang if datang dua orang . Order untuk dua orang . Sebab aku dan Hanis macam dah kenyang sebab makan Taiyaki tadi . 

Plan nya nak share je . Sebab Yoogane nie portion banyak . Dan , bila order korang order lah seafood punya ye . 

Nie lah Yoogane . Nasi goreng Korea .Kitaorang order additional dish : Ramen . Yang gambar sayur tue side dish . Free je . Sedapppp~


Jenuh gak nak habiskan . Tapi fikirkan mahal. Slowly , kitaorang makan . 


Lepas , makan . Kitaorang round area Myeongdong kejap . Bagi makanan turun sikit lah.Tengok kedai-kedai dah nak hampir tutup kitaorang balik . 

Masa dah sampai area guesthouse. Cantiknyaaaa. Cherry blossom tengah blooming .
Sebabkan malam dan camera kitaorang bukan lah camera canggih . Tak snap banyak lah gambar . 



Ok entry untuk Day 2 sampai sini saja . Aku share short video untuk day 2 kitaorang . 



Nanti aku share pulak pasal Day 3 kitaorang . Mana agaknya kitaorang pergi ye untuk Day 3 ??  If sapa - sapa ada follow instagram aku , maybe dapat agak . 

Till then . See you in next post .

Have a nice day all . And thank you for reading .

Love ,
     NIA



25 comments

  1. Details 👍👍👍 Seronoknya korang! Gambar semua lawa-lawa! Rindunya Yoogane. Rasa macam boleh buat sendiri tapi masih tak sama rasa. Hihi. DDP lawa! Bangunan yang unik buatannya. Bunga kat sana walaupun tak lebat masih cantik. Haih, semua cantiklah!! Seperti biasa, bila tengok subway map terus chika blur. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.... Thanks yank... Btul tue yoogane mcm boleh buat sendiri tapi sebab kan paste cili korea tue yang buatkan rasa lain kan ... DDP cantik unik even tak ada pape sgt ... Tapi if chika g korea nnt stay sampai malam . Malam lagi cantik bangunan nie ... Pasal subway , tak pe nnt bila chika nak g korea dah , nadia and hanis boleh ajar baca . =)

      Delete
  2. Assalam, balas follow di sini
    And..
    Tq follow akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam akak ... Terima kasih singgah dan follow saya juga .. Salam perkenalan =)

      Delete
  3. Assalam, balas follow di sini
    And..
    Tq follow akk

    ReplyDelete
  4. As Salam Nia. Ain singgah. ☺

    Wah, seronok nya tengok area Bukchon tu. Macam area pembikinan K-Drama jekan. Suasana cantik, lepas tu cerah, tak panas. Bila snap picture secara automatik akan nampak cantik sangat. ;) Serious! ♥

    Betul tu, if musafir In Shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita kan. (y)

    Ermmm pening-nya tengok Apps perjalanan you all. Tapi if dah biasa, mesti senang jekan guna. ☺

    Gah nya DDP. Bunga cherry blossom tu macam ada kat Malaysia kan sekarang ni. Cantik amat ! ☺ Sedap-nya tengok nasik goreng and ramen tu, nampak pedas.

    Okay, tunggu next entry day 3 pulak. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ain ,

      Tq singgah dan baca =) cerita saya yang tak seberapa nie . Hihi

      Betul tue , if cahaya langit terang gmbr mmg semua akan jadi cantik je , hihi

      Mula-muka kitaorang pening gak nak baca apps subway tue , tapi lepas dah study nnt lama-lama dah faham . =)

      Cantik DDP tue , sbb unik design nya . If ain ada nnt ke korea , singgah la DDP nie stay sampai malam . Malam lagi cantik dengan lampu semua . =)

      Pedas tapi tak lah pedas sngt , hiks ... Tapi reason nadia suka maknan korea sebab mkanan dorang pun ada pedas .

      Ok, nadia pun tgh siapkan details utk day 3 ... Stay tune and tq baca and singgah blog nadia . =)

      Delete
  5. wah bestnya jalan-jalan korea, cantik tempatnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi peluang ke korea . Aah cantik tmptnya ... Nnt insyallah ada rezeki satu hari nnt awak mesti dpt peluang ke korea jugak ... Tq singgah and baca ... Stay tune entry nadia utk day 3 ye =)

      Delete
  6. wahh bestnya..

    xdpt p sana lg. tgk org pnya gmbr pun jd la =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... Insyaallah satu hari awak akan ada rezeki ke sana ... Tq singgah dan baca ... Stay tune sambungan trip saya =)

      Delete
  7. Seronoknya dpt berjalan jalan negara orang Nadia. Dapat pengalaman, dpt tengok pemandangan yg cantik cantik....

    Entah bilalah mak dpt pergi huhu.... Sok kalau nak pergi nampaknya kena refer entri ni lagilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... Rezeki tgk negara org ... Tapi negara kita sendiri pun lawa . =)

      Tq mak singgah blog nadia . =) . Boleh je refer entry trip nadia nnt if mak akan ke korea . Moga info yang nadia share sufficient utk mak travel ke korea nnt .

      Apa - apa kekurangan mohon maaf ye . Stay tune sambungan entry trip nadia =)

      Delete
  8. Huh! jenuh kakak nak habiskan sampai last entri Nia ni:)
    Penat macam ikut sama the journey:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...panjang sangat ye akak ? sorry. sebab nadia ingat tak nak miss satu part pun journey tue ... =) . terima kasih akak , singgah dan baca ... nnt nadia sambung lagi entry pasal trip tue ..ada lagi 5 hari nak update . =)

      Delete
  9. Replies
    1. alhamdulillah , awak =) ...tq singgah =)

      Delete
  10. Assalam.. hi dear. =) seronok kan dapat explore negara org. Sementara ada kudrat dan kesempatan org kata. Nak ke korea nanti mmg blog nia la jd ref sis. Hehehe.. banyak view yg cantik!
    Islam itu mudah, betul tu... yg penting kita jaga solat kita walau di mana berada. =) n banyakkan berdoa mudah mudahan urusan kita di permudahkan waktu travel. Korea sebenarnya byk jugak tmpt makan halal.. yg penting kena cari. Okay... keep writing ur exp. I'm reading =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam aina ... Tq singgah ... Boleh je jadikan ref if Aina nak ke korea nnt .. Tapi if ada mana2 yang terkurang maafkan lah ye ... Aah korea bnyk tmpt lawa ... Nnt ada rezeki Aina visit korea tau . =D ... Ok i will update more pasal trip Korea . Stay tune and tq reading dear =D

      Delete
  11. Suka tengok gambar-gambar, cantik. Syukur kan ada peluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. BP , thank you . Hihihi ... Alhamdulillah diberi peluang visit Korea dua kali ... Tunggu ye update entry Nia pasal korea . Tengah usaha slowly utk update ... Hihihi =D

      Delete
  12. bestnya jalan jalan. Cantik betul cherry blossom tu, harap dapat tengok suatu hari nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat Alya bunga tue ... Tak terkata dpt tgk ... Insyaallah . Pasti ada rezeki Alya nnt tengok cherry blossom . Amin . =D

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .