Spring Korea Trip - Day 5 : Jinhae Cherry Blossom Festival ( Yeojwacheon Stream and Gyeonghwa Train Station )

Sunday, March 26, 2017


Haa~ sekarang aku nak buat satu pengakuan yang bukan senang nak buat entri tentang travelling. Sebab, travelling entri bukan saja nak share experience je tapi entri tue kena ada info yang boleh bantu readers or viewers. 

Lagi-lagi macam aku nie ha. Aku admit bila dah kerja dan kahwin nie banyak benda kena diutamakan dulu then baru blogging . Sooooo, sebab tue lah entri Korea aku nie dah setahun pun tak habis lagi. Hahaha.

Tapi, aku bersyukur even entri aku tak habis lagi. Aku banyak terima email tanyakan tentang itinerary Korea aku nie. Aku share apa yang boleh aku bantu ye mengikut pengalaman aku. Jika ada terkurang dimana-mana minta maaf ok.

Oklah. Kepada yang belum baca entri sebelum nie, boleh  klik link ini . hihihi.

Hari ke-5 dalam itinerary, kitaorang nak pergi ke Yeojwacheon Stream dan Gyeonghwa Train Station yang terletak di Jinhae . If korang Google dua tempat nie memang tempat tumpuan orang ramai or tourist datang semata nak tengok Cherry Blossom .

Masa 2015 , kitaorang ada tanya tourist guide kitaorang macam mana nak ke Jinhae . Dia bagitahu jauh . Bila , aku dan Hanis plan nak visit dua tempat nie serious memang jauhhhhhhh dari Seoul . 

Nak ke Jinhae, better stay di Busan. 

Kitaorang keluar se-awal 7 pagi dari hotel Busan yang kitaorang stay. Pagi tue hujan dan perut pun lapar . Jadi kitaorang singgah convenience store yang berdekatan dengan hotel kitaorang beli banana Uyu . Itu lah breakfast kitaorang . Hahaha . Memang tak kenyang lah kan tapi kitaorang tak rasa nak makan berat sangat pepagi tue . Nak alas perut je .

CARA-CARA NAK KE JINHAE
Dari Busan station  kitaorang naik subway ke Seomyeon . Di Seomyeon , transit naik train line color hijau ke Sasang . 


Busan Station to Seomyeon Station

Seomyeon Station to Sasang Station
Sasang nie memang tempat intercity station bus pun . Di Sasang , kitaorang beli tiket ke Jinhae . Kebetulan , masa kitaorang sampai tue , waktu menunggu tak lama sangat . Just a perfect time lah . 😊 . 

Reminder : Jika korang dah beli tiket bus. Di Korea nie silalah be punctual. Korang lambat ceritanya kena tinggal la ye. Hihihi.


Kaunter tiket bus

Harga tiket ke Jinhae adalah 5100 won / pax . Dalam tiket tak tertera tempat duduk penumpang . Jadi,maksudnya boleh duduk sesuka hati kita tempat mana kita nak . Jadi , aku dan Hanis duduk seat depan skali nampak view sikit kan .


Tiket Bus


Platform Bus


Bus kitaorang
Perjalanan dari Sasang Intercity bus station ke Jinhae mengambil masa dalam 20 minit . Tak lah jauh macam dari Busan - Seoul kan . Sebab nie intercity je . 

Lepas 20 minit . Sampai sudah di Jinhae . Bila sampai di Jinhae tue kitaorang berdua memang terpinga-pinga . Sebab tak nampak pun sign board ke apa ke nak ke Yeojwacheon Stream and Gyeonghwa Train Station tue . Yang kitaorang nampak paling cantik memang seluruh bandar Jinhae tue dipenuhi dengan bunga Cherry Blossom . Cantik sangat sangat wei!!! Sebab aku memang minat bunga . If orang yang tak minat bunga maybe nampak biasa je kot . hahaha .

Station bus Jinhae


Bandar Jinhae

Dah sesat, apa lagi masuk lah tanya ke dalam station bus Jinhae tue . Memang bila kitaorang tanya , macam ayam dan itik lah bercakap kan . Jadi , aku dan Hanis keluar balik dari situ nampak teksi . Bagitahu orang teksi nak ke Gyeonghwa Train Station. 


CARA-CARA NAK KE GYEONGHWA TRAIN STATION
Kitaorang pun naik lah teksi menuju ke tempat pertama yang dekat dengan station bus Jinhae : adalah Gyeonghwa Train Station . Harga naik teksi dari Jinhae Bus Station ke Gyeonghwa Train Station dalam 4300 Won.

Bila sampai saja di Gyeonghwa Station tue. Masyaallah. Cantik sangat view tempat tue. Disitu, tak ada tiket bayaran nak masuk ke apa. Free of charge. Ambil lah gambar beribu pun free. Hihihi. Sepanjang Gyeonghwa Station tue ada sederet stall makanan. 


Cantik Kannnnn!!!

Aku beraksi - poyo je nie pose hahaha


Cantik sangat view





Aku dan Hanis





Gambar favourite aku

Gambar Favourite Hanis
Sebelum kitaorang gerak ke lokasi seterusnya. Perut dah nyanyi lagu keroncong . Yelah breakfast Banana Uyu je dengan hujan nya. Pastilah lapar. Alhamdulillah , kitaorang ternampak satu stall jual kebab Arab. Kitaorang beli je lah tue untuk alas perut.


Shot gambar Hanis di luar kawasan Gyeonghwa Train Station sambil tunggu bus 

Next location is Yeojwachoen Stream.

CARA-CARA NAK KE YEOJWACHEON STREAM

Dari Gyeonghwa Station kitaorang on Google Map , tengok nak ke stream tue macam mana. Tertera di screen bus nombor 307 to Jinhae Station. Dengan confident kitaorang pun naik je lah bus tue.

Dari Jinhae Station jalan terus untuk 100 meter . Then belok kanan akan nampak kawasan parking kereta and stall banyak jual makanan . Teruskan perjalanan sampai jumpa underground. Lalu saja underground tue jalan terus sampai lah beberapa minit lepas tue korang akan jumpa Yeojwacheon Stream yang dipenuhi pokok-pokok Cherry Blossom.


Undergaround yang aku cakap kan tue



Tada~ dah sampai dah Yeohwacheon Stream


Cantik wei !!!!

Kitaorang pun jalan sehingga la hujung stream tue. Dan pusing-pusing area stream tue. Then, tengok jam dah lama sangat , kitaorang pun patah balik and singgah nak beli makanan di stall makanan yang ada . Tapi, beli makanan yang boleh makan lah.
Kitaorang tertarik dengan air grapefruit. Belilah rasa. Sedap tapi masam jugak lah.


Kami !!!


Serious cantik


Kalau tak hujan confirm lagi banyak bunga .



Air grapefruit yang sedap tapi masam 



Nak balik dari situ ingat kan nak naik train balik . Tapi, habis satu bandar kitaorang pusing. Tanya polis ronda di situ semua, mana train station. Tapi serious bercakap macam ayam dan itik. Sebab dorang mostly tak boleh bertutur Bahasa Inggeris. Bukan macam di Seoul adalah jugak yang boleh bertutur Bahasa Inggeris. Jadi, pusing punya pusing masih sesat . Guna Google Map pun sesat. Hahahaha.

Akhirnya , kitaorang ikut je mana kaki melangkah kata Hanis. Dan, terjumpa lah dengan Jinhae Bus Station masa datang tadi. Penat wei kaki jalan satu bandar Jinhae. Tapi , puas hati sebab seluruh bandar cantik sangat dengan bunga-bungaan.



cantik kannnnn



Saja amik gambar Hanis sebab cantik bunga Cherry Blossom yang bertaburan di jalan

Nak balik ke Busan. Ikut je perjalanan sama seperti, masa datang. Dari Jinhae Bus Station beli tiket bus nak ke Sasang Bus Station . Harga tiket 5100 Won.

Balik dari Jinhae memang dah penat sangat kitaorang. Malas nak cari makanan , kitaorang balik beli odeng lagi di Busan Train Station tue.

Ahjumma tue macam dah kenal muka kitaorang . Dari body language dorang , macam cakap pandai kitaorag nie makan odeng. Hahahaha. Mana tak pandai , hari-hari mencekik odeng. Tapi , odeng is one of my favourite Korean food.

Itulah je story untuk day 5 kitaorang. Cantik kan Jinhae !!! 

It a must place to visit bila korang datang ke Korea. OK .

Sambung untuk hari ke-6 pulak , hari marathon !!! Yeay!!!

Stay tune for my story.

If korang nak tengok a short video (58 saat je kot sebab edit nak post untuk Instagram) masa di Jinhae boleh klik di link bawah. 

https://www.youtube.com/watch?v=kAZcV0zZC7k

Makesure korang tekan HD version ok supaya nampak the falling Cherry Blossom. Sorry if video tak lawa mana sebabbbbb amik video pakai iPhone 6 je. Dalam video aku tu Hanis sorang je in frame. Sebab aku edit saja letak Hanis sorang. Hihihi.

Lagu dari drama Scarlet Heart Ryeo . 

Thank you for reading. =)







22 comments:

  1. Subhanallah. Canteknyaaa gambar2 tu semua. And pandai ye korang berposing, dah macam cover movie dah. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah . rezeki kitaorang masa visit sini bunga masih penuh even sebenarnya hujan dah . Banyak jugak bunga dah gugur. =)

      Alamak mcm cover movie friendship tak ? hahaha =p

      Delete
  2. Subhanallah! Lawanya semua gambar! Gambar favourite korang pun jadi gambar favourite chika jugak 😍 Insyallah, moga berpeluang ke sana nanti. #prayfornodaylight 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Thanks you Yank . Gambar lawa sebab bunga2 tue yang lawa ke kitaorang yang lagi lawa . hahaha =P

      Insyaallah . 2018 if betul rezeki Chika boleh ikut kitaorang. Semoga trip kitaorang pun dipermudahkan amin. Memang selalu dah skrang doa untuk chika supaya no daylight on that day korea trip tue nanti . Amin. =)

      Delete
  3. ya ALLAH bestnya tengok semua pic nadia..teringin nya nak ke sana,tapi belum ada rezeki.Cantik kualiti gambar.irda suka tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi thanks dear . Tak lah quality mana dear cuma bunga-bungaan tue yang buatkan gambar cantik and ada edit sikit bagi terang sebab ada certain gambar gelap sikit jugak sebab cuaca agak gloomy masa tue kerna hujan. =)

      Insyaallah one day , pasti ada rezeki Irda ke sana . Amin .

      Delete
  4. Replies
    1. Aah memang cantik sangat AA =)... terasa tak nak balik masa ada di situ tapiiii sebab dah lama sangat and sana agak cepat malam nya bila spring so, kena balik jugak lah kan . Hahaha

      Delete
  5. Nanti sini dah bunga2, kita share dgn Nadia taw. HAHHAA. Tapi sini nye spring macam tak macam kat Korea ajee. Korea nampak lagi meriah. Hehe.

    Dulu kite ada jugak payung transparent macam tu, tapi kaler hijau. Orang Czech ni pandang kita atas bawah especially kat payung... haha diorng tak pernah tgk agaknya payung camtu.

    I can't drink fresh grapefruit camtu.. masam sangat T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh my... serious tolong share bila Czech dah start spring pleaseeee. Nak tengok !!! Aah korea and Jepun bila spring mmg meriah dan cantik sgt. Wishlist nak tgk Japan masa spring this yr tapiiii mcm duit tak cukup lagi. Jepun mahalllll!!! ='(

      Kenapa dorang sana jarang pakai payung ke ?

      Memang masam tapi ada rasa pahit skit so ok lah . Comel sebab dia lukis muka smiley dkt buah tue . =) hihi

      Delete
    2. Kat sini banyak yg pakai payung yg biasa2 je. Kaler hitam gelap2 camtu hehe

      Delete
    3. ohhh..sana dorang pakai hitam gelap mcm tue boleh lah, sejuk kan.. if dekat malaysia bak panaih lit lit lahhh hihihi

      Delete
  6. serius cantik2 semua gambar. suka tengok suasana bunga2 semua tu nampak macam dalam movie2 je. harap satu hari nanti boleh jejak korea.

    comel la minuman tu, baru jus fresh terus minum. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah BV . One day mesti dapat ke Korea. Amin . =)

      Kannnn ...idea dorang bagus nak attract orang beli air tue. Sedap tapi masam lah sikit =)

      Delete
  7. Syoknya ! Wlaupun pusing satu bandar penat kaki at least dpt tgk sluruh kan? Itu mahal babe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok Mek walaupun penat. Agree dengan Mek mmg experience tue yang mahal. Berbaloi jalan sampai sesat. Kikiki

      Delete
  8. Cantiknya musim spring kat Korea ni...aduh menusuk kalbu nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Momma nnt one day visit lah korea . Mmg cantik masa musim spring . =)

      Delete
  9. tengok gambar semua tempat tu cantik2 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ... mmg dah lama wishlist nak ke sini tmpt2 cantik masa musim bunga . Alhamdulillah tercapai jugak. Walaupun agak jauh nak ke sana . =)

      Delete
  10. Subhanallah! cantiknya view-view bunga sakura tu! rasa nak pergi sana sekarang juga! Thanks for sharing your happiness at least dapat la rasa gembira tengok bunga-bunga tu walaupun tak dapat pergi huaaa. air dia tu dia conteng ke jadi emoticon tu? haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sgt cantik view nya Syed . Insyaallah one day pasti ada rezeki syed dtg visit Korea . Memang ke korea plan nya solely to watched cherry blossom .

      Comel kannn air tue ... aah bila minum terus jadi mcm emoticon =p hahaha

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .