SNEAKER MUST HAVE IN YOUR WARDROBE


Sneaker adalah kasut yang mesti ada di dalam rak kasut setiap orang. Kenapa? Ia adalah kasut yang boleh dipakai sebagai pelengkap gaya jika anda mengayakan gaya kasual. Lagipun, aku rasa sneaker adalah kasut paling selesa untuk dipakai ke mana sahaja termasuk lah ke pejabat. Sebab, zaman sekarang pun kebanyakan syarikat beri kelonggaran kepada kakitangan untuk tampil dengan gaya pakaian kasual daripada pakaian formal.

Kita semua sedia maklum, sneaker ada pelbagai jenama , bentuk , corak dan gaya. Disebabkan sneaker adalah kasut yang tidak di makan dek zaman cuma corak , bentuk dan gaya sahaja berubah setiap tahun. Jadi, aku rasa sneaker tetap menjadi pilihan kita semua. Betul tak?

Dulu, asal sneaker je mesti kita akan pilih kasut dari jenama Nike , Adidas , Converse kerana ketiga-tiga jenama ini adalah jenama yang sudah terkenal . Tetapi, bagi aku zaman sekarang sebabkan sneaker adalah kasut yang mesti ada di dalam rak kasut kita. Orang sudah tidak meletakkan jenama sebagai sebab utama dalam pemilihan sneaker. Lebih banyak jenama-jenama sneaker lain yang lebih cantik dan menarik serta selesa untuk dipakai.

Kita hidup dalam dunia serba canggih. Semuanya boleh didapati hanya di hujung jari kita. Jadi, untuk memiliki sneaker sekarang lebih mudah.

Aku paling suka pakai sneaker masa aku melancong. Masa melancong kan kita banyak jalan jadi kasut paling selesa tentunya sneaker.

Semasa melancong ke Korea


Semasa melancong ke Yogjakarta


Dulu, aku ada sneaker jenama Nike. Setelah, kasut Nike tue rosak, aku memiliki kasut jenama Onitsuka Tiger.

Kasut Onitsuka yang dah rosak =(

Aku tersangat lah suka dengan jenama Onitsuka Tiger. Ia bukan sahaja cantik tetapi terlalu selesa. Cuma harganya agak mahal. Sekarang kasut Onitsuka Tiger tue pun dah rosak jadi aku nak cari pengganti.

Aku teringin sangat sneaker berwarna pastel , seperti yang dikeluarkan oleh Adidas - Adidas Samoa . Tapi, sayang ia diperbuat daripada kulit babi.

Sneaker Adidas Samoa


Kasut yang aku nak , tetapi harganya mahal 

Sebabkan teringin sangat sneaker warna pastel, aku beli secara online dari website sneaker online ini. Dalam website ini ada pelbagai jenama dan gaya sneaker anda boleh pilih. Dari harga yang murah sehingga lah yang mahal. Sneaker untuk lelaki dan perempuan kedua-duanya ada di dalam website ini. Sneaker jenama Onitsuka Tiger pun ada tapi harganya lebih dari budget aku. Jadi, aku beli yang lebih murah sedikit dan selesa.

Sneaker dalam gambar di bawah adalah kasut yang aku beli dari website tue. Memang aku suka sangat.

Kasut yang aku beli 


My shoe flatlay ... hahaha

Jadi, sneaker macam mana dan jenama apa yang anda sudah miliki ? Anda beli ia secara online atau offline ? Jika anda ingin menambah koleksi sneaker atau ingin ganti sneaker anda dengan yang baru , cepat - cepat lah terjah website yang aku share di atas tadi. Klik saja di link tue ok.

Happy Shopping. =)


4 comments

  1. Is Skechers a type of sneaker? :D Would love to buy this one soon.

    I usually just wear running shoes while travelling. :) A black one, and to make it more variety, I have different colors of shoelaces to change every month for example hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. I guess Sketchers part of sneaker too. =)

      Yes yes , that's much more practical too. Black sneaker with different shoelaces =)... tak pyh beli bnyk2 kasut. I should try to be like that one day. Nie nadia mmg kadang suka bazir . End up pakai kasut yang dah paling selesa and lusuh . hahaha


      Delete
  2. Cantiknyaaa warna pastel gitu. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... sebab tu saya beli hhihihi =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .