SPRING KOREA TRIP - DAY 7 : GAMCHEON CULTURAL VILLAGE

Monday, April 17, 2017

Sunset at Gamcheon Village

Entri aku dah nak dah hampir ke penghujungnya. Rasa seronok ada , rasa sedih pun ada . Sebab , serious rindu Korea. Lagi-lagi sekarang tengah Spring di sana. My favourite weather!!!

Ok, entri sebelum nie boleh korang terjah disini ye. =)


HEADING TO BUSAN

Dengan tak mandi nya , kitaorang terus gerak dari Gyeongju naik bus to Busan . Sampai busan , baru kitaorang perasan yg bus tue berhenti di Bus Station Nopo . Patut lah ticket murah . Nopo station adalah station terakhir untuk subway line oren . Masyaallah jauh betul nak ke Sasang.


Tiket bus

Bus nak ke Busan

Dari Nopo Station nak ke Sasang station , kena tukar tren di Seomyeon station . Di Seomyeon tukar line hijau heading to Sasang .

From Nopo to Seomyeon


From Seomyeon to Sasang

Kitaorang stay di Sasang Max Hotel . Max Hotel nie 5 minit je jalan kaki from Sasang station . Kitaorang stay di Sasang sebab dari Sasang nak ke Gimhae International Airport lagi dekat .

Dari Sasang naik subway line purple . Tiga station je kena lalu dah sampai ke airport. Yelah flight kitaorang departure pada pukul 10:40am pada 10 April 2016.

From Sasang to Gimhae Airport

Lokasi Sasang Max Hotel nie pun bagus sebab ia berdekatan dengan Sasang bus station dan train station.

meriah pintu bilik Sasang Max Hotel nie

Our room

GAMCHEON CULTURAL VILLAGE

Lepas check in, kitaorang dah bersihkan diri dan rehat sekejap. Then, kitaorang keluar heading to Gamcheon Cultural Village . Memandangkan kitaorang stay di Sasang . Jadinya dari Sasang naik train heading to Seomyeon . Dari Seomyeon tukar line hijau heading to Toseong .

From Sasang to Seomyeon

From Seomyeon to Toseong

Dah sampai Toseong exit nombor 6 . Lepas keluar dari exit nombor 6 , belok ke kanan sikit ( sebab jalan nya mcm selekoh sikit )  then jalan straight sampai nampak bangunan Busan Cancer Centre sebelah kanan korang .

Toseong Station



Busan Cancer Centre

Jadual Bus nak ke Gamcheon

Amik bus samada nombor 1-1 or 2-2 ke Gamcheon . Bus tue akan terus direct ke Gamcheon . Nak jalan kaki pun boleh if rajin dan larat nak mendaki bukit lah . Aku memang tak sanggup . Hahahaha... Sebab kaki dah sakit sangat baru lepas marathon .

Dah sampai Gamcheon apa lagi explore la tempat tue. Tapi kitaorang singgah tak lama sebab dah nak gelap . Sempat layan sunset kejap . Pusing kawasan yang dekat - dekat. Sampai lah terjumpa satu pakcik Korean nie . Tegur . Tak paham dia cakap apa. Tapi dari reaksi pakcik tue cakap macam dah gelap bahaya . Hanis pun was-was nak teruskan . Jadinya , kitaorang balik lah . Tak sempat explore sangat pun. 

Tapi Gamcheon Village nie cantik lah . Unik . Banyak je art di setiap sudut. Dan , kalau korang nampak dalam gambar di bawah , hujung atas bukit sana ada cherry blossom. Cantik !!!

Tapi, sebab kitaorang kesuntukan masa memang tak dapek lah nak ke sana. Lain kali datang lagi lah explore. Ki ki ki.
Nampak tak Cherry Blossom di belakang tue?

Hanis bersama ikan 

creative


If pergi awal, ada booth jual map Gamcheon Village. Tapi sebab dah nak malam , ia dah tutup lah. Map tue harganya KRW 2000.

Nak balik ke Sasang, route nya sama je masa datang tadi. Naik bus 1-1 or 2-2 yang heading to Toseong station .

Gamcheon at night

Dari Toseong , kitaorang plan makan odeng sahaja di Busan Station untuk makan malam. Dah makan di situ, siap tapau lagi bawak balik hotel.

Odeng shop at Busan Station
Dannnnn, on the way to hotel. Kitaorang sempat tapau Starbuck yang bertemakan cherry blossom. Serious sedap!!!

Kitaorang order yang bawah sekali - Cherry Blossom White Chocolate

Serious sedap!!!

Bila sampai je hotel, kitaorang bersihkan diri je dan terus tidur. Penat sangat. Tengah malam baru bangun packing bag.

Esok dah nak balik Malaysia. Sedihhhh. Tapi rindu nasi lemak dan ayam gorenggggg. Hahaha.

Dengan ini maka berakhirlah kisah Spring Trip Korea aku dan Hanis. Pengalaman yang paling best!!!

Entri seterusnya, aku akan share our full itinerary dan full budget okay.

Terima kasih sebab korang sanggup tunggu dan baca entri Korea aku.

Mana yang terkurang maafkan aku ye.

Stay tuned for my next and last entry - budgeting and itinerary.

Sedih pulak rasanya bila entri Korea nak habis dah nie. ='(

Thanks for reading, all . =)


16 comments:

  1. Paling suka kat Busan sbb tenang je. Aah rindunyee! Dulu guna apps subway same ngn nadiah, skrg dlm fon xde dah. Nak sambung post dkt korea pn dh xde mood sbb dh x ingat sgt naik subway turun kt mne. Huhuuuu sedih


    Atheera / http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Busan tenang sikit dari Seoul . Tapi Nadia tak lama di Busan so bnyk tempat tak explore lagi.

      Apps tue senang kan Tyra. Memang membantu sgt. Sebenarnya Nadia pun ingat-ingat lupa tapi nasib baik baik masa di Korea , nadia mmg dah tulis point2 dlm draft so tue yang bleh ingat balik and elaborate . Hihi .

      Kalau bleh nak Tyra smbg story Korea Tyra sbb lain org lain pengalaman nya. =)

      Delete
  2. Gamcheon Cultural Village ni ada dalam RM kan? ๐Ÿ˜„ Cantiknya ๐Ÿ˜ Serba warna-warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada dalam RM . Mmg cantik sebab warna warni tapi Nadia kesuntukan masa tue explore kejap je di Gamcheon nie. Hihi

      Delete
  3. Seronoknya dapat jalan2 p korea. Cantik gambar2 yang diambil. Bilalah saya pula yang nak ke sana? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi alhamdulillah. Tq for the compliment pasal gambar dear .

      Insyaallah satu hari nnt mesti ada rezeki nak visit Korea . Amin. =)

      Delete
  4. bestnya sisss...memang bucket list la korea ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi Korea best !!!! Yes yes korea mmg kena ada dalam everyone bucket list =)

      Delete
  5. Sejuk lagi tak sekarang? saya pergi minggu depan, jadi tak tahu level sejuk kat korea mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear , nadia dah lama balik Malaysia dah . Hihi ... tapi bila nadia tgk weather temp around 13 - 16 celcius tak sejuk sgt mcm chill je tapiiiiii if hujan akan sejuk sgt. Serious .

      Bestnya g Korea next week . Rindu Korea

      Delete
  6. Entry ni sebagai panduan cause im going there soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully , my entry help your travel to Korea. If mana-mana yang terkurang maafkan ye. Bestnyaaaa gie Korea. Seriously rindu Korea. =)

      Delete
  7. kampung ala2 santorini ni kalu tgk sy x igt benda lain dah... running man hahahaha... antara episod best yg di buat kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree with you too Anies. Memang ingat Running man jee. Tempt nie cantik tapiiiii nadia tak sempat nak round the whole place =(

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .