PULAU REDANG TRIP - DAY 2 : SNORKELING AT MARINE PARK AND PULAU EKOR TEBU


DAY 2 : SNORKELING AT MARINE PARK AND PULAU EKOR TEBU


Entri sebelum nie boleh klik disini. Peringatan , entri nie kemungkinan akan panjang sikit. Keep reading until the end . Ok. =)


View pagi hari kedua di Redang
Lepas breakfast , sebelum kitaorang semua bergerak ke boat. Pihak Redang Mutiara briefing sedikit yang snorkeling pagi tue akan ke Marine Park dan lepas lunch akan ada snorkeling terakhir.

Hanis suruh bawak dalam dua keping roti. Sebab boleh bagi ikan makan. Nak ambil gambar dengan ikan kerumun kan senang.

Dari kiri : Syira , Hanis , Aku , Siqah dan Tasha


MARINE PARK 
Marine Park view dari boat
Sampai di Marine Park , pihak Redang Mutiara beritahu info apa yang boleh dibuat di Marine Park dan apa yang tidak boleh buat di Marine Park. Di sekitar Marine Park ada border telah dibuat supaya kitaorang semua tak berenang melebihi border yang ditetapkan.

Seriously di Marine Park ikan banyak sangat. Kisah lawak berlaku di sini. Gengmakan masuk ke laut. Aku dan Hanis pegang roti untuk beri ikan makan dan ambil gambar. Pada masa tue, Siqah berenang dengan aku. Aku pun menyelam untuk tengok ikan. Tanpa disedari, aku lepaskan roti besar sekeping. Dan roti tue tersangkut di handphone casing kalis air Siqah. Confirm lah ikan semua datang kerumun ke Siqah sebab nak makan roti tue. Hahaha. Aku sebenarnya tak tahu pun yang roti tersangkut di handphone casing Siqah. Tapi , aku dengar lah suara Siqah macam jerit-jerit. Hihi.

Bila aku angkat kepala je , Hanis beritahu yang roti tersangkut di handphone casing Siqah. Aku just gelak je and say sorry to Siqah. Sebab seriously aku tak tahu. Kesian Siqah. hihi. 

Siqah, saya minta maaf ye. =)

Dalam beberapa minit, di Marine Park makin dipenuhi orang. Staff Redang Mutiara ada beritahu yang akan ada 14 boat yang akan singgah di Marine Park hari ini. 

Syira dan Aku

Gambar ikan tak ada, jadi aku screenshot dari video - hahaha
Bayangkan 14 boat ? Katakan satu boat besar dalam 40 orang. 14 boat mahu total orang di Marinae Park lebih kurang 500++ orang. Seriously, masa tue orang memang ramai sangat. 
Luckily, kitaorang sampai awal. Dapatlah jugak ambil video dan ikan dengan terang dan tenang. Sebab bila dah ramai orang , ikan pun dah tak banyak even bawak roti pun.

Gambar ikan tak ada, jadi aku screenshot dari video - hahaha

Nie kebetulan ada , snap pakai GoPro 4. Tak tahu lah terang ke tidak hihi

View di Marine Park jugak

LUNCH TIME
Lepas snorkeling di Marine Park, kitaorang balik ke Resort untuk lunch. Sementara tunggu lunch siap di cafe resort. Aku dan Hanis still lepak-lepak di Jetty ambil gambar view lah. Ambil Insta story lah. Then, aku mintak tolong Hanis ambil gambar aku terapung dari atas jeti.

Pada masa tue, ombak agak kuat sebab banyak boat lalu lalang. Tapi aku gigihkan jugak untuk terapungkan diri tanpa memakai life jacket. Akhirnya, sukses!! Hanis memang pandai ambil gambar.

Bila aku post gambar tu di Instagram aku, ada kawan IG tanya , " wah pakai drone ke nih? cantik gambar dari atas. " . Hebatkan tangan Hanis snap gambar aku. Hihihi. Thanks Hanisah. <3

I love this pictuire - thanks to Hanis =)


PULAU EKOR TEBU
Aku dan Syira lagi =p  ... belakang kitaorang tue lah batu-batu yang Ayoh cakap coral cantik
Dalam pukul 2:30pm, next point for snorkeling adalah di Pulau Ekor Tebu. It's an open sea snorkeling again. Aku suka open sea snorkeling daripada snorkeling yang ada pantai. Walaupun aku tahu open sea snorkeling penat jugak bila dah lama dalam air. Bagi aku open sea snorkeling adventure sikit perasaannya. =)

Masa nak ke Pulau Ekor Tebu aku dan Syira, request nak duduk di depan boat supaya nampak view dan rasa tenang serta berangin daripada duduk di dalam boat.

Sampai je di Pulau Ekor Tebu , seorang boat man cakap dengan aku, aku boleh je terjun dari sini. Tak payah ke belakang boat untuk turun pun tak pe. Even aku nie tahu berenang tapi aku ada takot sikit bila suruh lompat. Hahaha.

Ketua boat yang dikenali sebagai Ayoh . Beritahu yang kitaorang semua kena berenang daripada lokasi boat berhenti sampai ke hujung batu dekat dengan persisiran pantai yang tak ada pantai pun. Sebab , katanya coral semua cantik di tepi-tepi batu.

Bila tengok dari atas boat ke arah batu-batu tue. Seriously jauh wei!!! Kalau berenang memang penat. Tapi, bila kita snorkeling memang tak perasan lansung yang kau dah jauh berenang dari boat. Itulah perasaan aku masa tue. Berenang punya berenang. Angkat je kepala aku dah hampir ke tepi-tepi batu yang penuh dengan coral. Cantik!!

View boat dari mana aku telah sampai. Jauh kannnnn. Penat wei!!!
Aku pun mencari gengmakan aku. Dorang masih jauh. Jadi aku tunggu di situ. Beberapa minit kemudian , Syira , Hanis dan Tasha ada dengan aku. Tapi, kelibat Siqah tak nampak. Risau jugak. Jadi tanyalah Syira, Siqah mana. Rupanya, Siqah dah naik boat. 

Siqah trauma dari kejadian lepas yang berlaku di Light House Pulau Perhentian. Masa tue di Light House memang ombak tersangat kuat. Aku yang tahu berenang pun cuak pada masa tue. Tapi,if kita berada di dalam air. Even, kita tahu berenang sekalipun. Jika kita dalam keadaan panic memang akan ada possibility lemas. Jadi, jangan lah kita panic.

Untuk mengelakkan apa-apa yang tidak diingini berlaku. Siqah sudah tunggu di atas boat. Rasanya, ada Siqah post di Insta Story dia if korang ada follow Instagram Siqah. Lama jugak masa yang diberikan untuk snorkeling di Pulau Ekor Tebu tue.

Siqah snap kan gambar aku dari atas boat =)
PULANG KE RESORT
Masa balik dari snorkeling, kitaorang gengmakan semua decide nak duduk di depan boat. Best sangat!!! Then, Ayoh kata nak tunjuk sesuatu magik pada kitaorang. Ayoh berhenti di satu pulau kecil yang ada batu kecil yang terletak di hujung batu besar. Ayoh cerita ,walaupun ombak sebesar mana yang melanda di pulau tue. Batu kecil tue tetap stay di situ. 

Nampak tak batu kecil atas tue . Batu tue lah yang Ayoh dok cerita tue



Sampai je di resort, sudah semestinya tak puas mandi lagi kan. Hahaha. Aku, Hanis dan Syira membuat sesuatu yang di luar jangkaan kitaorang. Kitaorang nampak ada tiga orang budak lelaki terjun dari atas jeti ke bawah laut. Serious nampak best sangat !!!

Jadi, kitaorang bertiga pun nak cuba. Siqah dan Tasha tak nak. Jadi, dorang tolong ambilkan video kitaorang lompat.

Seperti aku beritahu di atas tadi, aku tahu berenang tapi bab lompat-lompat nie aku memang takut. Tanpa disangka, Hanis memberanikan diri dengan membuat lompatan yang pertama. Hahaha. Salute lah Hanis. Kemudian diikuti dengan Syira dan Aku yang terakhir. Hahaha. =p

Gambar kitaorang lompat tak ada. Video je ada. Aku screenshot satu je lah. Masa Syira terjun. 

Seriously, bila dah lompat tue rasa best sangat!!! Perasaan stress dan nervous masa dalam laut tue hilang serta merta. 

Peringatan: kitaorang lompat dengan memakai life jacket. Sebab ombak masa petang tue agak kuat serta air laut tengah pasang . Untuk sesiapa yang takut pada ketinggian atau ada sakit jantung, disarankan jangan lah lakukan aksi terjun nie. 

For three of us, it was the best experienced ever !!! The best jump for me ever !!! 

Lepas dah main lompat-lompat. Kitaorang berlima jalan sampai ke hujung pantai Redang Mutiara. Plan kitaorang nak ambil gambar berlima. =)

PHOTOSHOOT SESSION DI PETANG HARI
Thanks to Siqah and Tasha snap kan gambar nie. My a must pose. Susah wei diri Yoga pose atas batu tue licin!!! Pandang bawah ombak kuat. hahaha. Luckily jadi.
Jadi kitaorang buat photoshoot berlima di situ. Kitaorang minta tolong ada satu abang nie ambilkan gambar. Luckily, dia nak layan. Kawan dia siap bagi arahan kitaorang patut buat formation macam mana. Kelakar rasanya tapi seronok. Formation paling susah kitaorang nak buat adalah formation bulatan. Masa tue ombak sangat kuat serta banyak boat lalu lalang. Jadi, ombak makin tinggi. Lastly, formation bulatan tak jadi buat. Hahaha. Formation bintang je lah. 


nampak tak laut belakang kitaorang tue. Cantik kan!!!

Dalam pukul 6pm , dah puas mandi manda . Hanis, Siqah dan Tasha bergerak ke bilik. Aku dan Syira decide nak berjalan ke arah Wisana Village Resort. Saja nak tengok view di sana. hihihi.

Seriously, lawa jugak viewnya. Dan Wisana Village Resort pun cantik. Dah ambil beberapa gambar, buat insta story serta boomerang. Kitaorang pun gerak ke bilik.



Lepas maghrib, malam tue ada BBQ. BBQ di Redang Mutiara biasa je tidak seperti di Pulau Perhentian. Tapi okay lah. Atleast ada makanan. Lepas dinner, malam tue lepak lagi di tepi pantai sambil tengok aktiviti group Pos Malaysia. Dorang ada gift ceremony. Ada aktiviti karaoke. Aktiviti best Hawaii dress dan banyak lagi. Kelakar tengok gelagat makcik-makcik dan pakcik-pakcik Pos Malaysia nie. Mengalahkan budak-budak muda. Hhihii. Tapi dorang tersangat lah sporting. Terbaik lah.

Setelah beberapa jam lepak di situ, Hanis yang masuk bilik dulu kemudian disusuli oleh kitaorang berempat. Masuk je bilik kitaorang kemas lah sikit-sikit apa yang patut. Sekali, kitaorang lapar!!! Hahaha.

Apalagi, kitaorang masak lah Samyang dan Maggi. Siqah dan Syira yang pergi cafe ambil air panas dan buat air.

Kitaorang pun makan lah di tengah malam. Mana tak gemuk kan kitaorang nie. Hahaha. Kitaorang panggil nama Hanis suruh bangun makan. Tapi, Hanis sudah dibuai mimpi. Tak pe lah. Sebab keesokan harinya. Hanis dan Syira kena drive. 

Lepas dua jam, pada pukul 2 pagi aku dan Syira pun tido.

Esoknya kitaorang dah balik. Huwaaaa~ Tak nak balikkkk tinggalkan Pulau Redang. =(

Stay tune for my next entry: our last day in Pulau Redang and our food hunting in Terengganu!!!

Thank you for reading. <3


10 comments

  1. Bestnyaaa! Nak jugak terjun terjun tu hihi lenne memang suka activity yg involves falling although lenne ni gayat lol the only way the shake the gayat off :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenne, memang best terjun2 tue even pada awalnya Nadia takut gak lah. Lenne pernah buat bungy jumping? Nadia takot lompat2 tapi teringin try bungy jumping and sky diving. hihi

      tapi bétul tue lenne, that way the only way to conquer your fear. hihi

      Delete
  2. bestnya, gambar-gambar pun cantik

    ReplyDelete
  3. seronoknyaaa...pemandangan pun cantik.pergi dgn kwn2 lagi mesti bertambah seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue... memang Cantik sgt view . Betul tue, if pergi dgn kawan yang satu kepala memang best sgt dear =)

      Delete
  4. Semua gamba cantik..!!!! The views sangat menenangkan jiwa.. Nak pegi jugakkkk.. Q_Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom!!! If Hanis nak pergi jangan lupa tanya Nadia jugak ok =) hihi

      Delete
  5. Nadia dah up entri rupanya. Cepat betul. Hihi.

    Siqah baru up entri jugak. Penatlah seharian duduk depan laptop. Gigih lak rasanya ni 😅

    Serius! Pulau Redang cantik sangat!!! 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada lah cepat sgt pun yank . Last weekend dok mengadap laptop dua hari hahaha .

      Aah saya dah baca entri awak jugak. Tak pe lah gigih atleast awak up entri cerita trip kita. =)

      Tak tahu nak gmbrkan mcm nana dah mmg cantik !!!! Redang

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .