1825 Gallery Hotel

Monday, July 11, 2016

Helloooo~

Bertemu kita lagi di ruangan blog . Apa khabar semua ? 

Ok, kali nie seperti yang dijanjikan dalam entry aku yang bertajuk : " Cerita 1 Syawal dan 2 Syawal " >>> to read more click here   , aku nak berkongsi pengalaman aku stay di satu butik hotel di Melaka masa Hari Raya hari tue . Nama hotel nie : 1825 Gallery Hotel 

Aku pun tak tahu macam mana boleh jumpa hotel nie . Aku terjumpa masa aku tengah search hotel di Agoda . Aku berminat jugak stay style butik hotel jika datang Penang atau Melaka . Ye lah . Penang dan Melaka kan dua negeri yang penuh dengan sejarah . Apa orang cakap " Heritage " - preserving the old buildings or antiques

Dua negeri nie aku suka sebab dorang masih menjaga bangunan yang ditinggalkan masa zaman British dulu . 

Memang betul Melaka dan Penang adalah negeri rumah nenek aku . But, the way they preserved the buildings make me love it . I love something that oldies , vintage , heritages . All the old things had it own values . Apa orang cakap , tak ada yang lama maka tak ada lah yang baru. hihihi.

Mostly , jika dorang nak preserved bangunan tue . Architecture bangunan masih sama macam dulu . Just they will modify the interior part . 

Hotel nie ada sejarah nya . Ia sebenarnya adalah tempat penyimpanan tepung yang di import.

Sekarang , ia dijadikan hotel . Nak baca lebih lanjut tentang sejarah bangunan nie boleh >>> klik disini. 

Hotel nie , terletak di : 27,29 dan 31 , Jalan Bunga Raya , 75100, Melaka .

Nampak tak architecture luar bangunan nie macam zaman British campur Chinese. Menarik. Aku suka. =)

 

Jom tengok dalam hotel nie. 

Reception
 

Lobby dari beberapa sudut pandangan
 

 

 

Kolam ikan di lobby
 

 

Gambar bawah : view walkway if masuk dari Garden belakang
 

Deco pintu untuk masuk ke bilik ... Suka bricks wall
 

Antara perhiasan di lobby. Vintage !!! Suka !!!
 

Tangga ke tingkat atas . Lif pun ada tapi aku tak snap gambar lif . Hihi
 

 

Sebelum naik tangga akan nampak perhiasan bawah nie sebelah tangga
 

Lepas naik tangga akan nampak perhiasan seperti di bawah
 

Gambar bawah nie pulak adalah walkway nak ke bilik di tingkat atas

Aku suka konsep bricks wall
 

 

Hotel nie ada beberapa jenis bilik . Antaranya adalah :
Standard Room
Deluxe Room
Superior King 
Executive Suite
River Suite

Details bilik boleh klik disini


Tapi, aku book dari Agoda dan tiga jenis bilik berlainan dari bilik-bilik yang hotel nie ada.

Jom tengok design setiap bilik. =) 

Bilik G07 - Deluxe King view Garden
 

 

 

 

 

Bilik bawah nie view nya garden
 


Bilik 203A - Executive Suite
 

 

 

Bilik nie view nya - City a.k.a bumbung bangunan , hihi
 

Bilik 205 - Deluxe King no view
Jenis bilik sama tapi view and no view membuatkan harga nya lain .
 

 

 

 

Bilik nie , if keluar balcony tue view nya adalah kolam ikan .
 

 

Jom terjah sekeliling garden hotel. Serious cantik !!!

Ada beberapa gambar lebih kurang sama dari entry sebelum nie. Hihihi . Sebab gambar tue je ada untuk tunjuk sekeliling garden . =p

Dari bilik bawah buka tingkap boleh nampak view nie
 

 

Meja minuman
 

View gambar bawah nie rasa macam rumah sendiri pulak =p
 

View garden boleh terus keluar ke sungai Melaka
 

 

 

Lain-lain gambar di bawah adalah gambar di garden dari sudut yang berbeza 
 

 


 

Muka suami aku bila malas nak layan aku bergambar ... Hahaha
 

Amacam ? Apa pendapat korang bila tengok gambar - gambar yang aku share ? Menarik tak hotel nie? 

If korang rasa hotel nie menarik dan nak tahu lebih lanjut tentang harga dan sebagainya, korang boleh book di :
Atau 
Website official nya - http://1825galleryhotel.com/

Secara keseluruhan nya , bagi aku hotel nie worth it untuk stay . Value for money . Tak mahal sangat dan servis nya pun baik . Hotel bersih . Decoration cantik .

Satu je aku tak suka . Ia terletak di kawasan yang sangat sibuk dan jem . Parking hotel ada tapi limited . So, guest pun kena cari parking di tepi jalan yang sangat lah jem . 

Ok lah. Jumpa lagi in the next post.

Love,
 NIA

14 comments:

  1. Kalu kat hong kong ada heritage 1881.... Kat malaysia ada 1825... Ok laa tu kann... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke ? Ok lah ... Ada invasion china sikit ... Hihihi =)

      Delete
  2. selamat hari raya awak..wahh bestnya pergi melaka...i lama giler tak pergi melaka ni..insyaALLAH tAHUN ni nak p sana..view hotel cantik...green sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya too~ hihihi ... Balik rumah atuk di mElaka , tapi sebab ramai orang tak ckup tmpt tido , tue tido hotel =) ... Kannn~ suka garden hotel nie

      Delete
  3. Serius.. Nampak cantik dan damai.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Reen ... Ambience hotel nya sgt cosy =)

      Delete
  4. Memang menarik!

    Selamat Hari Raya tuan blog dan famili. =)

    ReplyDelete
  5. jln bunga raya memang hottest in melaka.
    masalah parking dari dulu kala. jalan sempit. terutama weekend, alamak aii.
    sesekali takpe la kot. da nama pun holiday :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Tue lah , sesekali ok lah... Tapi disebabkan hotel nya cantik so part jem tue tak fikir sgt . Lagipun stay satu malam je kan =) hihihi

      Delete
  6. wow! serius cantik la nia hotel ni. vintage! Nak jugak la try nnti.. rare kot. =D
    Btw, selamat hari raya dear (^^,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious mmg cantik , Mek . If datang melaka try lah stay sini . Nanti boleh jalan-jalan jugak sepanjang sungai melaka keluar dari pintu hotel tue . =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .