Help people in Need - PERTIWI

Friday, July 29, 2016

Salam Jumaat , semua =)

Hari nie aku nak kongsi satu pengalaman berharga . 

Have you read my previous entry titled " 10 steps to be a happier person " >>> to read more click here . 

Dalam entry tue , step no 4 : Help others in need , ada kena mengena dengan pengalaman yang aku nak kongsi hari nie . =) 

Nak tahu tak apa dia ? Hihi =D 

Hari Rabu lepas , aku dan seluruh team aku ( ITT team ) be a volunteer for soup kitchen PERTIWI . Korang pernah dengar tak tentang nie ? Soup Kitchen PERTIWI nie adalah satu organisasi yang memberi servis makanan secara percuma kepada homeless di seluruh Kuala Lumpur . Soup Kitchen PERTIWI memberi servis makanan percuma kepada homeless untuk 4 hari dalam seminggu.

Website PERTIWI
Company aku memang ada register dengan PERTIWI untuk aktiviti nie . Selalu je ada tapi ada hari nya  . Selalu , email akan dikeluarkan kepada semua staff . Staff yang berminat untuk join as a volunteer boleh register je . Rasanya ada jugak company lain yang involve . Ramai sebenarnya be volunteer bukan kami je . =) 

Nak jadikan cerita , aku pada asalnya tak berminat nak pergi sebelum nie . Tapi , Manager kami register nama kami untuk aktiviti nie . Sebab tue aku pun turut serta . Sebelum pergi bermacam soalan aku tanya pada kawan-kawan team aku yang dah pernah pergi . 
Sebab tak pernah pergi jadi persepsi negatif dan takot je lah terjah dalam kepala nie kan . Hmmm....Kami ditugaskan beri makanan kepada homeless di kawasan Medan Tuanku.

Apabila dah sampai di sana . Segala negatif persepsi aku bertukar menjadi positif . 

Antara sebab persepsi negatif bertukar kepada positif : 
1) Rupanya, ada pusat komuniti khas telah disediakan untuk aktiviti soup kitchen PERTIWI yang terletak di Medan Tuanku.
 

2) Semua volunteer harus tunggu di dalam pusat komuniti tue sebelum lori kecil Pertiwi tiba.
Kami GengMakan 

Kami Lagi =P

Team aku - ITT Team

3) Selepas lori PERTIWI sampai , semua homeless akan beratur . Dan semua volunteers akan diberi tugas oleh petugas PERTIWI. 

 

Sebelah Belakang sana yang beratur tue lah homeless . Yang beratur sebelah depan nie , semua volunteer .
Sila ignore muka Shafiq nie ha =p
 

Antara kerja-kerja yang diberi

 

Teratur kan ? Sebab tue persepsi aku dari negatif bertukar kepada positif . Hihihi . Yang bagusnya , jika ada homeless yang tak beratur . Mereka tak akan diberi makanan . Mereka perlu beratur jika hendak terima makanan . Dan , bukan orang dewasa saja . Kanak-kanak jugak akan dapat makanan percuma . 

Aktiviti nie tak ambil masa lama pun. Dalam sejam lebih. Depends jugak kepada berapa ramai homeless yang datang. 

Dari , aktiviti nie . Aku dapat satu pengalaman yang berharga iaitu sentiasa lah rasa bersyukur dengan kehidupan kita yang Allah telah beri . 

Kadang kita rasa hidup kita teruk sangat . Tapi sebenarnya , ada ramai orang yang kehidupan nya lagi miserable dari kita . Bayangkan , living cost di KL nie macam mana ? Makanan mahal . Tempat tinggal mahal . Semua lah mahal . 

Homeless nie semuanya bukan lah tak bekerja ( itu asalnya persepsi aku ) , tapi pekerjaan mereka tak mampu untuk menampung kehidupan mereka . Tapi, ada jugak yang aku lihat sihat walafiat yang secara fizikalnya boleh bekerja 2 - 3 jenis pekerjaan satu masa tapi homeless . Orang macam nie tak tahu lah kata . Mungkin ada sebab lain kot yang membuatkan dia homeless. Fikir positif je lah kan . Hihihi . 

Keseluruhannya , aku berterima kasih kepada Manager aku sebab register kan kami. Jika tak . Memang aku tak kan rasa pengalaman nie . 

It's a good activity that will give us a lot of #selfreminder . 

Jika antara korang yang berminat untuk turut serta as a voulenteer untuk Soup KitchenPERTIWI , boleh terjah website official PERTIWI : 

Ada banyak jenis aktiviti atau projek yang dibuat oleh organisasi PERTIWI .

 


Untuk info tambahan . Jika korang jadi volunteer PERTIWI  di kawasan Medan Tuanku . Ada satu kedai Cheese Naan yang terkenal iaitu RSMY House of Real Beriani di Medan Tuanku KL.

Sebelum nie aku selalu je dengar nama kedai makan nie tapi tak pernah cuba sebab aku memang tak suka jalan-jalan area KL . Semak kan kepala sebab everywhere jem . Jadi , malam tue . Aku dapat makan di kedai RSMY bersama team aku . 

Sedappppp cheese naan nya . Dan cheese naan nya tak kedekut dengan cheese . Hihihi . Bila datang sini , make sure order Keema untuk dimakan bersama cheese naan korang ye . 

aku screenshot dari boomerang aku ambil . =P
Gambar di ambil oleh Hanis , sebab kami sampai lambat sikit
Mereka sampai dulu . =)

Nie alamat kedai makan nie : 
RSMY House of Real Beriani
11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Tel : 03-2697 0700
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat : 11:00 pg – 12:00 mlm
Sabtu: 4:00 ptg  – 01:00 pg
Ahad & Cuti Umum: 4:00 ptg – 12:00 mlm


Sampai disini saja entry kali nie . Till then .
  
Love ,
NIA

13 comments:

  1. Terasa nikmat kan tolong gelandangan.. bila lah saya dapat peluang macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ... Atleast , kita tolong orang yang susah rasa diri kira bersyukur sgt =)

      Delete
    2. Insyaallah akan ada peluang ... Boleh je masuk website pertiwi join as volunteer =)

      Delete
  2. tahniah dear for your aktiviti yang sangat bermanfaat...bagus sangat aktiviti ni..cuma irda ni jarang berpeluang buat semua ni..cheesenan tu nampak menyelerakan sangat tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear ... Betul tue , kadang-kadang kita kena jugak join aktiviti mcm nie sebab bagi kesedaran pada kita kan . Nadia thanks pada company ada buka peluang utk staff join aktiviti bantu orang yang nemerlukan .... Irda , serious sedapppp~ Cheese naan tue ... Nanti try lah dear =)

      Delete
  3. Betul tu yank. Daripada negatif ke positif. Masa chika first time pergi tahun lepas, agak takut nanye. Sebab ingatkan kita yang pergi cari gelandangan. Tapi bila dan pergi, dan tengok aktiviti ni teratur je, bolehlah pergi lagi menolong orang. Sumbangan kecil kita insyallah boleh menggembirakan mereka. Boleh jadi aktiviti team kita setiap tahun lah.

    Tetiba teringat budak comel baju pink yang chika ambikkan makanan hari tu. Huhu. Comel sangat dia.. Paling rasa tak sanggup bila tengok budak-budak nanye 😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue ... Mesti sama kan semua org punya persepsi sebelum join, bila dah join baru tahu teratur semuanya.... Agree dgn chika, plg sedih tgk budak-budak , kanak - kanak .

      Jadi aktiviti team kita tiap tahun pun boleh... Saving cost tapi nilai tolong org yang memerlukan tue yg paling berharga =)

      Delete
  4. I pernah join tahun lepas, mula-mula memang rasa cuak. Tapi bila sampai sana tengok mereka cukup displin masa ambil makanan. Rasa lega puas hati bila dapat buat sesuatu yang bermakna kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn~ samalah ... Luckily semua dah teratur ... Betul agree !!! Buat sesuatu mcm nie rasa relieve sgt =)

      Delete
  5. Bestnya NIA berpeluang joined activiti begini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Alhamdulillah company ada offer aktiviti mcm nie ... Tapi if farrah nak join boleh je masuk websitr Pertiwi =D

      Delete
  6. bagus nye nadia join benda gini :) alhamdulillah dapat peluang ni sebab dapat rase syukur tu dari dalam hati, kan? mek pon teringin nk peluang cam gini. insyaAllah suatu hr nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue ... Insyaallah satu hari Mek boleh join jugak =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .