Posisi Tempat Tidur Hari Raya



Salam semua ,

Aku buka Facebook hari nie ( which is aku memang jenis jarang facebook-ing ) , ternampak satu gambar seperti di bawah . 

Gambar nie , buat aku teringat masa zaman kecil . Zaman time sekolah rendah macam tue . Best je rasa bila balik rumah atuk nenek untuk Hari Raya , jumpa sepupu dan saudara semua dan tido berjemaah . Masa tue , posisi tempat tidur kami bermula dari depan pintu ruang tamu sehingga lah pintu masuk dapur . Hihihi . Nostalgia rasanya bila mengingatkan waktu itu . 

Walaupun , rumah atuk nenek aku bukan lah rumah kampung ( yang bila raya seronok kot jika kampung adalah rumah kampung betul yang ada laman sebab dapat rasa gaul dodol , pasang pelita , main bunga api mercun , lari - lari keliling laman ) , tapi perasaan jumpa sepupu dan tido berjemaah tue membuatkan Hari Raya kami bermakna . Yelah masa raya je boleh macam tue.Hihihi 

 
Sebabkan rumah atuk nenek rumah teres yang tak ada laman besar . Makin kami meningkat dewasa , dah tak tido berjemaah dah , sebabnya : 
1) Macam mana nak muat sumbat tido ramai-ramai dalam rumah satu rumah . 
2) Perempuan kena jaga aurat .
3) Ramai sepupu sedara dah kahwin termasuk lah aku .

Sekarang , setiap kali Hari Raya mesti keluarga kami masing-masing cari hotel / resort / hostel untuk tido . Jadi , feeling Hari Raya tue dah kurang sikit lah . Tapi kami masih rasa gembira bila dapat jumpa beramai-ramai . 

Korang semua macam mana ? Apa cerita posisi tempat tido korang masa Hari Raya ? Jom lah kongsi cerita . Lebih lagi siapa yang memang rumah atuk nenek adalah rumah kampung . Mesti feeling Raya tue lagi tinggi . Bestnyaaaaa , koranggggg . Hihihi .

Kongsi tau cerita korang . Hihihi .

Till then .

Love ,
   NIA








4 comments

  1. Kalau ahli keluarga besar, memang jenuh nak susun posisi tidur heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tapi dapat bygkan .. Time jenuh nak susun tue lah kecoh2... Tapi best hihihi

      Delete
  2. Part paling best mlm tu tido dgn spupu. Duk brcrita. Skali kne sound sbb dh mlm tk reti nk tido hah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek , tue betul .... Yelah , jrg dapat kumpul ramai2...mesti lah beria bercerita kan... Rindunya time macam tue =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .