Terima Kasih buat Sampul duit Raya 2016

Thursday, July 14, 2016

Salam semua ,

Puasa dah . Raya pun dah . Aku baru sempat nak review pasal entry Sampul Hari Raya 2016 >>>> click here to read more . 

Aku tak sangka , entry Sampul Hari Raya 2016 hangat di view korang semua . Alhamdulillah . Suka aku . Pertama kali aku tengok ramai orang click , search dan singgah di blog aku yang tak seberapa nie. 

Pertama kali jugak aku terima komen banyak jika nak dibandingkan dari entry aku yang lain sebelum nie . Hihi.

Di kesempatan nie , aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada korang.

Lepas nie jangan lah tak singgah pulak. Selalu lah singgah dan view blog aku ye . =D

Siapa yang baca entry Sampul Hari Raya 2016 aku tue , mesti tahu aku ada buat satu game " sistem barter sampul duit raya " . Hahaha .

 

Aku pun tak tahu mana datang idea sistem barter sampul duit raya nie . Tiba-tiba je idea datang menterjah kepala ku . Hahaha.

Dari "sistem barter sampul duit raya" tue jugak lah . Aku terima email , komen , whatsapp yang request nak kan sampul duit raya Standard Chartered nie . 

Tapi , jika korang baca betul - betul aku ada bagitahu di situ - " limited untuk tiga orang yang pertama yang komen " . 

Jadi , tiga orang yang berjaya komen di entry aku laju-laju dan dapat sampul duit raya dari game sistem barter aku adalah :

Ayunie Ramli 

Putri Syaaban

Nurhanim



 

Terima kasih kepada korang bertiga sebab berminat nak join sistem barter aku nie . 

Kepada yang lain yang juga berminat nak main game, komen , email dan whatsapp aku untuk dapatkan sampul duit raya SCB nie tapi tak berjaya . Aku minta maaf banyak sebab tak dapat bertukar sampul raya nie banyak-banyak atau bagi percuma.

Jika aku ada lebih banyak , aku boleh je bagi kepada yang berminat . 

Sebab kan , aku pun dapat in limited pieces je . Ahli keluarga pun ada yang berminat dan aku dah pun bahagi-bahagi kepada dorang . Tue yang jadinya , ada tinggal sikit je untuk diri sendiri . Hihihi .

Maaf sangat-sangat ye . Insyaallah . Jika ada rezeki , aku buat lagi game sistem barter nie atau aku buat je giveaway raya tahun depan . Macam menarik jugak kan . =)

Dari game sistem barter sampul duit raya itu , aku dapat bertukar dengan tiga sampul duit raya yang berbeza design dan cantik. Ketiga-tiga sampul itu ada keunikan yang tersendiri dalam membawa mesej "Selamat Hari Raya." 

Jom tengok sampul duit raya yang aku terima dari mereka.

Dari Ayunie Ramli , siap ada kad raya lagi . Terima Kasih , Mek =)
 

 

 

Bawah nie dari Putri Syaaban . Terima kasih , awak . 
 

Sampul duit raya dari Nurhanim aku masih tak terima , mungkin sebab pos laju tersalah send alamat ke macam mana ... Aku pun tak call pos laju lagi untuk tanya tentang sampul duit raya tue . Tapi , alhamdulillah Hanim telah pun terima sampul duit raya SCB dari aku . Siap ada e-card Hari Raya lagi.  Terima kasih awak . =)
 

 

Seronok jugak buat game sebegini . Dapat kita berkenal-kenalan . Rapatkan silaturrahim . Dapat kawan baru . =) 

Sekali lagi, terima kasih semua . 

Akhir kata , 
Selamat Hari Raya . Jika ada salah ampun maaf dipinta dari saya - Nadia

Syawal kan sebulan . Hihihi .

Till then.

Love,
NIA


6 comments:

  1. Terharunyaa. Mek jugak yg tak nyempat lg nk update blog. Huhu. Takpe. Coming soonn. Thanks nadia untuk semua ni. Slmt hr raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Mek ... Hihihi nnt update lah dear... Nak jugak baca story raya Mek =)

      Delete
  2. idea yang menarik, mungkin pasal tu orang tertarik
    kalau cam akak ni, recycle aje...haha
    memang tak penah beli sampul duit raya tu
    nak dapat pun payah, daku recycle aje jawabnya...haha
    tapi pilih hak elok aje...pastu kita gunalah! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ... Mungkin kan kak ... Recycle pun ok apa, asalkan masih elok sampul tue untuk dipakai ... If bagi pada budak-budak, kdg dorang buang je kan kak =) , hihi

      Delete
  3. Replies
    1. Kikiki.... Kan~ creative pun ye jugak =) hiks~

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .