Juadah hari terakhir Ramadhan 2016

Salam ~ 

Alhamdullilah , Allah beri kita peluang mengakhiri Ramadhan tahun ini . 

Esok Syawal menjelma . Suara takbir pun sudah kedengaran .

Apa juadah hari terakhir Ramadhan korang ? Mesti ada yang masih berada di KL dan mesti ada yang sudah berada di kampung . Yang sudah berada di kampung mesti merasai kemeriahan berbuka bersama keluarga . Bestnyaaaaa.

Aku masih di Shah Alam . Belum lagi balik rumah atuk di Melaka .

Juadah hari terakhir Ramadhan tahun nie , Mama ku request nak berbuka dengan menu yang simple saja . Ye lah . Esok nak balik kampung dah , nak kosongkan peti sejuk . Hihihi .

Juadah kami hari nie adalah Pecal . Pernah dengan Pecal tak ? Pecal nie lebih kurang macam Pasembor atau Rojak . Tapi ingredients Pecal lebih banyak kepada sayur-sayuran . 

Jom lihat apa ingredients yang diperlukan untuk masak Pecal .

Kuah Kacang semestinya kena ada.
 

Bawah nie gambar ingredients Pecal dan jugak Ayam Masak Ros ( menu Raya esok ). 

Jika dilihat dalam gambar , ingredients pecal adalah :
Tempe goreng
Telur rebus
Kentang rebus 
Tauhu goreng 
Timun ( tiada dalam gambar )
Kangkung rebus  ( tiada dalam gambar ) 
 

Cara makan nya macam rojak jugak . Masuk kan semua ingredients dalam mangkuk dan kuah kacang . Setelah itu gaul rata. 

Simple tak juadah berbuka kami ? Makan nie pun dah kenyang . Minuman berbuka kami pula adalah air mangga yang di blend mengunakan slow juicer . So healthy rasanya menu hari nie . 

Apa - apa pun , Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi Allah hari nie . 

Sampai ketemu lagi kita dalam entry Raya pulak ye . 

Love ,
     NIA

No comments

Thank you for reading and comments . (^_^) .