Mr.Dakgalbi

Salam dan Hello...

Again~aku nak share pasal Korean food.... Hihihi

Last time , masa hari raya ke - 5 . Balik dari rumah nenek suami aku , aku ajak suami ku teman aku makan di satu restoran Korea di Citta Mall . Nama restoran tue adalah - Mr.Dakgalbi .

Korang pernah dengar tak pasal restoran nie? 

Restoran nie aku dah dengar pasal kewujudan nya dah lama . Tapi tak kesampaian nak cuba. Pernah aku ajak gengmakan aku sekali untuk cuba makan di restoran nie tapi kitaorang tak kesampaian nak gie makan sesama . Jadi, aku ajak lah suami aku. Sebab , dah raya ke-5 dah bosan dah dengan rendang ketupat bagai. Hihihi

Restoran nie dah ada 12 branch di Malaysia. Banyak kan? Maksudnya , dah lama dah restoran nie bertapak di  Malaysia.

Ok , jom tengok rupa restoran nie di Citta Mall. Masa aku pergi tak ramai orang pun. =)

Deco di luar restoran
 

 

Deco di dalam restoran

 

Bawah nie adalah gambar menu makanan di restoran nie . Mostly , based makanan nya ada dakgalbi. Dakgalbi dalam bahasa Korea adalah ayam.

Menu Baru - tapi tak mampu nak cuba..sebab perut sudah kenyang
Senarai branch restoran Mr.Dakgalbi di Malaysia

 

Masa aku datang ke restoran nie , aku order fried rice set for two person . Sebabnya , fried rice set tue membuat kan aku teringat masa makan Yoogane ( nasi goreng korea ) di Myeongdong Korea . Jadi , nak cuba lah sama tak rasanya di Malaysia dan di Korea . 

Cuma , di Korea order seafood lah kan . Di Malaysia , boleh lah order ayam .
 

 

 

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak fried rice tue adalah :
- ayam yang dah marinated dengan sos Korea 
- nasi 
- seaweed
- cheese
- ramen
 

cheese , seaweed , nasi , ramen dan sos korea ke Gochujang kot ,,, hihi , ntaj tak tanya pun sebenarnya
Sekarang , masa untuk memasak . Style cara memasak nya sama je dengan style masak di Korea iaitu ada orang yang datang masak kan untuk kita . 

Mula-mula , masukkan ayam yang dah marinated . Sampai lah ayam tue dah masak . 
Tak payah takot terpercik ke apa , ha ambik kau penghadang besar tue ...kikiki
Lepas ayam dah masak , masuk kan nasi dan gaul sehingga sebati . 
 

Bila dah sebati nasi dan ayam marinated tadi . Dia masuk kan cheese . Dan gaul sebati .
 

Lepas tue , dia masuk kan ramen . 
 

Dalam beberapa minit , tadaaa~ siap dah nasi goreng korea 
 

Seperti biasa , Korean food mesti datang dengan side dish . Side dish yang restoran nie bagi adalah kimchi , sup dan sayur kobis mayonis . Side dish nie bila habis korang boleh mintak tambah tanpa kena bayar additional price . Part nie sama macam di Korea . =) 

 

Lepas dah siap semua . Tunggu apa lagi, time untuk makan . Bagi aku , rasa Yoogane nie lain sikit lah dari Yoogane yang aku makan masa di Korea . Obviously , Korea punya lagi sedap lah kan . Tak tahu lah apa yang kurang . Mungkin hmmm~ cuaca ? Hahaha ... =p

Nasib baik ada rasa pedas sikit . Pada pendapat suami aku , dia kata dia tak suka sangat . Dia lagi suka makanan di Street Cafe SS15 . 

So, sebabkan mahal . Jadi , aku gigih habiskan sorang. Padahal , aku nie jenis makan nasi satu hari sekali dan nasi aku mesti suku atau separuh . Rasa nak nangis jugak lah sebab kena habiskan sorang. =,( 

Suami aku jenis if dia tak suka makanan tue memang dia tak kan makan . Tak kira lah mahal ke murah . Hmmm~ 

Oh, sebelum aku lupa . Kedai nie yang aku nampak Pork Free je . Mungkin sebab kedainya ada serve beer kot . 

Bagi aku , mungkin sekali nie je lah kot aku masuk . Sebab suami tak suka kan . Tapi tak tahu lah jika gengmakan aku ajak pergi makan sesama di restoran nie . Maybe pergi lah. Sebab gengmakan aku nie pantang dengar restoran atau cafe Korea . Laju je kitaorang nak cuba . Kikiki ...

Ok lah . Siapa nak cuba makan di restoran Mr.Dakgalbi boleh lah ke alamat bawah nie untuk branch Citta Mall:

Citta Mall, Lot No. G29 & G-A29, Ground Floor, No. 1,, 48, Jalan PJU 1a/3e, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Branch lain korang masuk lah ke website official Mr.Dakgalbi ye . 
https://www.facebook.com/MrDakgalbi-Citta-Mall-870568646331637/

Selamat mencuba . Till then .

Love ,
 NIA

12 comments

  1. tak pernah try ni. mane2 korean food tak pernah try. yg ramen pedas tu pon kalah. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek , nanti cubalah try sekali makanan korea . Dkt Kota Bharu rasanya ada satu nama restoran korea ... tapi tak ingat nama kedai , nanti nadia tnyakan...sebab kawan pernah ke KB dan cuba mkn di restoran tue =)

      Delete
  2. first time dgr restoran ini..nampak menarik makanannya..nk cuba nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik kak... nanti try lah akak...bleh bagi comments pulak nanti sedap ke tak ? kena tak dengan selera lidah akak ...hihihi =)

      Delete
  3. Wohooo tk pernah cuba lagi yang ni.

    ReplyDelete
  4. Haha. Memang betul pun gengmakan pantang dengar restoran korea. Kiki. Nanti jom pergi sini. Nak rasa sekali jadilah..confirm chika kena g dengan korang je, sebab aliff dah totally NO to Korean food. Okay minggu ni jom.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jommmm!!!! Nk try yg tobokki tue jugak ...

      Delete
  5. Reen tak pandai makan makanan Korea.. >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... Reen kena try sekali , mungkin lepas try reen suka =) hihi

      Delete
  6. Replies
    1. Kan SS , memang mcm yoogane ... Rindu korea , jom g korea lagi =) kiki

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .