Uncontrollably Fond

Saturday, August 6, 2016

Hiiiiii, semua....

Siapa peminat korean drama yang terlalu addicted dengan nya sampai boleh tengok 3 - 4 drama sekaligus dalam satu masa ? Angkat tangan. Hihihi... If korang peminat korean drama sampai macam tue sekali , high 5 !!!! Sama lah dengan aku. Hihihi .... Aku punya addicted sampai geng makan aku siap cakap boleh dah belajar buat research tentang Korean Drama . =p

Aku suka drama Korea sebab jalan cerita nya selalu berbeza antara satu drama dan drama lain. Senang kata , jalan cerita tak sama dan tak cliche. 
Agree tak dengan aku? 

Dalam entry nie aku nak story sikit tentang drama 
" Uncontrollably Fond "

 

Sebenarnya sebelum masuk tahun baru aku akan search Korean drama yang bakal keluar untuk tahun depan . Setiap drama aku akan search pulak siapa pelakon nya . Gila tak? Ke normal? Hahaha...

 So , drama nie dah ada dalam list aku jugak lah. 

Lagi-lagi sebab pelakon nya best !!!! 
Woo Bin ( watak Shin Joon Young ) dan 
Suzy ( watak Noh Eul ) . 

Woo Bin tak payah disangkal lagi dia memang handsome . Lagi-lagi dalam drama nie perghhhh~ badan dia makin mantap . Eh , apa citer badan Woo Bin lak kan ? =p 

 Suzy , aku suka setiap lakonan dia dalam setiap drama yang dia lakonkan . Dannnnn~ haih... Dia sememangnya cantik dan makin kurus nengoknya!!! 

Sypnosis
Drama nie mengenai Joon Young dan Noh Eul memang kenal sejak zaman sekolah dan lost contact . Dan ada cerita masa zaman sekolah mereka . Korang tengok lah nanti ye . 

Bila masing-masing dah dewasa ,  Joon Young adalah seorang artist tersohor . Hallayu Star korean cakap . Dan Noh Eul adalah seorang producer yang akan buat dokumentari tentang kehidupan Joon Young si artist tersohor nie . Ha~ gitu. Sebabkan Noh Eul nak buat dokumentari lah mereka bertemu kembali. 
Dan bermula lah segala cerita yang tersembunyi.

Konflik
Cerita nie banyak konflik nya . Dan banyak jugak throwback ke zaman dulu . Setiap scene yang ada  konflik akan terjawab dari setiap throwback . Jadi, kena lah tengok setiap scene tak boleh fast forward . Nanti bila fast forward takot tak faham cerita sebenarnya. 

Bapa Joon Young ( Choi Hyun Joon) adalah seorang pendakwa raya yang menutup kesalahan seorang perempuan yang langgar bapa Noh Eul sampai bapa nya mati ketika dalam koma. 

Manakala, ada seorang lelaki nama nya Choi Ji Tae rapat dengan Noh Eul dan adik Noh Eul , Noh Jik . 

Rupanya , ada rahsia kenapa Choi Ji Tae rapat dan tolong Noh Eul . Pada masa yang sama Choi Ji Tae juga menyukai Noh Eul. 

 

Siapa perempuan yang langgar bapa Noh Eul sampai bapa Joon Young menutup kesalahan nya?

Siapa sebenarnya Choi Ji Tae ? 

Kenapa Mak Joon Young tak suka Joon Young jadi artis ? 

Apa rahsia yang disembunyikan oleh Mak Choi Ji Tae?

Banyak lagi konflik drama nie. Nak tahu ? Korang kena lah tengok ye . Nanti aku cerita details , jadi tak best lah... dan nanti panjang sangat pulak entry aku . Hihihi...

 

Review 
Pada pendapat aku , drama nie menarik konsep nya . Sebab producer menggunakan konsep throwback untuk memberitahu cerita rahsia mereka . Dari situ , drama ini tarik perhatian penonton untuk terus sambung tengok hingga ke akhir .

Walaupun , ada beberapa scene yang cliche sikit je lah . Tapi boleh diterima lagi . Sebab aku jenis tak suka cerita yang cliche . Aku lebih suka cerita yang complicated. Jalan cerita yang kita tak dapat predict sambungan nya. Baru rasa tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi.

 

Sekarang drama nie dah sampai episod 10 . Episod 10 banyak scene sedih antara Joon Young , Mak Joon Young ( Young Ok ) dan Noh Eul . Korang tengok lah nanti ye.

Preview untuk episod 11 : sepertinya Joon Young berjumpa dengan bapa nya untuk selamatkan Noh Eul keluar dari penjara . 

Macam mana Noh Eul boleh masuk penjara ?

Dan, nampak gayanya Noh Eul bakal tahu bapa Joon Young siapa . 

Aku agak je , sebab preview tak ada subtitle . Hahaha...Jadi sama-sama lah kita tunggu episode minggu depan ye.


Preview episod 11 

Antara OST drama nie yang aku suka : 

Only You - by Junggigo



Dan 

Say Goodbye - by Kim Na Young 




Ok lah. Kepada siapa yang belum mula tengok lagi boleh start tengok . 

Selalunya aku tengok drama korea dari link di bawah nie :


Sampai sini saja entry aku kali nie . 

Next time , aku review pulak tentang 4 korean drama lain ( Doctors , Wanted , W-The two world , Let's fight Ghost ) yang aku tengah tengok sekarang. Kikiki . Banyak kan? 

Till then . Selamat menonton, semua. 

Love, 
  NIA

6 comments:

  1. wahhh mcm best je citer ni..tp syg irda jarang dpt masa lyn drama..selalu lyn wayang je hujung minggu..huuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi .... Best jugak lah dear drama nie .. Nadia pulak lamaaaaa tak tgk wayang =(

      Delete
  2. me!me! iam korean drama addicted!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay!!!!high 5 !!!! Best kan drama korea JM

      Delete
  3. bru start tgk W the 2 world. tu pun kat 394. hahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.... Sama lah, Nadia pun baru start tgk W .=)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .