Standard Chartered KL Marathon 2016 - After race story

Happy Sunday , everyone ...

Ingat tak aku ada share story pasal Standard Chartered KL Marathon . ( to read more click here and here ) .

It's happening today !!!! Pagi tadi lah marathon nya . Nie aku nak share cerita after race. Hihihi ... 

Siapa baca previous entry aku pasal SCKLM mesti tahu yang aku dan gengmakan aku join SCKLM 2016. Happy sangat sebab Hanis , Siqah dan Tasha join tahun nie . Tahun - tahun sebelum selalu aku dan Syira je . That's why makes me more excited . 

Cuma , berbeza kategori sahaja . Aku , Syira , Suami aku dan Adik aku lari 10km Speed . Manakala Hanis , Tasha dan Siqah lari 10km Leisure . 

Untuk Speed , bermula lari pada pukul 6:45 pagi . Info beritahu LRT akan beroperasi secara percuma dari pukul 2 pagi - 6 pagi . Tapi , hanya stesen LRT terpilih sahaja lah . Sila lihat gambar di bawah .

 

Jadi , aku , suami aku dan adik aku sempat lah naik LRT percuma di Taman Jaya . Kitaorang solat di LRT dalam pukul 6 . Masa nak naik tren masyaallah . Ramai oranggggg. Jadi , kami berjaya naik tren pada pukul 6:10 pagi macam tue . 

Aku cakap pada gengmakan aku jumpa di dataran merdeka terus . Sebab adik aku tak nak lambat untuk flag off . Tapiiii, adoi LRT yang kitaorang naik , menguji kesabaran . Agak slow . Haih~ 

Kitaorang sampai di stesen Masjid Jamek dan berjalan hingga ke Dataran Merdeka dan nak ke kaunter letak beg yang terletak di bawah bangunan DBKL . Masa itu adalah dalam pukul 6:40 pagi. 

Apa lagi , kitaorang kelam kabut lah ke starting line yang terletak di SOGO untuk kategori 10 km. 

Aku dan gengmakan aku , walaupun kitaorang lari 10km tapi kitaorang lari jugak untuk run for a cause - supporting living with HiV campaign. 

Attire kitaorang adalah , skirt tutu !!!! Hahahaha... Siapa yang berlari memakai tutu kena register untuk dapatkan volunteer leave ( ini hanya untuk staff SCB sahaja ) . 
 

Memang orang ramai sangat. Total runners for all kategori adalah 37000 runners . Tapi tahulah untuk kategori 10km saja berapa runners . Ramaikan?? 

Confirm lah tak jumpa orang yang incharge untuk handle registration for tutu . 

Aku tak fikir apa , aku dan adik terus ke starting line dimana , pelari 10km cruise dah penuh di situ. Kitaorang kena redah sambil berkata 
" excuse me " . Nasib dorang semua baik sebab nampak bib kitaorang memang untuk speed dan kitaorang terus lari selepas melepasi starting line . Phewww~ di tengah jalan aku baru pakai skirt aku . Kitaorang mula larian pada pukul 6:54 pagi . 

Larian kategori speed , aku kena habiskan dalam masa 1jam 15 minit untuk entitled medal . 

Sepanjang larian , tak fikir apa . Memang fikir nak habiskan larian dalam masa yang ditetapkan . Selepas lari 2km memang mengah adoi....tak larat !!! Apa lagi , aku slow jog dan berhenti pastinya ada . Yelah, last larian bulan 4 hari tue . Then tak ada training lansung terus lari . Padanlah muka pancit . 

Tapi, yang best , dapat lari keliling KL pagi - pagi buta 

 

Aku berjaya jugak habiskan larian aku dalam masa 1 jam 33 minit . Masa 1 km dari finishing line rasa memang tak larat dah untuk lari . Tapi , 50 meter aku mula berlari sebab tak nak nampak macam aku yang last . Just the way of thinking je . Hahaha... 

Luckily , rupanya medal untuk 10km banyak. Walaupun melepasi masa yang ditetapkan masih entitled for medal .

Masa larian nie boleh track down dari SCKLM Apps - details aku akan cerita di bawah 
 

2nd marathon for this year
 

Macam mana cara nak track down time larian tue?  

Ingatkan dalam previous entry aku pasal SCKLM . Larian tahun nie SCkLM ada apps tersendiri . 

Jadi cara nak track down adalah :

Buka apps dan tekan di Live Tracking button

 

Then akan nampak screen seperti di bawah dan tekan find a participant

 

Selepas itu , screen di bawah akan kelihatan . Dan masuk kan no Bib korang atau runners yang korang nak cari di atas ruangan search . Nama runners akan keluar . 


 
Klik pada nama runners dan info dibawah akan keluar
 


Klik lagi pada nama yang korang nak tengok tue . Tadaaa~ dapat lah info details time larian nya. 

Di situ , boleh nampak total time larian , average phase , time start , time finish , etc . Baguskan apps nie . 

Kalau tak , tahun sebelum nie kena tunggu info di website SCB . Tapi, di apps nie ada tulis di bawah 
" all data is unofficial " .  Data official still kena tunggu di web SCB nanti . 

 

Lepas lari , memandangkan lagi tiga geng makan aku tak habis lagi . Maka , aku , syira , adik aku , husband aku dan kawan aku lagi sorang nama Dee . Bergambar lah dulu . Jom layan gambar-gambar kitaorang di sekitar SCLKM 2016.

Adik aku kata nak ambil gambar di starting/finishing line . Tapi , masa nie memang tak leh ke situ sebab larian tak habis lagi. Jadi kitaorang ambil di sini je la. Lawa sebab ada pancaran matahari di situ . =p
 

Aku dan tutu ku . Hihihi 
 

Kitaorang supporting #livingwithHIV campaign . Sebab tu kena pakai tutu.
 

Selfie is a must !!!
 

Satu bersama suami tersayang. Walaupun , ada sedikit marah sebab dia sibuk nak balik awal . Tapi , nak balik awal sebab kaki suami kali nie injured pulak . Kesian gak dekat dia. Tak dapat aku bergambar dengan gengmakan aku =(
 

Bersama dengan runners yang supporting #livingwithHIV campaign  - cuba cari aku? Hahaha
 

Last gambar yang ambil sebelum aku , suami dan adik balik. Sebab kesian pun ada dengan suami kaki injured walaupun aku memang nak tunggu bergambar dengan gengmakan. 
 

Selepas beberapa minit aku baru je gerak balik . Gengmakan aku beritahu yang dorang dah di finishing line . Memang tak dapat lah patah balik sebab dah sampai ke stesen Masjid Jamek . 

Sampai saja di rumah . Gengmakan share gambar dorang. Best kot!!! Dorang sempat bergambar di starting/finishing line. 
 


 

Gambar dorang yang ni comel !!! 
 

 

Tapi serious . Hmmm~ aku sedih sikit tengok gambar dorang sebab aku tak ada . Tapi , tak pe lah next year lah pulak. Tapi tak tahu lah ada ke tidak lagi tutu nya . Hihihi...

Pape pun congratz kepada Tasha , Siqah dan Hanis . Kali pertama dorang berlari dan they did it !!! Aku dan Syira happy kitaorang berlima register tahun nie . =)

Yang penting kitaorang dah mulakan untuk healthy lifestyle . Jom kita sama-sama jugak mulakan nya beramai-ramai . 

Itu sahaja cerita SCKLM 2016 - after race story . 

Kita jumpa lagi tahun depan ye SCKLM , Insyaallah . Korang pun nanti join lah tahun depan. =)

Bib dan medal aku
 

Till then . 

Love,
NIA


P/s : gambar gengmakan aku adalah dari handphone Siqah . Tq Siqah . 

14 comments

  1. seronokknyaaa tgk nadiah and siqah msuk marathon ni. mek memang dari dlu lg tak pernah nak msuk larian hihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best!!!! Mek... Maybe Mek kena try sekali pun ok. Get the experience . =)

      Delete
  2. awesomeee :) SCKLM letak 1jam 15minit utk 10km? woahh, I need to improve mine, tak lepas. haha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dear ... 10km kategori speed .... If cruise and leisure time lain=)

      Delete
  3. Good morning Nia!
    Aina tak berkesempatan join sbb balik JB last week. hehehe.. Ramai jugak kawan office aina yg join. Next time insyaallah nak join. Asik kerja je kena jugak keluar kan peluh jahat ni.. =_= huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aina,
      Jommmm!!!! Next year join sesama nak? =) btul2... Kadang kena jugak beraktiviti mcm nie =)

      Delete
  4. SS dah tak ingat bila kali terakhir SS naik LRT... Lama giler kot... Aduhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh ... Hihi ... SS kena naik balik LrT SS ... Sebab sekarang kan LRT dah bnyk route baru . Jom explore more negara sendiri yok =D

      Delete
  5. Tetiba SS rasa nak pi joging... Ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Hahhaa ... Sebab supporting community livingwithhiv

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .