Bangles , Necklaces , Rings ... Where to put ?

Bangles , cincin dan gelang adalah antara barang -barang pelengkap gaya fashion selain dari handbag.

Perempuan kan , nampak benda cantik mesti nak beli . Kan ? Hihihi.... Macam NIA dan adik NIA , suka juga beli accesories - bangles , cincin dan gelang . 

Asal keluar je , nampak bangles and necklaces yang lawa dekat mana-mana kedai accessories , confirm akan beli . Lagi - lagi if ada sale di kedai Lovisa . Korang mesti pernah dengar kan nama kedai Lovisa ? :) 

Lovisa nie barang-barang accessories nya semua cantik tapi if tak sale dua tiga kali juga lah NIA fikir  sebelum nak beli nya . Hihihi...

Zip it , tak nak celoteh pasal kedai tue , hihihi . Meh NIA share macam mana kitaorang organize accessories nie semua. :) 

Sebelum nie , accesories nie semua NIA dan adik akan letak dalam satu small box beli dari ikea . 


Box nie ada macam - macam color . Cara kami letak barang-barang tue untuk senang cari and pakai adalah dengan cara beli kotak yang berbeza warna . So, setiap satu jenis accesories akan diletak dalam satu kotak warna yang berbeza. Contoh color pink untuk bangles je . Color purple untuk necklaces je , etc .

Macam gambar di bawah nie la contoh kami letak accessories tue semua . 


Bila dah letak ikut color kotak , ingatkan kitaorang akan pakai la selalu kan ? Tapi rupanya , bila dah letak macam tue , lagi susah nak kami pakai selalu. Sebab dah letak dalam kotak warna berbeza kami letak lagi dalam almari bertutup. So, mana nak nampak kan? :p .

Nak jadikan cerita , sabtu lepas NIA dan adik bersama mama pergi lah ke Aeon Mall Shah Alam . Korang dah pernah singgah tak ? If belum , gie la singgah . Boleh tahan besar jugak lah . :) 

Masuk lah satu kedai nie nama " Index Living Mall " . Kedai nie first time NIA masuk dan dengar . Rupanya kedai ini ala - ala konsep macam Ikea . Menarik jugak.

*gambar bawah index living mall source dari google * 

Jalan punya jalan dalam Index Mall tue , mama ku ternampak satu almari size sedang-sedang je tingginya,  ada cermin di pintu almari tue . Almari tue memang almari untuk letak all the accessories.

*nie lah almari tue - ignore saya di dalam itu :p *

Tinggi kan ? And siap ada kunci khas disediakan supaya boleh la korang kunci if tak nak orang curi ke or orang reti pinjam tapi tak reti pulang . :p

Tapi NIA dan adik share accessories tue semua , jadi kami tak kunci lah .

Yang menariknya , almari nie ada compartment yang banyak untuk letak necklaces , bangles and cincin . 

Dekat belakang pintu almari nie pun ada compartment korang boleh letak rantai. 

Meh tengok gambar - gambar dibawah selepas accesories itu semua telah disusun rapi . 


 Gambar bawah nie adalah di bahagian atas almari

Gambar bawah nie adalah compartment untuk cincin dan bangles - di bahagian bawah almari.

Zoom in sikit :)


Gambar bawah ini pulak compartment di belakang pintu almari nie . Nie bahagian atas . 

Yang nie sebelah bawah .

Haaa~ Amacam , barulah tersusun dan senang nak cari bila nak pakai kan? :) 

Almari ini harganya , RM 390++ . Tapi masa hari tue Aeon Mall Shah Alam baru buka dia ada sale. Tapi sale tue last for 3 days only . 

NIA and mama pun beli dah lepas sale jadi mahal lah sikit tapi worth it lah jugak . Atleast , tersusun semua . 

Ok itu je entry untuk hari ini. If korang berminat boleh la ke index shopping mall tue . Rasanya banyak lagi stock almari nie . :)

Have a nice day and terima kasih sudi membaca , dear my readers . :)

Love ,
     N.I.A

4 comments

  1. assalam Nia..terima kasih sudi singgah blog sis JM...ni kunjungan balas..follower ke 11

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam , sis JM .. Tq jugak sudi singgah blog NIA . Salam Perkenalan . =)

      Delete
  2. aha..kalau byk aksesori sesuai sgt aa almari mcm ni...kemas dan tak berhabuk

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .