Ocean Hauz

Siapa pernah dengar pasal kedai nie ? Angkat tangan . Hihihi... Cuba teka kedai nie konsep nya apa ? 

Dah lama dah kedai nie buka , tapi saya baru nak mencuba . 

Tengok nama kedai pun dah tahu kan? Apa lah Nadia nie tue pun nak tanya lagi. :p . Nama Ocean mestilah semua nya related dengan makanan laut . Ocean Hauz nie konsepnya macam kedai Shell Out yang terletak di Kota Damansara . ( tak pernah try pun lagi Shell Out tue :p ) 

Ceritanya , hari sabtu hari tue ( 12/3/2016 ) adalah hari jadi sister-in-law saya . Adik laki ku , ajak kami semua beramai-ramai dinner sama-sama malam tue . Kami semua malas nak pergi makan keluar dari Shah Alam . Jadinya , Ocean Hauz menjadi pilihan lah . =) 

Ocean Hauz nie ada ada tiga branch dah . Satu di Ulu Kelang,  satu di Bandar Baru Bangi . Dan lagi satu baru buka di Vista Alam Shah Alam ( yang saya pergi dinner nie lah ) . Hihihi....

Senang saja nak cari Vista Alam Shah Alam nie . Ia betul - betul berhadapan dengan DEMC hospital . 


Even dari dalam kedai Ocean Hauz pun dapat nampak view DEMC . Bila korang dah jumpa DEMC , maksudnya korang dapat lah jugak jumpa Ocean Hauz nie . 

Ocean Hauz Shah Alam betul-betul terletak di dalam bangunan yang sama dengan SOHO dan Service Apartment Vista Alam . 


Sama seperti Shell Out , cara makan di Ocean Hauz adalah " no plate " konsep . Plate will be provided based on request . If korang mintak pinggan diaorang bagi lah . 

Kalau tak memang dia letak paper putih , letak semua makanan laut yang korang dah order . 


Gambar atas adalah gambar kaunter untuk order makanan . Semua spesies lautan dah siap-siap bungkus dalam plastik . Kira korang nak amik , dia kira satu plastik dan timbang . 

Sorry , saya tak snap pulak gambar masa memilih spesies lautan tue semua. Lapar sangat . Hahaha.

Spesies laut yang di pilih :
- King Crab leg 
- Lala 
- Sotong
- Udang 
- Ikan Salmon
- Add nasi 
- Add Sayur broccoli dan cauliflower
- Termasuk lah air jus satu jug

Dah pilih spesies lautan yang korang nak makan then korang boleh pilih jenis masakan.  Antara masakan di pilih adalah butter lemon dan sambal . 

Gambar bawah adalah antara menu yang kami order :

Nampak tak ? Mana ada pinggan kan ? Hihihi. 

Masakan Lala nie sedap . :) 


Gambar bawah nie adalah king crab leg . Leg saja je pun dah mahal sangat . *menangis * . Saya memang tak reti makan ketam yang keras kulitnya . Memang kena pakai tukul segala lah , tukul rasa namanya . Hahaha.


Nak makan di sini , tak maknanya nak pakai sudu garpu . Semua nya mengunakan tangan . Dan apron pun di beri untuk avoid baju korang kotor . 

Dah kenyang kami semua makan , benda lawak adalah : si birthday girl rupanya alergic seafood . Hahaha. Memang masa nak pergi Ocean Hauz kami semua terlupa la sangat-sangat . Patutlah malam tue dia makan sikit saja . Tapi nasib order pun tak banyak sebab dah malam kan , malam kena makan sikit saja . dan nasib dia boleh makan ikan . Hahaha. :p . Sorry Aina . 

Nie lah birthday girl a.k.a my sister in law.  =)


Gambar acah-acah je . Dia tak boleh makan pun . :p .

Semua total harga kitaorang makan adalah : RM 290++ 

Affordable ke rasanya? Hmmm ... Sebab kan saya tak pernah try shell out lagi so tak dapat nak compare . Hiks .

Tapi jika nak bandingkan dengan kedai seafood biasa tue , memang tak dapat lawan rasa masakan seafood di Penang . Pada pendapat saya dan taste saya lah. Taste orang kan lain-lain. Hihihi. 

Nak tahu lagi details , korang boleh visit instagram Ocean Hauz atau Facebook nya . 



Siapa yang belum cuba , silakan mencuba . 

Siapa yang dah cuba , bagi jugak lah experience or feedback masa korang makan di Ocean Hauz . 

If korang ada suggestion tempat makan seafood yang lain dan sedap ke kan . Sudi lah berkongsi . Sharing info tak salah kan . Hihihi. 

Thank you for reading . =)

Love,
   N.I.A

No comments

Thank you for reading and comments . (^_^) .