Saturday, September 3, 2016

MUST WATCH KOREAN DRAMA : LET'S FIGHT GHOST !!!

Hello semua ,

Kali nie aku nak review pasal satu Korean drama yang baru saja habis ditayangkan episod nya . 

Tajuk drama : 
Let's Fight Ghost !!! Atau Bring It On , Ghost !!!

 

Baca tajuk je mesti dah tahu drama nie mesti ada kena mengena dengan hantu . Drama nie Hanis yang suggest untuk tengok . Sekali aku pun cuba lah tengok episod 1 . Boleh tahan menarik jugak . 

Jadi , makin lama makin nak ikut jalan cerita nya . Mula-mula takut jugak nak tengok sebab ada jugak lah scene yang terkejut tiba-tiba hantu keluar . Tapi , lama-lama tak takut sangat . Sebab jalan cerita agak menarik.

Drama nie ditayangkan di channel TVN . Setiap hari Isnin dan Selasa pada pukul 11pm waktu Korea .

Genre drama nie adalah comedy , horror , romance , mystery dan action .

Sebenarnya , drama nie diadaptasi daripada webtoon yang bertajuk " Ssawooja Gwishina "

Bila disebut daripada webtoon jadi adalah jugak beberapa part yang tak logik jugak lah. Tapi layan gak lah. Hihihi . Sebab menarik. Jom baca sypnosis drama nie.

Sypnosis
Hyun Ji ( dilakonkan oleh Kim So Hyun ) adalah seorang pelajar berumur 19 tahun ditimpa kemalangan jalan raya . Dia telah dilanggar oleh sebuah kereta. Hyun Ji kemudian nya menjadi hantu yang merayap di muka bumi nie untuk beberapa tahun . 

 

Park Bong Pal ( dilakonkan oleh TaecYeon 2PM ) pula adalah seorang pelajar yang mempunyai sixth sense . Bong Pal boleh nampak hantu . Jadi , dia gunakan keistimewaan sixth sense nya untuk membantu orang yang menghadapi macam-macam kes berkenaan dengan hantu . Kira dia macam ala-ala ghostbuster lah. Dia melakukan kerja ghostbuster nie sebab dia nak kunpul duit . 

 

Satu hari , Bong Pal dan Hyun Ji bertemu secara tak sengaja . Bong Pal menerima panggilan untuk rescue seorang perempuan di satu sekolah yang ada hantu . Disitu lah , segala cerita antara mereka berdua bermula.

 

Setelah bertemu Bong Pal , Hyun Ji selalu mengacau dan muncul dimana Bong Pal berada . Lama kelamaan , meraka menjadi rapat . Dan join satu persatuaan ala-ala ghostbuster dinamakan "sundae soup" dibawah naugan senior Bong Pal iaitu In Rang dan Chun Sang .

 
Gambar senior Bong Pal

Drama nie menjadi menarik apabila makin lama , rahsia diantara Bong Pal dan Hyun Ji terbongkar . Dan rupanya , rahsia mereka berkaitan diantara satu sama lain.

Cerita mereka berdua dikaitkan dengan seorang Profesor di Universiti Bong Pal yang bernama Joo Hye Sung. 

Apakah rahsia Bong Pal dan Hyun Ji yang berkaitan dengan Profesor Joo Hye Sung? 

Siapakah Profesor Joo Hye Sung sebenarnya ?

Bagaimana dan sejak bila Bong Pal mendapat sixth sense yang membolehkan dia nampak hantu?

Siapakah yang melanggar Hyun Ji ? 

Siapakah sami yang selalu bersama Bong Pal dan tinggal bersama nya ? 

Nak tahu cerita selanjutnya . Kenalah tengok ye . 
Aku cerita panjang lebar kang tak menarik pulak . Hihihi.


Review 
Bagi aku , drama nie tak berat . Menarik nya drama nie sebab watak Hyun Ji sangat comel dan happy go lucky.

 
Scene nie sweet 

Permulaan drama aku tak rasa sesuai Hyun Ji dengan Bong Pal . Tapi lama-kelamaan rasa mereka berdua comel sangat dan serasi . Mungkin sebab karakter Hyun Ji yang comel. Hihihi .

Walaupun drama nie ada kaitan dengan hantu tapi ia tetap ada unsur-unsur komedi . 

Dari takut aku jadi gelak . 

Drama nie tak adalah tak logik sangat walaupun diadaptasi dari webtoon . Masih boleh diterima akal jugak lah. Hahaha.

Ending drama tak mengecewakan . Best jugak lah. Hihihi.

 

 

Itu saja review aku tentang drama nie .

Selamat menonton . (^_^)

Love,
NIA




16 comments:

  1. Bila baca ada perkataan hantu tu.. Ermmm.. Dari rate 0 - 10.. Brapa sis nak bagi dalam kategori seram..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe Reen ... Part kategori seram tue dalam 3/10 je ... =)

      Delete
    2. Fuh... Selamat. Reen xnk tgk kalau seram macam ju on..

      Delete
    3. Hahhaha ... Reen kalau seram mcm Ju On nadia pun takottt~

      Delete
    4. Hahahaha kan. Nanti terbayang-bayang. Cukup lah last tengok Paranormal.. Kejap2 terbayang ada hantu halimunan.. Tak suka ��

      Delete
  2. Msuk list dlu la 😊 Cute je heroin tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Mek !!!! Nnt tengok lah dear ... Kannnn~ hyun ji tue comel =D

      Delete
  3. dh lama x layan drama korea ni..x sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ...Nia nie mmg addicted dgn drama korea . Ada je cari time tgk jugak hihi =p

      Delete
    2. Jay Emm busy apa sampai tak sempat tu? keh keh keh

      Delete
    3. Jay Emm busy travel lagi la tue.. hihihi

      Delete
  4. Sebelum pi koya... rajin layan citer koya... pastu... malas! ha ha ha...

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .