Train to Busan

Sunday, September 18, 2016

 
Siapa dah tengok movie Train to Busan ? Movie yang hit box office tue . Agak best jugak movie nie walaupun asalnya aku agak takut lah tengok movie yang berkenaan dengan zombie . Sebabkan box office jadi tengok lah jugak. Hihihi .

SIPNOSIS MOVIE
Cerita nie mengenai satu virus yang melanda di Korea Selatan . Ada seorang fund manager dan duda, Seok Woo . Dia nie ada seorang anak , Su-An . Seok Woo, dia nie tersangat lah workaholic sampai birthday anak dia pun dia tak ingat. Dia bagi hadiah pada Su-An . Tapi anak dia nie macam tak suka dengan hadiah tue sebab dapat hadiah yang sama macam tahun lepas.

Sebagai permintaan dari anaknya sempena hari jadinya , Su-An meminta ayahnya bawa berjumpa ibunya di Busan dengan menaiki train KTX ( bullet train Korea ) . Mula-mula dia macam berat hati nak pergi tapi dia bawak lah jugak .

Bila dorang dah naik train tue . Tiba-tiba ada seorang perempuan yang kakinya digigit sempat naik train KTX sebelum ia bertolak. 

Dari situ , seorang demi seorang penumpang di dalam KTX digigit dan berjangkit terus menjadi zombie dalam sekelip mata . 

Masa train tue berhenti di Daejeon salah satu station KTX , antara penumpang yang terselamat turun lah dengan harapan tempat tue selamat. Tapi , station tue rupanya dah dipenuhi dengan askar zombie . Wei cuak gila masa nie . 

Dari station Daejeon tue , penumpang yang turun tadi semua kena gigit dan jadi zombie . 

Dari station Daejeon , siapa yang sempat lari sekuat hati sempat naik train . Antara yang terselamat adalah Su-An bersama dengan isteri Sang Hwa yang mengandung , seorang nenek dan seorang homeless man di gerabak lain . 

CEO yang selfish Yon Suk , seorang nenek yang kakaknya bersama dengan Su-An , seorang perempuan yang dari team baseball dan beberapa penumpang juga di gerabak lain.

Yang terakhir selamat , Seok Woo , seorang lelaki dari baseball team dan Sang Hwa suami kepada perempuan mengandung tue , sempat naik tapi di gerabak lain juga.

Bayangkan masa nie , Seok Woo di gerabak belakang . Anaknya Su-An jauh di gerabak depan . Gerabak tengah-tengah dipenuhi dengan zombie . Macam mana dia nak selamat kan anaknya ? 

Korang kena tengok lah ye . Kang story sampai ke akhir cerita tak best pulak. Kikiki .

REVIEW MOVIE
1) Movie nie serious mendebarkan start dari seorang demi seorang penumpang kena gigit.

2) Jalan cerita simple , tak meleret walaupun scene nya hanya di dalam train .

3) Bukan cerita tentang zombie dan train saja . Tapi , segala emosi ada dan ada moral of the story yang nak disampaikan . 

 
*perempuan dari team baseball *

 
*Su-An dan ayahnya*

4) Moral of story : Always help others 
Ada pasangan suami ( Sang Hwa ) dan isteri yang sedang mengandung . Walaupun baru kenal penumpang train tapi dorang sanggup tolong orang. Seorang homeless pun sama jugak . Dia pun sanggup tolong orang.

 
*pasangan suami isteri*

 
*homeless man*

5) Moral of story : Don't be selfish 
Character nie dituju kepada seorang CEO kaya. Mesti korang tengok character dia rasa macam nak tampar je dia . Selfish dia tahap melebihi gunung Everest lah. Lastly , padan muka mati kena gigit gak . Tue orang kata , baik dibalas baik . Jahat dibalas jahat . Nie pun boleh masuk dalam moral of the story.

 
*selfish CEO*

6) Moral of the story : Family is important 
Sibuk macam mana pun kita , keluarga kita adalah yang paling penting dari segala hal . Moral of the story yang nie jugak boleh dituju kepada part ayah dan anak , pasangan suami isteri dan jugak pasangan nenek adik beradik .

7) Walaupun mendebarkan sepanjang cerita nie . Ending dia sedih sangat . Ada yang sanggup sacrifice nyawa sendiri demi nak selamatkan orang lain . 

8) Aku bagi 4/5 bintang untuk movie nie , sebab ada pengajaran yang boleh kita ambil . Bukan hanya tentang zombie semata . Baru faham kenapa filem nie boleh box office . 

Ok lah . Kepada yang belum tengok , cepat-cepat lah gie tengok . Kepada yang dah tengok , korang bagi berapa bintang ? 

Love ,
NIA




10 comments:

  1. Replies
    1. Hihihi...saya pun dah tgk . Tgk online jugak je. Hiks~ tapi bukan link 123 yang reen bagi . Link lain . ... agak best kan movie nie ada pengajaran dia nak sampaikan

      Delete
  2. hari tu reen ade bg link tgk online. tak tengok lg --' tapi mcm best kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...Nadia pun ada baca entry reen share link train to busan . Mek kena tngok best dan pengajaran dia nak sampaikan . =D

      Delete
  3. ni review kann? haha takleh baca lagi sbb belum tengokkk :D

    will comment more later

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... aah review tapi tak bagi tahu plot cerita pun . Just a short sypnosis . ... nnt dah tgk jom share opinion tentang this movie

      Delete
  4. Ramai kata citer ni best... tapi x de masa lg nak layan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ... layan online je SS . Nak ke pawagam nadia pun tak sempat lagi

      Delete
  5. tak suka pakcik tua tu! benci tengok dia nasib baik mati T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!!! Masa tgk mmg rasa nak lempang je dia . Selfish sgt sgt sgt. Tue r nasib baik mati gak. Hihihi

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .