Thursday, January 25, 2018

TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST - PERCUTIAN PERCUMA UNTUK DIMENANGI

Flatlay yang di ambil tengah malam memang tak cantik  =( ... tapi redha je lah

Assalamualaikum. 

Cepat sungguh bulan Januari 2018 berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak hampir tamat bulan Januari 2018. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku ni tak sah kalau tak berjalan samada ke luar negara atau dalam negara. Suami aku mampu geleng kepala sahaja sebab aku suka sangat travel. Hihihi.

Siapa yang tak suka pergi travel kan? Tengok negara orang. Belajar budaya orang. Rasa makanan lokal dorang dan banyak lagi. Travelling mengajar kita untuk lebih bersyukur dengan kehidupan kita yang sedia ada. Sebab bila kita travel, kita berada di luar “comfort zone” kita. Dari situ lah kita banyak belajar dan jumpa pelbagai orang dan ragam.

Tapi, nak pergi travel nie bukan murah. Perlu plan dengan baik, lebih-lebih lagi part kewangan. Macam mana kita nak saving untuk travel. Tips travel secara budget dan sebagainya.

Walaupun kita nak pergi travel secara backpackers, planning itu sangatlah penting.

Jadi, ke manakah plan travel aku untuk tahun 2018 nie? Hihihi.

Sedang aku asyik tengah plan dengan suami nak ke mana tahun ini, ternampak satu contest yang dianjurkan oleh Traveloka. Best juga nie kalau pergi travel secara free.

Siapa yang tak tahu tentang Traveloka? Platform tersohor untuk kita mencari penerbangan dan hotel dengan harga yang berpatutan.

Selain Traveloka adalah platform untuk kita mencari penerbangan dan hotel dengan harga yang berpatutan . Traveloka juga ada memberi banyak info dan tips tentang travel seperti “ 10 heritage hotels in Malaysia “ , “ 6 reasons why Surabaya should be your next travel destination “ dan banyak lagi. Korang boleh lah layari website Traveloka atau download apps Traveloka untuk mengetahui lebih lanjut.




Jadi, seiring dengan Chinese New Year yang bakal tiba, Traveloka anjurkan satu CNY 2018 contest  >> klik disini yang dinamakan " TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST ".

Bila aku nampak saja contest ini, tentunya hadiah yang bakal dimenangi menarik perhatian aku untuk join. Nak tahu apa hadiah-hadiah yang bakal dimenangi jika kita join contest ini? Jom kita tengok.


HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI

My Korea Trip 2016

GRAND PRIZE : Tiket penerbangan dan hotel percutian ke Seoul selama 6 hari 5 malam untuk dua orang.




picture credit : cntraveller.com
1ST RUNNER UP: Tiket penerbangan dan hotel percutian ke Phuket selama 5 hari 4 malam untuk dua orang.




picture credit : naturallylangkawi.my
2ND RUNNER UP : Tiket penerbangan dan hotel percutian ke Langkawi selama 4 hari 3 malam untuk dua orang.


Tapi, bukan itu sahaja. Kalau korang share contest ini di Facebook. Korang juga bakal menangi voucher Traveloka bernilai RM1000.

Perghhh~~ memang best betul lah semua hadiah yang disediakan. Ayat “ percutian ke Korea”  itu saja dah buat aku tak sabar nak sertai contest ni. Aku ini dah lah memang suka ke Korea. Mana lah tahu rezeki menang dapat ke Korea lagi ditaja oleh Traveloka, siapa tak nak wei. Hihihi. Tapi, jauh di lubuk hati kecil aku ni. Ada juga teringin ke Phuket kerana aku belum pernah ke Phuket lagi. Aku memang nak pergi island hopping ke Phi Phi Island. 

Part hadiah sudah, jadi, jom kita tengok cara-cara nak sertai contest ini.

Sebelum nak sertai contest , kita kena lah tahu syarat-syarat penyertaan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tak melayakkan kita untuk sertai.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


Syarat-syarat nya adalah seperti di bawah:
1)    Peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang di set to public.
2)    Peserta mestilah follow akaun Facebook Traveloka.
3)    Peserta mestilah bermain game FLY & WIN CONTEST di webpage yang disediakan oleh Traveloka.
4)    Peserta mestilah juga mengisi maklumat di “registration page” yang disediakan oleh Traveloka.
5)    Peserta boleh memuat naik contest di akaun Facebook sebanyak 5 kali sahaja dalam sehari.


CARA-CARA UNTUK SERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST

Macam mana nak sertai contest ni senang saja. Korang kena main game FLY & WIN CNY yang disediakan oleh Traveloka.

Cara-cara untuk bermain game ini adalah seperti di bawah:
1)    Log in ke akaun Facebook.


2)    Baca syarat-syarat penyertaan dan arahan yang disediakan.
3)    Klik di tab “START GAME


4) Klik pada gambarajah kapal terbang dan cuba untuk terbangkan kapal terbang setinggi mungkin tapi korang perlu elak segala objek yang datang – seperti awan, layang-layang, menara dan banyak lagi. Tapi, korang kena collect ang pau sebanyak mungkin untuk dapatkan markah yang tinggi.


5)   Jika korang tak puas hati dengan markah korang, korang boleh klik “ REPLAY”.
6)   Jika korang dah puas hati dengan markah korang, boleh lah klik “SHARE”.
7)   Tapi, ingat yang korang hanya boleh share maksimum sebanyak 5 kali sahaja dalam sehari di akaun Facebook korang.
8)  Selepas dah cukup share sebanyak 5 kali, baru korang boleh klik “ SUBMIT SCORE”.


9)   Selepas klik submit, “REGISTRATION PAGE” akan keluar seperti di bawah. Isikan details korang.


10) Selepas details dah diisi, korang akan terima confirmation seperti di bawah.


Mudah saja kan cara nak main game nie dan menang.

Dah beria bagitahu tentang syarat-syarat penyertaan serta cara-cara untuk sertai, terlupa pula aku nak kongsi tentang tarikh penyertaan contest ini. Apa lah, Nadia. Hihihi.


TARIKH PENYERTAAN

Contest ini akan mula berlansung dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018.
Jadi, jom cepat-cepat lah kita sertai beramai-ramai. Jangan lepaskan peluang ini. Mana lah tahu rezeki , boleh lah menang antara tiga hadiah-hadiah utama atau voucher RM1000.

Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh layari website Traveloka. Ada bermacam-macam promosi yang sedang berlansung.

Have a nice day, all and Let’s go travel !!!



8 comments:

  1. dpt hadiah g korea tu yang...arghhhhhhhhhh best nyerrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak peeee. hadiah gie Korea tue menarik <3... tapi if dapat hadiah Thailand tue best jugak sebab belum pernah ke Thailand.

      Delete
  2. geram tau main game dye. payah betul. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..awal-awal nadia score 0 kot ... hahaha

      Delete
  3. Wahh... Menariknya.. Tiket yang dimenangi tu, kalau menang, boleh ke kita pass kat orang lain macam mak ayah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang nie tak pasti , kena baca balik term and condition contest hihihi

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .