AYAT-AYAT CINTA 2 - MOVIE REVIEW

Saturday, January 13, 2018


Hello, semua.

Filem ini antara filem yang ditunggu -tunggu oleh aku. Hihihi. Siapa yang sudah tengok filem Ayat-Ayat Cinta pertama mesti sama macam aku . Tertunggu-tunggu filem ini ditayangkan di pawagam.

Terima kasih kepada Encik Suami sebab sanggup teman aku layan filem nie. Walhal dia cakap , " Kenapa kita tak tengok movie The Commuter ? ". hihihi.

p/s : entri nie aku tulis dalam bahasa campur-aduk , english and malay. Kalau ayat aku tungang -langgang maafkan ye . Kikiki. =p


SINOPSIS



Sebabkan aku malas nak type panjang-panjang sinopsis filem nie dan aku takut aku jadi spoiler,  hahaha... korang boleh lah klik kat link nie  untuk baca full sinopsis okay? =D

Sejujurnya, aku lebih suka filem Ayat-Ayat Cinta yang pertama .  Jadi kita terus lah baca review aku tentang filem ini. =D

REVIEW FILEM




1) ISLAM IS BEAUTIFUL
Dari filem yang pertama lagi , filem Ayat - Ayat cinta memang berunsurkan Islamik, Cinta , Kekeluargaan and Humanity. Seriously, aku suka filem ini sebab ia sangat menunjukkan yang Islam itu Indah. Islam itu suci. Jika kita sayangkan seseorang, sayangkan dia kerana Allah. Insyallah Allah akan permudahkan segalanya.


2) HUMANITY AND EQUALITY
Filem ini mengajar kita tentang nilai kemanusiaan dan kesaksamaan antara manusia. Tak kira apa agama dan bangsa sekalipun. Nilai kemanusiaan dan kesaksamaan adalah satu nilai yang terbaik. 

Dalam filem ini di mana , Fahri sangat menerapkan hubungan baik di antara jiran-jiran nya yang berlainan bangsa dan agama - seperti agama Katolik , Jews , Christian dan Islam. Walaupun mereka benci, herdik Fahri , Fahri tetap dengan pendirian dia , di mana nilai kemanusiaan sesama manusia sangat penting. 

Keira dan Jason

3) BE KIND TO EVERYONE
Seperti point nombor dua tadi, filem ini juga mengajar kita untuk berbuat baik kepada sesiapa pun walau kita dicaci, diherdik dan dibenci. Sesungguhnya, orang yang baik dan benar akan dibalas baik oleh-Nya. 

Seperti Mama aku pernah pesan, " Kalau orang bagi tahi kepada kita, kita balas dengan bunga. Jangan dibalas dengan tahi juga. Sebab kalau kita balas dengan tahi juga, apa yang membezakan kita dengan dia? ".

Itulah yang dilakukan Fahri. Pada akhirnya, Keira, Nenek Catarina dan Jason sangat berterima kasih pada Fahri atas setiap pertolongan Fahri kepada mereka.



4) REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA
Apa yang hidup di muka bumi ini adalah pinjaman oleh-Nya. Dan setiap yang hidup pasti akan mati. Dan, kehidupan kita tidak selalunya indah, cerah dan terbaik. Pasti ada dugaan yang Allah turunkan kepada kita untuk menguji keredhaan kita terhadap semua dugaan yang diberi oleh-Nya. Serta untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dan adakah kita sentiasa mengingati-Nya dalam keadaan susah dan senang. Jika dugaan menimpa kita, bermakna Allah sayangkan kita.

Dalam filem ini, Fahri merasa kehilangan Aisha. Pada satu masa, dimana temannya bertanyakan kepadanya, adakah segala kebaikan yang dia lakukan adalah untuk menghilangkan rasa sedihnya kerana tiada berita tentang isterinya, Aisha atau ia lakukan semua kebaikan itu kerana Allah.

Walau apapun, kita sebagai manusia harus bertanyakan kepada diri sendiri dan mengingatkan diri sendiri bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah kerana Allah. Insyallah semuanya akan dipermudahkan Allah. Ameen.

Hulya dan Fahri di Carlton Hill - seriously view atas nie sangat cantik. Tapi, kena daki sikit and angin kuat sangat bertiup

5) JODOH ITU RAHSIA ALLAH
Nothing much to eloborate for this point. Walau berbagai dugaan yang kita hadapi, jika Allah sudah menulis  dia lah jodoh kita, seseorang itu tetap menjadi milik kita.

Sama seperti, Fahri dan Aisha.


6) UNSUR HUMOUR
Watak pembantu Fahri, iaitu Hulusi dan juga teman Fahri, Misbah membuatkan filem ini lebih menarik dan tidak lah serious je sepanjang jalan cerita. Watak Hulya dan juga Fahri's students ada menerapkan unsur humour. 


7) LOKASI PENGAMBARAN
Seriously, Edinburgh Scotland is so beautiful. Aku pernah travel ke Edinburgh, Scotland. Scotland memang negara yang cantik dan jika korang memang pencinta kepada nature, please include Scotland in your bucketlist.

Cinematography dalam filem nie lebih membuatkan Edinburgh yang dah sememangnya cantik jadi lebih cantik. Kudos to the cinematography team.

Edinburgh University

8) BARISAN PELAKON
Aku memang suka dengan lakonan Fedi Nuril. Dia memang sesuai dengan watak seorang suami yang taat, cintakan isteri dan poligami? Errrr...no I don't like the polygamy part. Hahaha.

Memang Islam membenarkan poligami tapi bagi aku I just can't accept polygamy in marriage. Perasaan seorang isteri sangat sakit jika berkongsi kasih suami dengan perempuan lain walaupun perempuan itu adalah isterinya yang sah. Sorry, I can't accept polygamy. 

Barisan pelakon-pelakon yang lain juga tak kurang hebatnya dan pelakon-pelakon wanitanya semua cantik -cantik belaka. hihi.

Keira dilakonkan oleh Chelsea Islan. Hulya dilakonkan oleh Tatjana Saphira. Sabina/Aisha dilakonkan oleh Dewi Sandra. Mereka ini semua ada darah kacukan. Patutlah semuanya sangat cantik.

Tak kurang hebatnya pelakon tanah air kita, Fazura dan juga Bront Palarae . Kudos to both of you. <3



9) OST LAGU-LAGU
Semestinya , lagu-lagu OST filem sangat memainkan peranan penting untuk menghidupkan jalan cerita. Suka semua lagu-lagunya.

Krisdayanti : Ayat-ayat Cinta
Yeshua : Kamu Tulang Rusuk Ku
Rossa : Bula Dikekang Malam
Raisa : Teduhnya Wanita
Isyana Sarasvali : Masih Berharap
Sarah Saputri : Harapku
dan banyak lagi..




Setiap filem tak semestinya indah jalan ceritanya. Ada juga part yang aku kurang setuju. 

WHAT I DON'T LIKE IN THE MOVIE



1) Part ending, aku macam kurang faham tentang plastic surgery. Is it allowed in Islam to do that because of Aisha in a condition that she is allowed to perform the surgery? Anyone can explain to me? 

2) I hate the cruelty act whereby Aisha and other women in Gaza been captured and raped by the Jews soldier. No humanity at all!!!

3) Filem ini lebih menarik jika part Fahri mengajar di Universiti dan semasa event debate , Fahri bertutur dalam bahasa Inggeris . Sebab bagi aku, tak lah nampak macam berlakon sangat. Or else, the audience or students wearing a translator, I guess. Baru lah nampak logik sikit. hihihi.

Jadi, itu saja review aku tentang filem ini. Ini semua pandangan tak seberapa dari aku.

Harapnya, review aku tak menyinggung mana-mana pihak. Jika ada , aku mohon maaf awal-awal.

So, korang dah tengok ke belum? Jika belum, pergi lah singgah pawagam cepat. hihihi.

Thank you for reading, all.


6 comments:

  1. wah, dah tngok kat wayang ke. Apa condition Aisha yg mnyebabkan dia kena buat plastic surgery?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dah tgk khamis lepas hihi. Sebab dia nak protect diri dia dari kena rogol oleh askar2 tue , dia cacatkan muka dia sendiri .

      Delete
  2. Belum tengok lagi tapi rasanya kita kena tgk balik Ayat2 Cinta yg first utk ingat balik ni kisah pasal apa hehe. :D

    Teringat masa belajar kat Czech, every time kitorg try consistent utk buat baik dgn orang bukan Islam, diorg lebih nampak kitorg as good Malaysians, compared to good Muslims. T_T

    Kita tak tengok lagi utk faham tentang soalan Nadia pasal plastic surgery tu. Tapi benda ni keperluan especially kalau kemalangan / tragedi mengubah dan menyukarkan pesakit tu. Contohnya macam rumah A terbakar dan merosakkan jugak kulit muka A tu. Ada possibility utk guna plastic surgery utk bantu :) Sama macam orang yg ditakdirkan utk remove breast, ada possibility utk bantu dgn breast reconstruction. Cleft lip pun sama. Bukan utk mencantikkan (yang jadi semakin cantik), tapi bantu utk dapatkan keadaan hampir asal. Lebih pada keperluan, bukan kehendak. :)

    Hehe menarik pulak nak tengok bila baca part yg Nadia tak suka ni :D


    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis lebih byk pengalaman sebab dah tinggal di negara orang for quite long . Tapi, ada betul jugak . Bila fikir balik might be they think that way , a good Malaysians instead of a good Muslims.

      Sedih sebab sekarang di mata dunia Islam ini terorist lah , agama kejam . Serious sedih. Part paling Nadia tak suka masa Fahri send nenek Katarina tue a Jewish . Fahri antar dia ke gereja , tiba2 Fahri dituduh harm nenek tue.

      Part surgery tue , Nadia tak nampak apa jenis surgery yang ditulis dlm phamplet in the movie . Tapi, dia operate muka Hulya and letak ke muka Aisha. I just don’t know what it is. Maybe sbb nadia not in Medical line so not quite familiar and dlm pawagan org2 rasa pelik part last tue .

      A little bit spoilled the whole story line. I guessed

      Delete
  3. Nadiaaaa, hohoooo share teaser sikit apa jadi plastic surgery tu? Ramai kata mindblown sgt :D

    https://www.youtube.com/watch?v=aO5_l4Fpqzk&feature=youtu.be

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi done reply dkt atas and whatsapp hanis too~ <3

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .