Friday, September 1, 2017

SALAM MERDEKA RAYA , MALAYSIA

Salam and hello, everyone.

Sorry sebab aku publish post nie on 1 September instead of 31 August. hihihi.

Tahun 2017 mencipta sejarah sekali dalam seumur hidup kita semua.

Malaysia menyambut kemenangan besar di Sukan Sea ke-29. Sekaligus kita menyambut kemerdekaan yang ke-60 tahun serta Hari Raya Aidil Adha 1438H.

Rimau Comel !!! <3

Walau apa pun yang berlaku dan di mana jua kita berada. Malaysia tetap di hati kita . Malaysia adalah Tanah tumpahnya darah kita.

Tahniah buat kesemua skuad atlit kerana telah bertungkus-lumus berjuang dalam industri sukan dengan melakukan yang terbaik sehingga kita menjadi juara keseluruhan . 

Congratulations, all.


Gambar nie aku nak cakap tentang baju yang KJ pakai tue, aku nak beli tapi semua tempat habis stok ='(

Sejajar dengan Tema Sukan Sea ke-29, " Rising Together ". Tema hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun ini adalah , " NegaraKu Sehati Sejiwa ".

Bila baca dua tema tue, nampak ada kesinambungan antara satu sama lain. Kedua-dua tema menunjukkan kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun berlainan bangsa kita semua masih hidup secara harmoni bersama-sama di bumi Malaysia nie. 

Kita jatuh sama-sama , kita bangkit sama-sama. That's the beauty of Malaysia. We are living in harmony and respect each other.



Bila bercakap tentang kemerdekaan , kita tak mungkin lupa kepada tokoh-tokoh negara yang telah membawa Malaysia dari zaman kita di jajah sehingga lah kita dapat hidup dalam negara yang serba lengkap sekarang. 

Tidak lupa juga kepada pejuang-pejuang negara yang berjuang di medan perang demi menjaga keselamatan dan keharmonian negara tercinta.

Kita sebagai rakyat juga harus berasa bangga dan berterima kasih kepada diri sendiri kerana kita juga ada melakukan pengorbanan demi Malaysia tercinta.


Ha~ bila bercakap tentang pengorbanan , tahun ini , seluruh umat Islam menyambut Aidil Adha seiring dengan Sukan Sea dan Hari Kemerdekaan . 

Aidil Adha atau dikenali juga dengan Hari Raya Korban , mengisahkan pengorbanan dan keikhlasan Nabi Ibrahim A.S melakukan perintah Allah . Begitu besarnya maksud " pengorbanan " dari kisah Nabi Ibrahim. 


Tanpa disangka , ketiga-tiga peristiwa nie kita boleh lihat ia ada kesinambungan antara satu sama lain either directly or indirectly way dari ayat " pengorbanan " tue sendiri.  

Akhir kata, congratulations to all 29th Sea Games athletes. Happy 60th Independence Day Malaysia and Selamat Hari Raya to all Muslims around the world.

Oh~ happy long holiday all. Woohoo~ it's 5 days public holiday. 

Have a safe journey, all.

Thanks for reading.

P/s : gambar lompat aku dengan adik aku tue , the only picture that I found yang ada bendera Malaysia . Dok cari gambar lain tak jumpa pulak dalam handphone. hihihi



5 comments:

  1. Alhamdulillah Malaysia berjaya melepasi sasaran emas.

    Alhamdulillah Malaysia telah mencapai kemerdekaan yang ke-60.

    Dan selamat hari raya Aidiladha buat Nad sekeluarga. Sama-sama kita menghayati erti sebenar pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Allahu Akbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... alhamdulillah kita kecapi semuanya... insyaallah kita sama-sama dapat menghayati erti pengorbanan itu sendiri . =)

      Delete
  2. Selamat hari raya aidil adha. Bangga kan team sukan sea malaysia berjaya grab emas banyak lepastu dalam bulan kemerdekaan pulak membara semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya too Syira <3... kannnn sangat bangga . tak sangka kita menang keseluruhan =)

      Delete
  3. Teringat khutbah raya hari tu, macam biasa pasal pengorbanan Nabi Ibrahim masa diperintah Allah untuk sembelih anaknya, Nabi Ismail... Ya Allah, memang betul lah iman nabi-nabi sangatlah tegap dan kuat. T_T

    Nanti lama-lama ada la tu kot orang jual tshirt yg macam KJ ni :D hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .