Sunday, August 27, 2017

15 KM FINISHER - SUKAN SEA 2017 MARATHON STORY


Hello semua~

Entri aku yang kali nie agak panjang . Tapi, please please baca sampai habis okay <3

Kalau korang ikut blog atau Instagram aku mesti notice yang aku nie memang minat join marathon walaupun aku tahu aku nie tak lah lari laju pun. hihihi. Tapi, bagi aku cerita Marathon Sukan Sea 2017 terlalu indah buat aku. Banyak pengajaran yang aku dapat sepanjang larian 15 KM nie. Baca sampai habis ok cerita aku nak share nie. hihihi.=)

As we all know , Malaysia adalah tuan rumah untuk Sukan Sea 2017. Aku tak kesampaian nak pergi opening ceremony Sukan Sea 2017 hari tue. Tapi, aku sempat lah register untuk Sukan Sea 2017 Marathon. Ha~~~ siapa ada join marathon nie? Marathon nie diadakan pada 19 August 2017 yang bertempat di Putrajaya . 


Pada awalnya aku tak nak join pun marathon nie sebab kategori yang ada hanyalah 5KM dan 15KM sahaja. 10KM tiada. Aku tak nak join 5KM sebab takut tak dapat medal. Hihihi. Tapi, pada masa yang sama aku tak nak join 15KM jugak. Hahaha. Dah tue, macam mana wei Nadia nie pun. Adeh~!

Dalam punya tak nak, aku dan Syira pun register lah 15KM dengan hasil pujukan dari adik perempuan aku untuk jadi dia punya running buddy. Walhal, mana ada running buddy sangat sebab aku tahu dia memang lari laju dari aku punya. Pada masa yang sama, aku harapkan bila join marathon nie dapat lah jumpa Menteri Belia dan Sukan kita tue kan. Hahahaha. Memang nak sangat-sangat jumpa dengan beliau. Sebab dia best and cool !!! #joinmarathonsebabnakjumpaKJ =p


AT THE STARTING LINE


Kali nie aku dengan adik tak lambat sampai ke Putrajaya. Sempat lah kitaorang solat di Masjid Besi yang tersergam indah. Tapi, sebenarnya kitaorang terlambat jugak nak start lari . Hahaha. Sebab jalan lembab sangat dari masjid ke dataran depan Mahkamah Putrajaya tue.

Nak jadikan cerita, satu hari sebelum hari marathon nie. Aku attend my dear friend Fiziwoo punya fashion show di Pavilion in conjunction of KLFW 2017. #iamahomegrown campaign. Biasalah, bila attend fashion show obviously aku memang akan pakai high heels. Sebab, adik perempuan aku tinggi gila!!! Tak kan aku nak pakai flat pulak kan . Hahaha. #seriouslyiampetiteandshort =p

Sebabkan, I am not a fan of high heels and I have to walk far from parking to Pavilion. Kaki aku sakit gila!!! Aku siap beli selipar dari Vincci sebab kaki sakit sangat. 

Jadinya, pada hari marathon tue. Kaki aku memang sakit dan buatkan aku memang tak confident nak lari. Selalunya, aku confident je lari 10KM . Just for this Sukan Sea Marathon nie tambah 5KM je. Tak lah jauh sangat kalau nak ikutkan. Hahaha. Hamboi kau Nadia. =p

Sangkaan aku memang betul. Pada awalnya aku mampu lari 3 KM then berhenti. Sebab memang aku tak rasa kaki aku. Aku takot cramp and aku tak nak naik ambulan. Hihihi.

Jadi , aku tak paksa lah diri aku untuk terus lari. Aku berjalan laju saja sambil menikmati Putrajaya view. Bila dah sampai 6KM signage , aku whatsapp adik aku dan suami aku. Suami aku tak join pun tapi saja je nak dapat motivation dari dia. =p


Aku cakap dengan adik , " awak dah dekat berapa KM ? " .  
Adik jawab , " 8 KM " . 
Aku cakap lagi , " oh, kakak baru 6KM . Tak larat lah . Kaki kakak sakit sangat . Can I just give up ? " . 
Adik jawab , " Nooo~ please don't kakak . You can do it. Jangan paksa diri, Jalan pun tak pe. But , please don't give up . Lagi sikit je tue kakak. Come on. " . 
Aku cakap lagi , " bila tengok orang lari laju jadi stress tapi malas nak fikir sebab kaki sakit dah ."

Adik cakap lagi , " Kakak, marathon is not about competing with others. It is about competing with yourself. How long can you endure it until the end. Jangan fikir orang. Just target your goal. You can do it!!!  Keep on going and don't give up, ok. "

Bila dah borak dengan adik dan suami. Her words really motivate me. Aku pun decide. I can't quit now. I can't give up now. Aku tengok runners yang lain masih kental dan go for it. No one gives up yet. 

Pada 10KM, aku ternampak satu atuk nie . Sangat kental wei. Dan aku salute dengan dia. Dengan usia dia yang tak muda nak compare dengan kita yang muda nie, dia masih mampu lari walaupun dalam phase yang perlahan tapi tanpa henti hingga ke akhirnya.Salute dengan atuk nie.



Technically, he also motivates me to keep going until the end. 


TOWARDS THE FINISHING LINE        


Bila dah nampak 10 KM signage , diri nie terus berkobar - kobar nak sampai ke garisan penamat. Aku target nak habiskan dalam masa 2 jam 30 minit walaupun aku tahu secara keseluruhannya, aku lari dalam 6 KM je. Hahaha. Bila aku hampir dengan garisan penamat. Aku nampak ramai orang tepuk beri sorakan. 


Aku nampak , ada seorang lelaki OKU naik wheel chair berjaya habiskan 15 KM larian. Ramai orang beri sorakan tahniah dan bersalaman dengan laki tue.

Bila aku sampai saja ke garisan penamat , aku dapat rasakan air mata aku gugur, Rasa proud dengan diri sendiri aku berjaya habiskan larian tanpa menaiki ambulan. Dan , larian 15 KM Sukan Sea 2017 nie beri aku banyak pengajaran yang aku sendiri tak sedar.

Sebenarnya aku terlupa nak tekan Nike Run apps dari mula. Tue missing 2 KM yang pertama. hihihi


MORAL OF THE STORY AS 15 KM FINISHER 



1) NOTHING IS IMPOSSIBLE
Bila aku tengok lelaki OKU dan datuk tadi. Aku sedar bahawa, nothing is impossible in this life. If you want to achieve your goal. Nothing can even stop you. You just keep your head high and go for it.

Aku terfikir sedangkan orang yang kurang upaya mampu untuk lakukan , kenapa kita yang muda dan cukup dengan kurniaan yang Allah beri memberi banyak alasan. 

Itulah yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Kadang-kadang, kita nak kan sesuatu tapi kita belum cuba untuk buat dah putus asa. Macam mano lah nak berjaya kan if macam tue.


2) THE REAL ENEMY IS YOU
It's good to compare yourself with others. But, remember. The real enemy is within yourself. You have to fight to achieve your goal. Let the best people be your inspiration to move forward.

Macam aku tadi, aku memang dah putus asa sebab tengok orang lari dah jauh ke depan. Adik aku dan Syira pun dah jauh ke depan. Aku masih ketinggalan. Aku jadi stress dan geram.

Tapi, macam adik aku advice tadi. Marathon is not about competing with others. It is about competing with yourself. How long can you endure it until the end?

So, sampai ke akhirnya I fight for myself. All the positive vibes keep coming to me to reach the finishing line.



3) NO PAIN, NO GAIN

Marathon juga mengajar kita bahawa dalam hidup nie tak ada yang datang bergolek dengan senang. Semuanya bermula dah bawah. Semuanya bermula dari 0 . From Zero to Hero.

To gain success, we will go through the hard way. We will face all the obstacles. But, remember don't ever quit. Even we will face the hardest obstacles, we should just cherish the journey all the way up.
From that journey, we will feel really thankful and grateful when we achieve our goal.

Sama macam aku masa lari tadi. My obstacles are " kaki sakit ". My sister giving me an advice " don't give up ". Then, I keep on going. Even it is hard, I enjoy the journey by witnessing the beautiful view of Putrajaya towards the finishing line. And, I also meet beautiful people and inspiring person ( the Atuk and the OKU guy).


4) BE PATIENT
Everything won't happen in a second.  Everyone and everything needs time to achieve.  So, we have to be patient even though we are facing the obstacles.

Macam aku , pada mulanya aku memang nak sampai cepat tapi sebabkan kaki sakit aku ada lah jugak hilang sabar. Sebab geram time nie lah kaki nak sakit sangat kan. That is are my challenges. Tapi, sabar itu kan separuh dari Iman. Orang yang sabar selalu akan perolehi yang terbaik akhirnya.

Dan pada akhirnya aku bersyukur yang aku dapat habiskan larian tanpa naik ambulan. =p


5) KIND HEARTED PEOPLE AND SUPPORT 
Kindness can move people heart. Support from people can motivate us to move forward and never give up until the end.

Seperti aku tadi, aku memang dah down. Then, My sister giving me a supportive word for me to go further.

Same goes to the OKU guy, people cheer for him and congratulate him once he arrived at the finishing line. The congratulation wish from people totally makes the guy feeling blessed that he is not alone in that hardest journey. There are a lot of people supporting him which makes him never ever want to give up.


So, that's are my story as a 15 KM finisher. Seriously, memang bagi aku larian marathon kali nie sungguh bermakna.

Selama nie aku join marathon just to get a healthy lifestyle, enjoy the event, won a medal. But, now I just realize that marathon or long distance run taught us about life. Taught us to be a better person and never give up towards our goal. 

Jom, sama-sama kita join marathon lagi.

Kalau korang berminat untuk bermarathon , korang boleh visit website : twentyfirstcenturysports. Di website nie, memang dorang akan update all the marathon event through out a year.

Thanks for reading everyone.

Marathon for life!! hahaha.

Have a pleasant day.  <3

  



7 comments:

  1. Nadiaaaa. Happy to read this! Dari masa Nadia try your best to practise for it pun dah cukup adorable. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ tahniahhhhh!

    One of my idol for athletic is Song appa. Hehe nadia tengok Superman Returns tak? Kite boleh relate hampir semua life lessons yg Nadia share dgn apa yg kita nampak kat Song appa tuuu.

    Suka part yg 'banyak alasan' tu ๐Ÿ˜… sbb diri ni biasanya tak bersyukur dgn kemampuan diri... bukannya tak boleh tapi malas sebenarnya nak ambik port. ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanisss~ thank you sebab baca and happy reading my story. Sebenarnya Nadia pun tak sangka marathon give lot of lessons to our life.

      Selama nie lari sebab nak medal.

      Nadia tgk superman return tapi yg lama punya. Yang baru nadia tak tgk dah. So, tak tahu lah pasal Song appa tue =)

      Nanti Nadia try tgk lah okay =)

      Delete
  2. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya sampai ke garisan penamat. Tahniah nad sebab berjaya atasi semua halangan. So proud of u. Keep marathon in future ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading,Ana.

      Thanks for the supportive words. Yeah marathon for life . Insyaallah . Hahhaha

      Delete
  3. Terus teringat lagu ni..

    "Jika kau fikirkan kau boleh,
    Kau hampir boleh melakukan,
    Jika kau fikirkan ragu2
    Usahamu tidak menentu"..

    Tahniah Nadia berjaya habiskan 15KM larian. A great achievement!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... lagu tue pun bagus as a motivation =)

      and thank you for the congratulation wish yank <3

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .