FILM REVIEW : LIFE LESSONS I'VE LEARNT FROM BAD GENIUS MOVIE ( THAI MOVIE )

Thursday, August 24, 2017


Hello , semua. 

Pheww~ akhirnya aku berjaya juga post entri nie. Hahaha. Dan, entri nie adalah entri kedua dalam bulan Ogos. Hihihi. Makin menjadi-jadi pulak blogging slump aku nie. Adeh, pening.

Siapa ada follow Instagram aku? Ha~ kalau korang ada perasan , aku ada post dalam Insta story aku dua hari lepas. Masa tue mood nak update blog aku beria datang. Idea datang mencurah-curah , tangan tak berhenti taip. Sekali, laptop matiiii~ hahaha. Sebabkan malas nak ambil charger laptop dengan tanpa berfikir panjang aku tidur je dengan harapan blogger.com akan auto save apa yang aku dah taip panjang lebar.

Pheww~ hari nie aku dah target aku kena publish jugak entri nie. Alhamdulillah , apa yang aku taip panjang lebar hari tue masih ada. Woohoo!! 

Aku tahu aku dah agak lambat nak review beria pasal filem nie. Padahal , aku gie tengok filem nie minggu lepas. Hahaha. Tapi, aku nak buat jugak review sebab aku suka sangat dengan filem nie. 

Sebab apa aku suka dengan filem nie? 
1) Inspired by True Event - siapa yang kenal aku memang tahu yang aku nie jenis suka tengok movie ke , drama ke , baca buku ke yang inspired/based on true event or story.

2) Life Lessons - Bukan filem kosong tapi ada pengajaran yang boleh kita ambil dari filem nie.


STORY PLOT

Lynn

Lynn adalah seorang pelajar genius yang dapat belajar di sekolah tersohor dengan tajaan penuh biasiswa. Lynn nie hidup dengan bapa dia je. Bapa dia cikgu sekolah. Bila dia baru je masuk sekolah tersohor tue , dia berkawan dengan satu perempuan namanya, Grace.

Grace nie baik tapi pelajar yang kurang pandai. Masa dorang lepak di perpustakaan , Lynn ternampak soalan Matematik yang Grace pegang. Dalam beberapa saat je, Lynn dapat jawab soalan Matematik tue dengan sekali imbas. Jadi, dari situ Grace tahu yang Lynn nie memang genius.


Segalanya bermula selepas , Lynn menolong Grace dalam ujian dengan memberi jawapan kepada Grace. Sebabnya, Lynn sedar yang soalan ujian tue sama, sejibik sejebon dengan soalan yang Grace tunjuk masa dorang lepak kat perpustakaan hari tue. Lepas ujian , sebabkan Grace rasa happy Lynn dah tolong dia masa ujian tadi. Grace ajak Lynn jumpa dan lepak dengan kawan nya, Pat.

Pat

Mulanya, Grace request Lynn jadi mentor nya. Tapi, masa jumpa Pat. Pat, offer Lynn untuk tolong dia jugak meniru dan menipu dalam ujian. Dan, Pat tawarkan kepada Lynn. Setiap satu ujian atau satu paper yang Lynn  tolong dengan memberi jawapan akan dibayar. Mestilah Lynn tue terima sebab dia bukan orang berada.

Lepas tue, bermula lah segala penipuaan dan peniruaan semasa dalam ujian yang dorang ambil. Sehingga lah , kelas piano Lynn ditubuhkan. Bayangkan, sebenarnya bukan lah kelas piano betul-betul yang di ajarkan. Tapi, ia adalah kelas untuk Lynn bagitahu dorang coding jawapan berdasarkan lagu yang akan dimainkan. Maksudnya, semua akan tengok jari Lynn masa dalam dewan ujian. Gila bijak kan !!! hahaha.

Piano coding

Tapi, semuanya tidak berhenti di situ sehingga lah seorang pelajar genius baru dipindahkan jugak ke sekolah tersohor dengan biasiswa penuh sama seperti Lynn. Namanya Bank . Bank nie pun orang susah.

Segala penipuan dan peniruaan dalam dewan ujian kantoi sebab Bank memberitahu Headmistress yang berlaku nya penipuaan dan pelajar meniru di dalam dewan ujian. Dah kantoi, Lynn dibubarkan dari segala biasiswa dan segala permohonan untuk belajar ke luar negara.

Ingatkan dah insaf, rupanya belum lagi. Hahaha. Nak jadikan cerita, Grace dan Pat minta tolong Lynn untuk ambil exam STIC exam nie macam international test untuk dapat kan tempat belajar di Universiti luar negara. Macam IELTS lah , lebih kurang. Sebab, bapa Pat nie offer Grace dan Pat untuk belajar di luar negara.

Mulanya, Lynn berat hati nak tolong. Sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Tapi, akhirnya Lynn terima jugak cadangan Grace dan Pat.

Bank

Tapi, Lynn bukan pergi buat exam nie sorang . Lynn approach Bank untuk kolaborasi sekali . Setiap paper mereka ambil akan dibayar. Pada awalnya, Bank menolak. Tapi, memikirkan keadaan hidup dia dan nak bantu sara ibu dia. Bank terima tawaran Lynn. Jadi, dorang pun terbang ke Sydney untuk duduki ujian tue. Ujian STIC yang dorang ambil nie, dorang kena bagi jawapan kepada Pat dan Grace setiap kali waktu break between each paper. Lynn dan Bank akan bagi jawapan pada Pat dan Grace melalui SMS . Handphone is forbidden during exam session. Tapi, dorang sembunyi kan handphone tue dalam bilik air.

Agak-agak, apa terjadi pada Lynn dan Bank ? Kantoi ke tidak ?

Nak tahu cerita selanjutnya, korang kenalah tengok ye.

Serious korang kena tengok sebab taktik dorang meniru tue serious kreatif and of course ada moral of the story. 

LIFE LESSONS FROM  THIS MOVIE



Ada beberapa pengajaran yang kita boleh dapat dari filem nie, antaranya :

  • BUKAN SENANG NAK SENANG
Dalam hidup ini, semua orang nak hidup senang dan berjaya . Tapi, untuk berjaya kita kena usaha sehabis baik. Segalanya perlu bermula dari bawah. Start from zero. Bila kita start from zero dan kita dah berjaya baru kita hargai erti susah payah untuk dapatkan kejayaan.

Dalam filem nie, Grace dan Pat gunakan Lynn dan Bank untuk dapatkan apa yang mereka nak.Tapi, kejayaan dan kesenangan yang Grace dan Pat dapat bukan lah selamanya. 

  •  JANGAN GUNAKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI
Lynn dan Bank ada kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Kelemahan mereka adalah mereka bukan dari golongan orang berada . Tapi, kekuatan mereka adalah mereka dikurniakan dengan otak yang genius tapi dengan usaha mereka sendiri juga.

Memang Grace dan Pat kawan yang baik tapi dorang ambil kesempatan terhadap kelemahan dan kekuatan Lynn dan Bank untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Kesian pun ada pada Lynn dan Bank. Hmmm

  • KINDNESS AND FRIENDSHIP
A little kindness can move people heart. Itu lah yang terjadi kepada Grace dan Lynn. Grace tolong Lynn masa Lynn baru saja masuk sekolah. Sebab kan pertolongan Grace tue lah dorang jadi kawan baik.

Sampai ke akhirnya , Grace masih sayangkan persahabatan dorang, Sama jugak dengan Lynn.

  • HARGAI PENGORBANAN IBUBAPA
Ibu bapa kita selalu akan berikan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun susah mana pun ibu bapa kita, tapi dorang mesti nak beri keselesaan dan tengok kita berjaya.

Sama seperti bapa Lynn. Bapa Lynn memang nak sangat Lynn masuk sekolah tersohor tue sebab katanya , Lynn akan dapat a better opportunity untuk belajar di luar negara.

Tapi,tindakan Lynn menipu dan tolong kawan-kawan dia meniru masa ujian totally makes her dad sad. Walaupun begitu, hingga ke akhirnya. Ibu bapa kita tak kan buang kita walaupun kita menghadapi kesusahan. 

Itulah yang ayah Lynn buat demi anaknya. 

  • KREATIVITI
Part nie aku tak tahu lah boleh dijadikan as life lessons ke tak. Hahaha. Tapi, aku salute dengan Lynn dan dorang semua. Untuk dapatkan sesuatu , secara tak lansung pelbagai cara yang kreatif timbul.

Antaranya :
- Tulis jawapan di pemadam then sembunyi dalam kasut. 
- Piano lesson: Lynn gunakan pergerakan jari dengan mainkan beberapa lagu to determine the answer. 
- Body Gesture . 
- Code bar di pensel : part nie paling aku , perghhh...macam mana dorang boleh kreatif sampai macam tue. hahaha

Bukan part nak meniru je dorang kreatif. Masa part Lynn nak elak kan diri dari kena tangkap dengan penyelia ujian pun kreatif jugak. Sampai berdebar lah jantung aku tengok. 

Masa Lynn, Pat dan Grace convince Bank untuk ambil exam STIC

  • SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA
Menipu , meniru , mencuri semua tue kan memang perangai yang tidak elok. Jadi, even pada awalnya dorang dapat loloskan diri dari segala tuduhan meniru dan menipu. 

Akhirnya, kantoi juga. Kebenaran terbukti akhirnya.

  • DUIT BUKAN SEGALANYA , TAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT
Memang betul , dalam hidup kita nie segalanya memerlukan duit. Tapi, duit tak boleh beri kebahagiaan pun. Bila sikap tamak dah menguasai diri memang tak boleh buat apa lah. Apa orang kata, duit boleh kaburi mata dan hati manusia. 

Ye lah lagi-lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang tak berapa baik,. Bermacam-macam cara orang nak dapatkan duit dan jadi kaya express . Betul tak?

Tak salah jika kita hidup secara bersederhana yang penting hidup kita bahagia. Dan, sentiasa lah bersyukur dengan apa yang kita ada.

End up, disebabkan duit . Hidup Lynn dan Bank dari mempunyai masa depan cerah hilang dalam sekelip mata saja.

Itulah review aku tentang filem nie. Amacam bagus kan filem nie.

Pada yang belum tengok, cepatlah gie pawagam berdekatan. Rasanya tayangan dah tak banyak dah.

Lastly, good job Bad Genius Movie team. Awesome movie !! <3

Thanks for reading all.







8 comments:

  1. ahhh tergoda nak tengok. Nanti nak try tgk ada lagi tak tayang kat wayang yg terdekat ni :D

    suka jugak baca life lessons tu semuaaa. betul la semua yg kat bawah akan ada peluang utk berada di atas, dan tak mustahil jugak untuk kembali jatuh ke bawah.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious Hanis mmg best !!!! Nadia suka movie nie .

      Rasanya dah habis or dah nak habis tayangan nya dkt pawagam . Maybe if dah habis Hanis kena try cari online . =)

      Delete
    2. Nadiaaaaa, kita baru tengok cerita ni tadi :D best best! Tapi sedih sikit sbb Bank tak insaf T_T

      hanisamanina.com

      Delete
    3. kannn~ dia part tue disappointed sikit. ='(... tapi best sgt sgt kan =D

      Delete
  2. singgah jejak kasih lama xke sini.. xpernah tgk kg movie ni.. mesti thai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nina~ nadia pun lama jugak rak BW kawan2 blogger punya blog =(

      Makin di tinggal kan blog ku . Sedih gak dgn diri sendiri yg blogging slump buat masa Nie

      Aah Thai movie . Tgk lah Nina . Best!!! Bagi nadia best and ada moral of the story.


      Delete
  3. serius nak tengok movie nie, banyak baca review kata bestttttt.
    makin baca review nie, tapi belum ada kesempatan nak singgah kat cinema XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... nadia pun tak sure ada lagi ke tak di pawangam . If tak ada dah. BV kena try cari online pulak . <3.

      tapi seriously memang best.

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .