REVIEW FILEM : SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2





Akhirnya filem yang aku tunggu sangat nak tengok sambungannya , aku berjaya tengok semalam (16/2/2017) pada pukul 11:30pm. Aku rasa best sebab dapat tengok selepas 2 hari tayangannya di pawangam. Walaupun aku nie jenis spesies , asal tengok midnight show movie je mesti tertido. Hahaha.

Sebabkan nak tengok sangat dan dah lama tunggu Surga Yang Tak Dirindukan 2 ditayangkan di seluruh pawagam , gigih beli kopi sebab takut tertido dalam wayang.

Siapa minat filem Indonesia yang berunsurkan Islamik serta beri pengajaran? Aku dan adik aku suka layan genre filem Indonesia yang macam tue. Jika korang peminat filem Indonesia mesti dah tengok  " Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) 1 " kan?  . Ala, yang lately nie Astro pun ada ulang tayang.

Sebenarnya  movie SYTD yang nombor 1 , tayangannya adalah pada Julai 2015 . Lepas aku dan adik tengok yang nombor 1 memang tertunggu-tunggu lah tayangan "Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) 2 " . Sebenarnya aku memang minat lakonan Laudya Cynthia Bella dan Fedi Nuril. Fedi Nuril yang berlakon dalam filem Ayat-ayat Cinta tue. 

Aku tak kan bercerita lebih tentang SYTD 1 sebab confirm dah banyak sangat review tentangnya.

Cuma, siapa tak berkesempatan tengok lagi SYTD 1 , boleh klik pada link dibawah:


Jom baca review aku tentang Surga Yang tak Dirindukan 2 .

SINOPSIS / PLOT
Ceritanya bermula dari Pras ingin pulang ke rumah kerna Arini dan Nadia hendak berangkat ke Budapest untuk satu event Arini berkenaan buku yang ditulisnya " . Di dalam perjalanan pulang ke rumah, Pras bertembung dengan satu kemalangan sekali lagi sama seperti dulu. Dan, pemandunya adalah wanita . Ada sedikit scene flashback serta unsur komedi disitu apabila Pras teringat tentang kejadian yang menemukan dia dengan Meirose sehingga membuatkan Pras mengahwini Meirose .

Pras menelefon Arini memberitahu dia terlibat dengan sebuah kemalangan tetapi bukan dia yang cedera. Pras ingin beredar bertemu Arini lansung ke airport. Tetapi, Arini ingin Pras menunggu sehingga ibubapa mangsa datang ke hospital.

Setelah itu, Pras terus ke airport untuk bertemu Arini serta Nadia sambil di eskort oleh bapa wanita yang kemalangan tadi kerana bapanya adalah seorang Pegawai Polis Atasan. Sampai sahaja di airport , Pras ingat dia sudah terlambat untuk bertemu dengan mereka . Rupanya mereka belum berangkat .

Di satu event Arini tentang bukunya , Arini bertemu dengan seorang doktor bernama Syarief . Doktor Syarief meminta bantuan Arini untuk membacakan buku hasil tulisannya di sebuah hospital dimana Doktor Syarief berkerja. Doktor Syarief memberitahu bahawa buku tulisan Arini di minati ramai serta memberi kekuatan kepada sesiapa yang membacanya. 

Di sebuah masjid , setelah Arini dan Nadia selesai solat. Mereka bertemu seorang budak lelaki. Rupanya , budak itu adalah Akbar , anak kepada Meirose. Setelah itu , Arini dan Meirose masing-masing bertanyakan khabar . Selepas Arini bertemu Meirose , Arini dan Nadia bersiar-siar di sekitar Budapest di satu market , dengan tiba-tiba Nadia hilang. Rupanya Nadia bermain hide and seek bersama Arini . Tiba-tiba , tidak lama selepas itu, Arini pengsan dan di bawa ke hospital di mana Doktor Syarief bekerja. 

Doktor Syarief memberitahu Arini tentang penyakitnya iaitu kanser Servik yang sudah di stage keempat yang sudah melarat hingga ke otak. Tanpa diketahui oleh Arini, Nadia terdengar perbualan Arini bersama Doktor Syarief.

Dari situ lah secara tak lansung Arini menjadi pesakit kepada Doktor Syarief sepanjang Arini berada di Budapest.

Setelah itu, Nadia bertemu sendiri dengan Syarief tentang penyakit Arini. Dan, membuatkan Nadia ingin menunaikan apa yang Arini harapkan sebelum ibunya meninggal dunia.

Arini dan Nadia pergi melawat Meirose di rumahnya. Dan, Pras serta kawan baiknya tiba di Budapest. Setibanya , Pras di Budapest , Sheila memberi tiket kepada Pras ke tempat di mana Meirose tinggal tanpa Pras mengetahui tentangnya. Sampai di rumah Meirose , Arini cuba untuk merapatkan hubungan Pras dan Meirose untuk mengelakkan Pras bercerai dengan Meirose.

Dalam usaha Arini ingin merapatkan hubungan Pras dan Meirose. Rupanya , Meirose adalah teman istimewa Doktor Syarief. 

Pada suatu hari, Arini dan Nadia menghadiri sebuah makan malam bersama tetamu Pras. Tiba-tiba , Arini pengsan. Disitulah , Pras baru mengetahui yang Arini sudah tidak lama lagi tinggal di dunia.

Pada masa yang sama , Doktor Syarief telah melamar Meirose untuk menjadi isterinya. Dan Meirose dalam keadaan berbelah bahagi samada ingin menerima Doktor Syarief dan minta cerai dari Pras ataupun tidak.

Jadi, apa yang bakal terjadi di antara Pras , Arini , Meirose dan Doktor Syarief ?

Nantikan ceritanya di penghujung movie ye. Jadi, korang kena lah tengok filem nie. =)


REVIEW
1) UNSUR ISLAMIK
  • Seperti filem SYTD nombor 1, SYTD 2 masih menerapkan unsur Islamik dan rumahtangga.
  • Filem ini menunjukkan Islam Itu Indah dimana , Meirose adalah seorang yang bukan Islam berkongsi dakwahnya bersama teman-teman baru di Budapest yang secara tak lansung membuatkan teman nya memeluk Islam . Masyaallah .
  •  Buku yang ditulis Arini jugak memberi satu impak yang besar kepada siapa yang membacanya samada pembaca nya adalah seorang Islam atau bukan Islam.

2) PERSAUDARAAN / PERSAHABATAN
  • Aku sangat suka hubungan persahabatan / persaudaraan di antara Pras , Arini dan teman-teman nya. Mereka banyak memberi kata-kata semangat kepada Pras dalam apa jua keadaan yang menimpa mereka.
  • Aku juga sangat suka Nadia menerima Akbar dengan hati yang terbuka walaupun dia mengetahui bahawa Akbar bukan lah adik kandungnya.
  • Pengorbanan seorang teman dapat dilihat apabila Doktor Syarief dapat menerima Meirose bersama dengan Pras.


RUMAHTANGGA/POLIGAMI/KELUARGA
  • Dalam SYTD 1 , kita tahu betapa tabahnya Arini yang pada akhirnya dapat menerima Meirose walaupun pada mulanya Arini berat untuk berkongsi cinta nya kepada Pras bersama perempuan lain. 
  • Di dalam SYTD 2 , jugak menceritakan pengorbanan dan ketabahan seorang isteri, Arini dalam menghadapi hari-hari terakhirnya tanpa memberitahu suami dan anak yang disayangi nya yang dia sudah tidak lama di dunia nie. Walaupun pada akhirnya, Pras mengetahui tentang penyakitnya.
  • Ia jugak menceritakan , tentang ketabahan Meirose dalam meneruskan hidupnya di Budapest selepas dia pergi meninggalkan Arini, Pras dan Nadia.
  • Pengorbanan Arini dan Meirose jugak diceritakan di mana , Arini meminta Meirose untuk tidak meminta cerai dari Pras sebaliknya mengantikan tempatnya.
  • Pengorbanan seorang anak jugak disampaikan dalam filem ini di mana , Nadia berusaha untuk buat yang terbaik demi ibunya Arini bahagia sebelum ibunya pergi .



MATI ITU PASTI
  • Kita sebagai manusia mengetahui bahawa mati itu pasti. Cuma ia terjadi samada lambat atau cepat. Mati tidak kira muda atau tua.

KOMEDI
  • Walaupun filem nya berunsur Islamik tapi masih diselitkan unsur komedi untuk menjadikan jalan cerita tidak lah terlalu bosan.


CINEMATOGRAPHY DAN LOKASI PENGGAMBARAN
  • Cinematography di dalam filem nie sangat terbaik dan pemilihan kedua-dua lokasi sangat cantik. Yogjakarta dan Budapest.



LAGU-LAGU OST YANG MENYENTUH HATI
  • Semua lagunya best!! Senarai lagu-lagu dari filem ini dapat dibeli dari iTunes. Aku baru beli dua buah lagu . Hihihi .

  • Lagu yang aku paling suka adalah lagu "DALAM KENANGAN - KRISDAYANTI ". 
  • Lagu Dalam Kenangan membuatkan aku teringat pada arwah Ayah masa hari-hari terakhir dia akan meninggal dunia dan akan tinggalkan Ibu ku untuk bertemu Ilahi. Lirik nya saja mampu membuatkan aku menangis tanpa henti.
LIRIK LAGU - HANYA KENANGAN - KRISDAYANTI
Ingin ku sampaikanSalam terakhir untukmuSebelum ku tutupCerita cinta ini

Bila ku hanya kataDenganmu bisa jadi kalimatMenyusun semuaPerjalanan cinta kita

Kamu biasa dengankuKamu biasa ada akuNamun hidup ini jangan berhentiHanya bila aku pergi

Kenanglah aku di hatiKenanglah senyum dan tangiskuBaik dan marahku dan segalanyaSimpanlah saja dalam dalamSimpanlah selamanyaDalam kenangan

Ingin ku sampaikanSalam terakhir untukmuSebelum ku tutupCerita cinta ini

Bila ku hanya kataDenganmu bisa jadi kalimatMenyusun semuaPerjalanan cinta kita

Kamu biasa dengankuKamu biasa ada akuNamun hidup ini jangan berhentiHanya bila aku pergi

Kenanglah aku di hatiKenanglah senyum dan tangiskuBaik dan marahku dan segalanyaSimpanlah saja dalam dalamSimpanlah selamanyaDalam kenangan

Kamu biasa dengankuKamu biasa ada akuNamun hidup ini jangan berhentiHanya bila aku pergi

Kamu biasa dengankuKamu biasa ada akuNamun hidup ini jangan berhentiHanya bila aku pergi

Kenanglah aku di hatiKenanglah senyum dan tangiskuBaik dan marahku dan segalanyaSimpanlah saja dalam dalamSimpanlah selamanya

Kamu biasa dengankuKamu biasa ada akuNamun hidup ini jangan berhentiHanya bila aku pergi



Simpanlah saja dalam dalam
Simpanlah selamanyaDalam kenangan

Itulah review aku tentang filem nie. Sesiapa yang tak tengok lagi cepatlah terjah pawangan berdekatan korang. 

Bagi aku, filem ini sangat menyentuh jiwa aku sekaligus memberi banyak mesej yang baik seperti yang aku review di atas tadi. 

Jika korang spesies macam aku yang cepat menangis bila sesuatu tue tersentuh jiwa , disarankan bawa lah tisu atau sapu tangan ke. Sebab aku dari mula filem hingga lah akhirnya, ada je scene yang aku menangis. Akhirnya, lencun wei baju aku basah air mata. ='(

Rating : 5/5

Selamat menonton. =D








13 comments

  1. Alaaa kesian Arini, sedihnya part 2 ni...sobs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kesian Arini. Bnyk cerita tentang Arini yg no 2 nie ='(

      Delete
  2. huwaaa nak tgk! mesti tengok ni.
    hihihi serius nia, yang part 1 aina rasa tabah n kuat nya wanita bernama Arini. Mmg x sabar nak tgk yg kedua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn arini mmg seorang yg tabah . No 2 sedih tapi arini masih tabah hadapi dugaan nya

      Delete
  3. aku baru tengok movie 1 yg 2015, akbar kena tinggal dengan meirose. untuk movie 2 yg 2016, someone boleh explain mcm mna akbar boleh ada dengan meirose?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada part dlm no 2 , scene meirose dtg jumpa arini dan pras dia nak amik akbar tapi tak bgtahu pun dia gie mana bersama akbar

      Delete
  4. Tapi pelik akhbar duk dengan meirose. Yg no satu tu kan dia tinggalkan akhbar dengan arini. Tapi overall cite ni memang best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu part scene flashback dlm no 2 meirose dtg jumpa arini and pras amik akbar Mek.

      Mmg best and sedih sgt sgt no 2 . Arini mmg wanita yg tabah

      Delete
  5. blm sempat nak tgk cerita niiii. hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeca cari time , a must watch this movie hihi =)

      Delete
  6. Saya dah tengok movie ni juga.. my mom favourite movie. hehehe tak sangka cerita yang kedua ni, ada banyak part komedi. and ending cerita pun tak sangka2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... tapi memang best movie nie and banyak pengajaran =)

      Delete
  7. Slmat menonton bagi kawan2 yg ada di malaysia

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .