GIVEAWAY PERTAMA DARI BLOG IRDAGARMIN

Monday, November 27, 2017


Salam , semua.

Kali nie aku nak join giveaway dari kawan kita Irda Garmin. Irda nie adalah antara kawan blogger yang pertama pernah whatsapp aku. 

Perbualan kami yang pertama masa tue ialah Irda bertanyakan tentang template blog aku. Dari situ kami makin rapat dan rupanya Irda pun seorang banker macam aku juga. 

Sempena hari jadi Irda, aku nak ambil kesempatan ini join giveaway Irda. Dah lah hadiah yang ditawarkan adalah buku. Aku nie penggemar buku juga selain Duckscarves. Hahaha. 

Dan, aku belum pernah baca buku dari Dr. HM Tuah Iskandar AL Haj. Bila baca review tentang buku penulisan Tuan Iskandar, rata-rata berikan review yang positif. Ye lah , aku baca tajuk buku je pun dah tertarik.

Jadi, harapnya adalah rezeki aku untuk dapatkan tiga buah buku nie. =D


APA YANG AKU SUKA TENTANG BLOG IRDA

Aku suka tentang blog Irda sebab dia suka kongsikan informasi tentang "banking". Sejujurnya , walaupun aku nie kerja banking macam Irda tapi ilmu aku tentang banking tersangat lah sikit. Lebih-lebih lagi tentang penggunaan Credit Card. Bila aku nak cari perbezaan credit card , jenis credit card mana yang bagus , pasti aku terjah blog Irda. Irda totally helps me.

Lagi satu yang aku suka tentang blog Irda adalah topik , " berkongsi/mencari rezeki ". Seriously, aku pernah bertanya pada Irda macam mana nak join event macam yang Irda join dan cari part time job. Dengan cepat je Irda kongsi caranya. Cuma aku sahaja belum kesempatan lagi nak join mana-mana event yang Irda kongsikan. Insyaallah satu hari nanti pasti aku akan join Irda. Amin. 

Last but not least, seriously aku salute dengan Irda tentang " time management ". Sebab apa aku cakap macam nie? Sebabnya aku tengok dia dah lah rajin berkerja. Buat macam-macam kerja. Seorang ibu lagi. Dan, masih sempat join dan attend event yang memerlukan blogger. Kadang-kadang aku fikir macam mana Irda bahagikan masa dia? Irda tak penat ke? Aku nie kerja as banker. Balik kerja dah penat. Kadang blog sendiri pun jika ada mood baru sempat nak up satu post. Jadi, aku memang salute dengan Irda tentang nie. 

Oh by the way, kalau korang nak join klik saja di banner atas. Cepat join giveaway Irda sebab tarikh tutup nak dekat . Tarikh tutup pada 4 Disember 2017.

Jangan lepaskan peluang nie.

Irda, you are the best girl!!! 

Keep it up and don't stop blogging. 

And, good luck for me. Hihihi.



10 comments:

  1. Weh keren banget nih aku semangatin deh sukses selalu ya untuk blognya

    ReplyDelete
  2. Okay. Nak join juga & good luck to you. :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini lagi :)

    btw jom join GA saya

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  4. Okay best nya giveaway ni! Sbb buat tertarik kepada hadiah dan juga kepada blogger tu. :D InsyaAllah join. hehe

    ReplyDelete
  5. goodluck! salam kenal & singgah sini...

    ReplyDelete
  6. alamakkk, hadiah buku.. tapi due date hari ni sobsss, baru baca!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .